Sebagai seseorang yg dibesarkan dikalangan
7 orang pemain bolasepak sekurang2nya peringkat
sekolah.... saya tidak terlepas
dari mengikuti perkembangan permainan ini.
  Seperti biasa, di negara tropika yg panas ini penonton terpaksa
terlepaskan 'solat maghrib' tentunya...bila permainan diadakan waktu 
malam utk escape the heat..dan tahun ini penonton dari Indonesia
juga menakluk hampir separuh dari keseluruhan seat di stadium..
  Mengapa yg dari barat mesti ditiru..termasuk tak sembahyang..?

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Sukan/20051005001318/Art
icle/

GELOMBANG Indonesia bakal mewarnai Liga Malaysia musim depan apabila 
tidak kurang lapan pemain kebangsaan negara itu kini di ambang 
penghijrahan ke pasukan negeri dan kelab di negara ini.

Selain pemain terbabit, beberapa jurulatih di republik itu juga 
dilaporkan berminat menawarkan diri untuk berkhidmat bersama pasukan 
di negara ini.

Senario itu tercetus berikutan pasukan Liga Malaysia kini berlumba-
lumba untuk mendapatkan pemain dari republik itu selepas kehadiran 
Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy ke Selangor berjaya membantu pasukan 
itu menjulang tiga kejuaraan semusim selain menambah jumlah penonton 
khususnya di kalangan rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini.

Ejen yang mewakili pemain terbabit di Indonesia, Nanang Setyabudi 
memberitahu setakat ini lapan pemain sudah di peringkat akhir 
rundingan dengan beberapa pasukan di Malaysia.

Nama-nama yang disebut Nanang bakal berhijrah ke Malaysia ialah 
pemain muda sayap kiri, Boas Salossa dan abangnya Ortisan; kapten 
skuad kebangsaan, Ponaryo Astaman; pertahanan Charis Yulianto; 
penjaring terbanyak Piala Tiger 2004, Ilham Jaya Kusuma; pemain 
harapan skuad B-23, Sony Kurniawan; dan dua penyerang Zaenal Arif dan 
Dony Gendut Christiawan.

"Mereka kini sedang giat mengadakan rundingan dengan pasukan di 
Malaysia," katanya.

"Selepas kejayaan Bambang dan Elie bersama Selangor, banyak pasukan 
di Malaysia menghala ke Indonesia untuk mencari pemain import.

"Pemain Indonesia juga kini dilihat cenderung ke Malaysia kerana 
mendapat tawaran yang lebih baik di samping budaya dan corak hidup 
yang tidak banyak berbeza dengan Indonesia. Malah, beberapa jurulatih 
di republik ini juga berminat untuk ke Malaysia."

Difahamkan, Boas dan abangnya sedang dipikat Perak, Ponaryo oleh 
Telekom Melaka, Ilham oleh MPPJ Selangor, Charis oleh Selangor 
manakala yang lainnya masih menjadi rebutan beberapa pasukan.

Kebanjiran pemain Indonesia musim depan akan mengubah sekali lagi 
senario pemain import di negara ini selepas kebanyakan pasukan 
sebelum ini cenderung untuk mendapatkan khidmat pemain Australia dan 
Afrika selain Amerika Latin.







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/WXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh 
manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah 
dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan. 
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu 
wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang 
tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas 
yang engkau mampu. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mencintai-islam/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke