Persatuan Ulama tubuh 'raudhah' untuk golongan bermasalah                 
                                Mohd Sabri Said      
         Tue | Jul 10, 07 | 06:37:32 PM


                             PULAU PINANG, 10 Julai - Rumah transit kepada 
kumpulan masyarakat bermasalah di Pulau  Pinang yang dikenali sebagai 'Raudhah' 
bakal wujud tidak lama lagi apabila pengambungan usahasama  antara Persatuan 
Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dan Sekretariat Dakwah Pulau  
Pinang terhasil.   


-->    
 Ianya dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2009 di sebidang tanah seluas 
dua ekar berhampiran  Pekan Tasek Gelugor setelah melalui dua fasa bermula Mac 
tahun ini.

  
 Pembangunan fasa pertama melibatkan tiga buah rumah tradisional Melayu dan 
sebuah dewan kuliah  terbuka.

 
   Dua rumah tradisional yang di kelilingi kebun buah-buahan dijadikan 
penginapan kepada  penghuni 'Raudhah' khususnya kepada wanita.  Sebuah lagi 
bagi tujuan pentadbiran dengan sebuah  pejabat, ruang perbincangan dan 
kauseling, bilik penyelia serta dapur dan gas.   Manakala fasa ke dua pula 
ialah pembangunan lebih banyak rumah penginapan dengan sasaran 40-50  penghuni 
untuk satu-satu masa.

 
 Beberapa bilik pula bertujuan bengkel bina upaya untuk latihan kemahiran 
sebagai persiapan diri  mereka sebelum kembali dalam masyarakat.  Kemahiran 
tersebut termasuklah kerja tangan, masakan  dan pertanian.

  
 'Raudhah' disasarkan kepada dua kelompok iaitu penghuni dan penuntut 'Raudhah'.

   
 Penghuni 'Raudhah' bermaksud individu atau kumpulan keluarga yang bermasalah.  
Mereka yang terpilih akan diberikan  program bina diri (tazkiyah dan islah) 
untuk memperbaiki diri atau mencari jalan keluar dari masalah  yang dihadapi.

  
 Kumpulan yang dikenali sebagai 'Saudara Raudhah' diwajibkan mengikuti 
jangkamasa 6 bulan sehingga  setahun selain mendapat kauseling, kesihatan, 
ilmuan Islam dan jatidiri.

  
 Manakala sekumpulan kedua pula dikenali sebagai 'Teman Raudhah'.  Golongan 
sasaran ialah kanak- kanak, remaja, wanita, lelaki, saudara baru mahupun umumi.

 
 Anggaran kos penyelengaraan dan pembangunan fizikal 'Raudhah' mencecah hampir 
RM80,000.00.

  
 Maka, untuk menjayakan program yang memberikan manfaat kepada remaja yang 
bermasalah mestilah  mempunyai dana yang kukuh.

  
 Oleh itu, sesiapa yang ingin menyumbangkan dana berbentuk wang pos, kiriman 
wang atau cek boleh  disalurkan atas nama
 Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan dikirimkan ke alamat  
perhubungan Sekretariat Raudhah, d/a PUMPP 2912 Jalan Perai, Taman Inderawasih, 
13600 Pulau  Pinang atau Setiausaha PUMPP, Mohd Nozam Mahshar di talian 
019-4777755. - mks.   



Join Me : 
http://health.groups.yahoo.com/group/respeks/join



  cnw2u
  Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
  http://health.groups.yahoo.com/group/respeks

       
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.

Kirim email ke