Malaysiakini said: 
  
 'Siti Fatimah' dibebaskan dari pusat pemulihan akidah 
 Jul 6, 07 12:54pm  Saiz Huruf:    

  
 Seorang wanita yang berpisah dari suaminya yang beragama Hindu dan anak 
kecilnya yang berusia 18 bulan atas alasan berlainan agama, telah dibebaskan 
daripada pusat pemurnian akidah Baitul Iman di Ulu Yam, Selangor. 

  
Bagaimanapun, wanita tersebut - yang menurut suaminya bernama Revathi Masoosai 
atau Siti Fatimah menurut keluarganya dan pihak berkuasa agama Islam - dilarang 
tinggal bersama suaminya, V Suresh. 

  
Semalam, wanita tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan 
diberitahu dia telah dibebaskan daripada pusat pemulihan tersebut. 

  
 Dia telah ditempatkan di pusat itu sejak enam bulan lalu 

  
Mahkamah juga memutuskan supaya dia serta anaknya itu tinggal bersama 
keluarganya yang beragama Islam. Anak kecil itu telah dijaga ibubapanya sejak 
dia dihantar ke pusat tersebut Januari lalu. 

  
 Siti Fatimah juga diberitahu yang dia tidak boleh keluar dari Islam. 

  
Suresh sebelum ini mendakwa, isterinya itu tidak mengamalkan ajaran Islam, 
tetapi seorang penganut Hindu yang dilahirkan oleh keluarga Islam. Pasangan 
suami iseri itu tinggal di Melaka. 

  
Sementara itu, ketika ditemui wartawan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, 
wanita tersebut menyifatkan pusat pemulihan itu bagaikan penjara dan dia 
mendakwa, para pegawai agama di situ cuba memaksanya mengerjakan sembahyang 
serta memakai tudung. 

  
 "Kerana kelakuan dia orang ini, saya lagi bencikan Islam sekarang," tegasnya. 

  
 Kes mahkamah 
  
Permohonan habeas corpus yang dikemukan oleh Suresh untuk membebaskan isterinya 
itu didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini. 

  
Bagaimanapun, peguam pihak berkuasa agama Islam memberitahu mahkamah bahawa 
Revathi telahpun dibebaskan dari pusat pemulihan akidah itu semalam. 

  
Peguam Karpal Singh yang mewakili Suresh bagaimanapun meminta mahkamah 
mendengar kes tersebut kerana ia mempunyai kepentingan awam. 

  
 Mahkamah bagaimanapun menerima hujah peguam dari pihak berkuasa agama Islam 
dan menolak permohonan tersebut. Berita asal 


Join Me
http://health.groups.yahoo.com/group/respeks/join



  cnw2u
  Weblog : http://cnw2u.blogspot.com
  http://health.groups.yahoo.com/group/respeks

       
---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

Kirim email ke