Guru tertekan beban kutip derma, kerenah pengetua,
kerani

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Utusan Malaysia Isnin 24 Jan 2005 

Saudara pengarang,
SAYA tertarik dengan komen yang ditulis oleh LETIH,
Seremban, Negeri Sembilan yang mengadu bahawa guru
telah dibeban dengan kutip derma jogathon pada 18
Januari 2005 di akhbar Utusan.

Perkara ini amat memberi tekanan kepada guru dan guru
juga telah ditekan dengan arahan mengutip pelbagai
bayaran dengan murid, khususnya di awal tahun. 

Malah sekiranya guru gagal mengutip wang dari pelajar,
terpaksalah guru pula yang menampung bayaran tersebut.

Begitulah juga dengan tugas paksarela mengutip derma
jogathon ini.

Jika sekiranya guru gagal mengutip derma maka
terpaksalah mengeluarkan wang poket sendiri.

Para pegawai perlu peka dengan hasrat kutipan ini yang
boleh mendedahkan guru kepada elemen rasuah dan
memaksa orang awam menderma. 

Patuhilah pekeliling dan dasar kerajaan terutamanya
Pekeliling mengenai kutipan derma yang hanya melalui
MAKSAK serta berilah perhatian kepada Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998. 

Hal kutipan derma ini adalah perkara sinonim para
guru, Inilah nasib guru yang terpaksa mengeluarkan
wang poket untuk pelbagai bayaran di awal tahun sama
ada untuk kelab, jamuan, keraian, derma dan pelbagai.

Sesungguhnya, saya sebagai seorang guru bersetuju dan
tidak kisah jika segala bayaran dan kutipan derma ini
atas nama kebajikan. 

Namun demikian pernahkan pihak atasan, pengetua,
Jabatan Pelajaran melihat akan kebajikan sebenar
guru-guru.

Jika dilihat dengan kepuasan bekerja para guru, kita
berpuashati dengan waktu bekerja dan kemudahan gaji
serta kenaikan pangkat yang telah ditambahbaik. 

Tetapi jika dilihat kebanyakan sekolah, kebajikan Guru
adalah amat terabai terutamanya dari segi suasana
tempat bekerja.

Guru kebiasaanya disumbat dalam satu bilik guru yang
terlalu padat sehingga ada sesetengah guru yang
terpaksa duduk di atas buku pelajar.

Kita berbangga dengan sekolah yang Gah dan baru tetapi
tempat duduk guru langsung tidak selesa. Ini jelas
berbeza de ngan Para Pegawai di Jabatan Pelajaran,
padahal mereka di pejabat itu gred yang sama dengan di
sekolah. 

Kebanyakan pengetua pula sibuk dengan keceriaan
sekolah dan pertandingan itu dan ini, tapi tempat
bekerja guru langsung tidak ceria.

Malah ada sesetengan sekolah, bilik guru adalah tidak
selamat dan boleh mengundang pelbagai kecelakaan,
sebab terlalu padat dan banyak barang. 

Namun demikian tidak semua sekolah sebegini. Kepada
para Pengetua, prihatinlah masalah ini..

Selain itu kita dibebani dengan kerja pentadbiran dan
sekiranya hendak meminta bantuan dengan kakitangan
pentadbiran sekolah kebiasaannya kurang mendapat
layanan dan menjadi perkara biasa ditengking, diperli
oleh kerani sekolah apabila guru hendak membuat
salinan atau mendapat bahan tulis sekolah. 

Sudah menjadi kebiasaan bahawa kerani sekolah dan
pentadbiran amat setia pada pengetua atau pegawai
atasan sekolah sahaja dan kita guru biasa sering
dilayan macam budak-budak. Ini adalah pengalaman saya
yang telah berkhidmat di beberapa buah sekolah. 

Kebanyakan guru tidak berani bertindak dengan kerani
kerana takut bayaran gaji atau elaun lambat di buat
oleh mereka. Para kerani sekolah sedarlah, bahawa anda
adalah kakitangan sokongan kami. - GURU TERLAMPAU
AKTIF, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke