--- In [EMAIL PROTECTED], Fazel Salleh <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:

Orang yang mati boleh hidup semula bagi kebanyakan
orang adalah cerita pelik. Malah ada yang tidak
percaya. Sebenarnya ia pernah berlaku dan tidak
mustahil ia akan berlaku lagi. Memanglah sunnatullah
itu, pada kebiasaannya,  bila seseorang mati, dia 
tidak boleh hidup lagi.  Dia hanya akan dibangkitkan
di akhirat nanti. Tetapi sunnatullah juga, sesekali
Allah buat di luar kebiasaan sebagai membuktikan
kekuasaan Tuhan. Supaya orang yakin bahawa yang
menghidup dan mematikan itu adalah Tuhan. Bahawa Tuhan
itu boleh membuat apa sahaja pada hambaNya, bila
dikatakan "jadi" maka terjadilah ia. Demikianlah yang
diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Kisah 1 
Kisah ini berlaku di zaman Nabi Musa. Ada orang
mengadu pada nabi Musa tentang kematian seorang pemuda
yang mewarisi harta sepeninggalan ayahnya. Untuk
membuktikan kebenaran, Nabi Musa diwahyukan Tuhan
untuk mencari sapi betina. Sapi betina itu disembelih
dan anggota badannya itu dipukulkan pada mayat pemuda
yang meninggal itu.  Dengan kekuasaan Tuhan, mayat itu
hidup semula dan bangun menceritakan apa yang berlaku
dan bagaimana dia boleh mati. 

Kisah 2
Uzair, seorang pemuda ingin sekali mengetahui
bagaimana Allah menghidupkan orang yang sudah mati.
Lalu Allah matikan Uzair selama 100 tahun. Kemudian
Allah hidupkannya semula. Di waktu itu, disangkanya
dia tidur untuk sehari dua, tetapi sebenarnya dia
sudah mati selama 100 tahun. Dilihatnya pondok asalnya
sudah buruk dan dindingnya sudah roboh dan kaldai
tunggangannya sudah tinggal tulang sahaja. Lalu,
yakinlah dia bahawa Allah berkuasa atas tiap sesuatu. 

Kisah yang serba ringkas dipaparkan untuk kita ini,
moga-moga menjadi renungan kepada kita betapa Tuhan
itu Berkuasa atas setiap kita. Dia berhak melakukan
apa sahaja pada kita bahkan kekuasaan serta
kehebatanNya tidak terbatas. Marilah sama-sama kita
mencintai Tuhan kita. Sekian. 



                
__________________________________________ 
Yahoo! DSL – Something to write home about. 
Just $16.99/mo. or less. 
dsl.yahoo.com

--- End forwarded message ---







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/WXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh 
manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah 
dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan. 
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu 
wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang 
tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas 
yang engkau mampu. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mencintai-islam/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke