Assalamualaikum w.b.t
Marhaban Ya Ramadhan. Selamat datang diucapkan kepada tamu agung,
bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pendidikan jiwa, iaitu
bulan Ramadhan.

Dalam kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga kerja Association of
Malaysian Islamic Scholars (AMIR) ingin mengucapkan selamat menyambut
bulan Ramadhan kepada seluruh ahli yang sentiasa mendokong perjuangan
dan misi kami, rakan-rakan di MSAJ, KUJ, IPIJ, dan seluruh rakyat
Malaysia di Jepun. Mohon maaf zahir dan batin jika ada sebarang
kesilapan atau kekhilafan sepanjang kami memegang amanah sebagai
pimpinan di persatuan ini.

Ahli AMIR dan warga Malaysia yang dikasihi sekalian,
Menyingkap sirah, kita akan dapat melihat bahawa Rasulullah dan para
sahabat sentiasa menanti-nanti dengan penuh rindu kehadiran bulan
mulia ini. Baginda Rasulullah SAW, ketika berada di penghujung bulan
Sya'ban, selalu mengatakan kepada sahabatnya :
"Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka
sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan shiyam membawa segala
keberkahan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR. Ath
Thabrani).

Mereka sering menunggu dengan penuh rindu kedatangan bulan ini kerana
didalamnya, Allah telah menjanjikan pelbagai rahmat kepada umat Islam.
Selain dari terbukanya pintu syurga dan terbelenggunya semua syaitan,
dalam bulan ini juga terdapatnya malam yang lebih berharga dari 1000
bulan iaitu malam lailatul qadr. Pada malam ini, setiap amal kita akan
menerima ganjaran menyamai dengan amal yang dilakukan selama 1000
bulan. Apakah yang lebih besar lagi dari ganjaran agung daripada Allah
s.w.t ini?
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an pada " Lailatul qodr".
Tahukah kalian apakah " Lailatul qodr" ?. Itulah malam yang lebih
utama dari pada seribu bulan" (QS. Al Qodr : 1-3)

Justeru, kehadiran bulan Ramadhan seharusnya tidak dibiarkan berlalu
begitu sahaja oleh kita. Tanamlah iltizam di dalam diri untuk
menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. Kita
berlindung kepada Allah daripada menjadi orang yang melalaikan
Ramadhan, kerana sesungguhnya mereka yang tidak mendapat apa2 di bulan
ini, adalah juga rugi di bulan yang lain.
"Sesungguhnya telah datang padamu bulan Ramadhan, bulan yang
diberkahi, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu,
dibukakan segala pintu Syurga, dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih
baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam
itu, berarti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." (HR. An
Nasai dan Al Baihaqi)

Warga Malaysia yang dikasihi sekalian,
Bagi menyemarakkan Ramadhan kali ini, AMIR telah merancang beberapa
program khas untuk semua warga Malaysia khususnya di sekitar Kantou.
Selain siri program Semarak Ramadhan seperti tahun lepas, kami juga
akan mengadakan Kelas Al-Quran, dan pertandingan Tahfiz Quran untuk
separuh Juz Amma. Ini adalah usaha kami bagi menimbulkan lagi rasa
ghairah di kalangan kita untuk berinteraksi dengan al-Quran secara
lebih giat lagi samada dengan melakukan tilawah, tadabbur dan hafazan
al-Quran. Ini bertepatan dengan tema Semarak Ramadhan AMIR 1427H
iaitu gMenghidupkan Ramadhan bersama Al-Quranh.

Akhir kata, kami berdoa agar usaha kami yang kecil ini diterima oleh
Allah s.w.t sebagai amal soleh, dan agar program-program ini
bermanfaat untuk [EMAIL PROTECTED] AMIR khususnya dan masyarakat Malaysia di
Jepun umumnya.

Marilah kita sama-sama Semarakkan Ramadhan!

Salam Ramadhan,
Presiden,
Association of Malaysian Islamic Scholars (AMIR)
 
 

Moderator
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 10500
  • Founded: Sep 6, 2003
__._,_.___

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila terus diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.





SPONSORED LINKS
Single family home Family home finance Family home mortgage
Family home business Dan

Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke