Sebelum NGO Melayu ni nak gesa orang Melayu supaya memboikot syarikat perniagaan Cina, ada baiknya NGO Melayu ni baca 2 artikel yang saya tulis lama sebelum ini mengenai masalah para peniaga Melayu. Masalah pertama ialah para peniaga Melayu yang sering hasad dengki sesama mereka dan tak mesra pengguna. Yang kedua ialah tiadanya direktori usahawan Melayu yang memudahkan orang Melayu untuk mencari perkhidmatan untuk kegunaan harian. Artikel tersebut bertajuk “Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini” di http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html dan “Sedihnya tengok laman Web Usahawan Negeri Sembilan” di http://waghih.blogspot.com/2011/03/sedihnya-tengok-laman-web-usahawan.html Jangan pula jadi “Ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”. NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina 14 Mei 2013 Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara. Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal. Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia. http://www.malaysiakini.com/news/230082