19/06     
           Eksklusif: AG arah campak patung Altantuya     
   

 
 Oleh Wartawan klpos.com
 
 PEGUAM NEGARA Tan Sri Abdul Ghani Patail mengarahkan pihak pendakwaraya kes 
pembunuhan model warga Monggolia Altantuya mencampakkan patung gadis tersebut 
yang ditempah khas pasukan pendakwaraya. Patung tersebut ditempah khas untuk 
dibawa ke mahkamah yang bermula semalam. Berikutan arahan AG itu, patung 
tersebut tidak jadi di bawa ke mahkamah.


 Menurut sumber klpos.com, patung itu bagi membolehkan pihak pendakwaraya 
menunjukkan di manakah tiga butir bom ditelahkan di mayat Altantuya sebelum 
diletupkan.
 

 "Kami kecewa selepas bertungkus lumus membuat mencari patung yang sesuai, dari 
segi ukuran saiz tubuh Altantuya, Tan Sri Ghani menghalang patung itu di bawa 
ke mahkamah," katanya.

 
 Ditanya mengapa Tan Sri Ghani menghalang patung tersebut di bawa ke mahkamah, 
kata sumber kami, ia bagi mengelakkan kontroversi seperti kejadian yang timbul 
satu masa dulu.

 
 "AG tidak mahu episod tilam 'Anwar Ibrahim' berulang," katanya.

 
 Dalam perkembangan yang lain, sumber kami turut memaklumkan bahawa bekas 
pendakwaraya kes Altantuya, Sallehuddin Saidin bermain badminton dengan hakim 
Mohd Zaki pada Januari tahun ini.

 
 "Kes bulan Jun, tidak ada kena mengena, Sallehuddin dipecat pada pagi 4 Jun," 
kata sumber itu.
 

 Menurutnya, Sallehuddin pada 4 Jun lalu telah bersiap sedia dengan beg dan 
bahan kes di mahkamah tinggi Shah Alam, tetapi beliau kemudiannya menerima 
panggilan telefon dan beliau tidak dibenarkan masuk lagi ke mahkamah.

 
 "Sallehuddin kini bercuti untuk menenangkan diri selepas malu ekoran dakwaan 
AG beliau digugurkan kerana main badminton dengan hakim," kata sumber kami itu.




JOIN : http://health.groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join




  cnw2u
  Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
  http://health.groups.yahoo.com/group/respeks

       
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel. 

Kirim email ke