PERLUKAH AKAD NIKAH KALI KEDUA?

SOALAN; 

Ustaz saya ada kemusykilan,perlukah perempuan yang hamil anak luar nikah 
dinikahkan sekali lagi,ini kerana lelaki yang menghamilkan dia telah 
bertanggungjawab dan menikahinya,tetapi ada yang mengatakan perlu di akad nikah 
sekali lagi setelah melahirkan anak.Boleh ustaz jelaskan?


Jawapan;

Wallahu A’lam tentang pandangan tersebut. Sekadar yang saya tahu, dalam masalah 
mengahwini wanita hamil kerana berzina ada dua pandangan ulamak;


a) Pandangan pertama; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi 
sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam 
Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam 
Malik dan mazhab Imam Ahmad. Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan 
persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga 
bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. 

Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya 
mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan 
ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya 
iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini 
kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi 
syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.


b) Pandangan kedua iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; 
wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang 
berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya 
hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu 
Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya 
itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah 
ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila 
masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia 
sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut 
mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia 
melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang 
berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu 
tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan pertama tadi.


Kesimpulannya, menurut pandangan kedua wanita yang hamil harus dikahwini sama 
ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain. Jadi, mengikut 
pandangan ini akad perkahwinan antara mereka berdua adalah sah.
Wallahu A’lam.


Join Me :   http://health.groups.yahoo.com/group/respeks/join



  cnw2u
  Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
  http://health.groups.yahoo.com/group/respeks

 
---------------------------------
Be a PS3 game guru.
Get your game face on with the latest PS3 news and previews at Yahoo! Games.

Kirim email ke