Sedarlah Wahai Kaum Muslimin!

 

Sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28
Rejab 1342 Hijrah, kaum kafir Barat tidak pernah berhenti dari usaha mereka
dalam memastikan Daulah Khilafah tidak akan muncul semula. Lama sebelum itu,
mereka telah pun berusaha menghancurkan kekuatan Islam samada dari segi fizikal
mahupun pemikiran. Mereka melancarkan pelbagai peperangan, namun apa yang
mereka tempuh hanyalah kegagalan demi kegagalan. Mereka melancarkan Perang
Salib secara besar-besaran tanpa henti sehingga memakan masa lebih kurang 200
tahun, namun mereka tetap gagal. Kegagalan berterusan yang mereka alami
menyebabkan mereka sedar dan seluruh dunia menyedari bahawa Daulah Islam adalah
sebuah kekuatan yang mustahil dikalahkan. Namun begitu dendam kesumat dan
kebencian yang ada di pihak Barat terhadap Islam tidak pernah pudar. Hasilnya,
mereka merancang dan terus merancang bagaimana untuk menghapuskan Daulah Islam
dan umat Islam dari muka bumi.


                var curDiv = document.getElementById('ln0');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }

                var curDiv = document.getElementById('ln1');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }
Setelah yakin kekuatan fizikal mereka tidak akan dapat mengalahkan
kekuatan Islam, maka Barat mula beralih menggunakan senjata baru, iaitu
‘senjata pemikiran’. Dari kajian yang lama dan mendalam, Barat mula sedar
bahawa kekuatan umat Islam terletak pada aqidah mereka dan pegangan mereka yang
teguh akan hukum-hakam Islam. Aqidahlah yang menyebabkan umat Islam bersatu dan
mereka sanggup mati demi mempertahankannya. Justeru, Barat sedar bahawa untuk
melemahkan kekuatan umat Islam, mereka mesti menggoncangkan aqidah umat Islam
dan menanam keraguan tentang hukum-hakam Islam. Jika umat Islam sudah tidak
yakin dengan aqidah dan hukum-hukum Islam, maka kehancuran Islam akan bermula
dan ia akan bermula dari dalam tubuh umat Islam itu sendiri. Inilah perancangan
Barat. Oleh itu, mereka mula melancarkan serangan pemikiran yang bertubi-tubi
terhadap Islam dan mereka menggunakan pelbagai propaganda dalam menjayakan
makar mereka ini. Barat akhirnya sedar bahawa jika dua golongan yang penting di
dalam Islam dapat ditundukkan, maka sudah pasti umat Islam secara keseluruhan
akan berada di dalam genggaman mereka. Dua golongan tersebut adalah umara’
(pemerintah) dan ulama’.


                var curDiv = document.getElementById('ln2');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }

                var curDiv = document.getElementById('ln3');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }
Senjata pemikiran inilah yang telah digunakan oleh Barat sehingga
jatuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H. Mereka mengapi-apikan semangat
kebangsaan (assabiyah) dan patriotik (wathaniyah) ke dalam umat Islam, lalu
mereka ‘menghadiahkan’ kemerdekaan kepada negeri kaum Muslimin satu demi satu.
Memberikan kemerdekaan bermaksud membiarkan umat Islam memerintah negara mereka
masing-masing dengan batasan bangsa dan kawasan yang telah ditentukan oleh
Barat. Perkara ini dihias indah oleh Barat sehingga umat Islam bermati-matian
berjuang untuk mendapatkannya. Para pemimpin dan pejuang kebangsaan ini pula,
setelah termakan racun pemikiran yang diberikan oleh Barat, telah memandang
perjuangan ini sebagai suatu yang ‘suci’ tanpa menyedari bahawa mereka
sebenarnya telah masuk dalam perangkap ‘perang pemikiran’ oleh Barat. Setelah
itu, para ulama pula bangkit, lalu membenarkan dan menyokong perjuangan ini dan
seterusnya mereka bersekongkol pula dengan golongan pemerintah dalam menjaga
‘kesatuan bangsa (assabiyyah) dan kawasan (wathaniyyah)’ ini. Apabila dua
golongan ini berjaya ‘dikontrol’ oleh Barat, maka hampir sempurnalah kejayaan
Barat dalam menghancurkan umat Islam dan membawa umat mengamalkan Islam
mengikut kehendak Barat.


                var curDiv = document.getElementById('ln4');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }

                var curDiv = document.getElementById('ln5');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }
Hasil dari pengkhianatan para pemimpin kaum Muslimin dan terpesongnya
para ulama, maka lahirlah golongan umat Islam yang ikhlas berjuang untuk
mengembalikan semula kehidupan Islam samada dalam bentuk per individu,
bermasyarakat mahupun bernegara. Mereka bangkit untuk menyedarkan
saudara-saudara mereka tentang perancangan jahat Barat ke atas umat Islam,
mereka membongkar persekongkolan dan kerjasama keji di antara pemimpin kaum
Muslimin dan Barat, mereka berjuang untuk menyedarkan sahabat-sahabat mereka
yang lain tentang adanya ulama yang tergelincir (dari kebenaran) dan juga ulama
su’ yang ‘bekerja’ atas kepentingan peribadi dan pemerintah. Golongan ini
bangkit di seluruh dunia, menyeru dan terus menyeru, siang dan malam tanpa
mengenal penat lelah, tanpa menghiraukan risiko yang bakal menimpa, semata-mata
untuk memberikan kesedaran kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat mereka.
Mereka berjuang untuk menegakkan semula agama Allah di muka bumi ini, dalam
bentuk wujudnya sebuah Daulah Islam yang akan menerapkan Islam secara kaffah.
Mereka berusaha untuk menggantikan sistem kufur yang mendominasi umat Islam
saat ini kepada sistem yang datangnya dari Allah dan Rasul. Mereka mengajak
untuk menyatukan semula umat Islam di seluruh dunia sebagaimana umat Islam dulu
pernah bersatu di bawah Daulah Khilafah.


                var curDiv = document.getElementById('ln6');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }

                var curDiv = document.getElementById('ln7');
                curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);
                var links = curDiv.getElementsByTagName('a');
                for(var i = links.length; i >= 0; --i) {
                    if(links[i]) links[i].innerHTML = 
links[i].innerHTML.substr(0,30) + "...";
                }
Pihak kafir Barat ternyata tidak pernah senang duduk dengan perjuangan
untuk mengembalikan semula kehidupan Islam ini. Mereka melakukan apa sahaja,
termasuk agen-agen mereka dari kalangan pemerintah kaum Muslimin itu sendiri
untuk menghapuskan perjuangan menegakkan kebenaran ini. Mereka sentiasa
memastikan agar para pemimpin umat Islam ini bertindak mengikut apa yang mereka
kehendaki di dalam ‘memerangi’ para pendakwah ini. Apa yang perlu Barat lakukan
ialah dengan ‘membuat satu pertuduhan’ atau propaganda, maka, para pemerintah
kaum Musliminlah yang akan melaksanakan ‘arahan’ tersebut. Barat perlu sebut
sahaja bahawa ‘di negara A ada teroris’, maka pemimpin negara A-lah yang akan
menangkap dan memerangi teroris tersebut, sebelum Barat sendiri perlu berbuat
apa-apa. Inilah kejayaan perang pemikiran dan propaganda yang dilancarkan oleh
Barat.

 




      

Kirim email ke