Petikan dari buku : TSUNAMI : Pembawa Mesej Dari Tuhan, Januari 2005.
[buku diharamkan oleh ulama rasmi negara setelah beredar beberapa bulan]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Aku  hairan dan  sedih  dengan sikap  ulama
Terutamanya  ulama  Melayu Malaysia
 
Mengapa  mereka  tidak  membuat  kajian
bahawa  di akhir zaman ini
Melayu  akan  menjadi  empayar  melalui Islam..
Mengapa mereka  tidak  memberitahu  orang  Melayu Islam
agar berjuang ke arah itu?
 
Berjuang dengan membawa  5  prinsip
iaitu Tuhan,  pemimpin, ilmu, jemaah  dan  sistem,
sebagai  pengisian
 
Padahal  Yahudi lebih  tahu hal ini
kerana mereka  membuat kajian....
bahawa  kebangkitan  Islam  kali  kedua di  akhir  zaman
akan  berlaku di  timur  ini
khususnya di  negara  Malaysia...
 
kerana itulah  Yahudi  bersama Amerika membuat berbagai-bagai  percubaan
untuk  menghalang  kebangkitan itu...
mengguna berbagai-bagai cara  dan
berbagai-bagai  saluran...
 
Namun,  percubaan  mereka itu  gagal demi gagal kerana
sudah  janji Tuhan [di dalam hadis2] begitu
Kalau  bukan kerana janji Tuhan,
kita  sudah lama menjadi Iraq atau Afghanistan
 
Jika ulama  Islam faham  bahawa kebangkitan  Islam kali kedua
ini  berlaku di Malaysia
Mereka akan mudah faham bagaimana caranya berjuang ke arah janji Tuhan itu
Dan sudah tentulah mereka yg akan menjadi orang utama
yg memberi tunjuk ajar dan panduan
 
Tetapi  pada  hari ini, jika ada yg  bertanya  tentang  kebangkitan Islam
akhir zaman..
hingga ke hari ini mereka tiada jawapan...
Jika ada jawapan pun, tidak jelas dan tiada ketegasan..
akhirnya umat Islam tiada pegangan dan panduan bagaimana untuk berjuang..
 
Di sinilah lemahnya ulama akhir zaman..
 
Sepatutnya mereka lebih faham akan kebangkitan Islam kali kedua..
Sepatutnya mereka sudah habis membuat kajian...
 
Mana mungkin perjuangan Islam di akhir zaman ini tiada panduan
Tidak munasabah jika Allah tidak memberi panduan...
 
Jika kita mengkaji pasti akan nampak jalannya
pasti ada guide-line dari Tuhan
 
Tidak munasabah orang Melayu akan menjadi empayar, tapi tiada jalannya....
 
Di sinilah yang disedihkan terhadap ulama di akhir zaman
Ulama pada hari ini, yang bukan kerja mereka, mereka lakukan
Yang sepatutnya kerja mereka, diabaikan
 
Akhirnya umat Islam tiada panduan dan ikutan
kerana kecuaian ulama Melayu akhir zaman....
 
-----------------------------------------------------------------------------
Ustaz Ashaari Muhammad  : 25 Oktober 2004
 
 
ROSAKNYA PEMIMPIN
kerana Ulama Tidak Mendidik
 
ROSAKNYA ULAMA
kerana Diperalatkan
 
 
 
 
 
 


Tiada  yang  lebih   tinggi   dan  indah   dari   Islam...
 

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke