tk En Haris.

----- Original Message -----
From: Harisfazillah Jamel <ha...@oscc.org.my>
Date: Thursday, May 14, 2009 6:09 pm
Subject: [Oscc-announce] Hari Hackathon MSC Malaysia OSCONF 2009
To: oscc-annou...@lists.oscc.org.my

> 
> Hari Hackathon MSC Malaysia OSCONF 2009
> 
> Tarikh : 31st Mei 2009 (Ahad)
> Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
> 
> Masuk adalah percuma pada 31 Mei 2009, sempena MSC Malaysia 
> OSCONF 2009.
> 
> Berjaya Times Square Hotel & Convention Center
> 
> Tkt 14 Berjaya Times Square, No 1, Jalan Imbi
> Kuala Lumpur, Malaysia
> 
> Maklumat lanjut
> http://www.mscmalaysia.my/osconf
> 
> Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan
> menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya 
> Bertempatdi Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, 
> Kuala Lumpur, Tkt
> 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.
> 
> Masuk adalah percuma pada hari Ahad 31 Mei 2009. Jemputlah datang
> beramai-ramai.
> 
> Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti
> OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.
> 
> Redhuan Daniel Oon ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi
> pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak 
> digunakan.
> Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul 
> OSS yang
> membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat 
> lanjut boleh
> dirujuk disini.
> 
> http://www.lamp2win.com/
> 
> Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse,
> Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem
> operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat
> dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan 
> dipasangdengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam
> komuniti-komuniti.
> 
> Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS
> seperti Ubuntu, Fedora, PCBSD dan OpenSuse boleh datang dan 
> mendapatkannasihat dan tunjuk ajar.
> 
> Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
> http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856
> 
> Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi
> pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu 
> peluangkepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana 
> laman web
> dicerobohi dan cara melindunginya.
> 
> RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma
> http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507
> 
> Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT.
> Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara
> menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai pekerjaan ICT.
> 
> Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma kepada umum, maka jemputlah
> datang beramai-ramai.
> 
> Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009
> 
> http://www.mscmalaysia.my/osconf
> 
> Sertai MSC Malaysia Open Source Group di Facebook
> http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399
> 
> dan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Facebook page
> http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-
> Open-Source-Conference-2009/97810422651
> 
> *** Mengenai MSC Malaysia OSCONF 2009 ***
> 
> MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009)
> adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software
> (OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.
> 
> MSC Malaysia OSCONF 2009 akan berlangsung di Berjaya Times 
> Square Hotel
> And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time 
> Square, Kuala
> Lumpur, Malaysia. Persidangan ini akan diadakan selama 4 hari bermula
> dari 31 Mei hingga 3 Jun 2009.
> 
> MSC Malaysia OSCONF 2009 dianjurkan oleh MSC Malaysia dan 
> disokong oleh
> MAMPU dan MOSTI.
> 
> Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT
> yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN,
> TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.
> 
> MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS 
> Malaysia.
> Laman Web Sokongan oleh komuniti OSS
> 
> http://www.mscoscon.my/
> 
> MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan lebih kurang 80 
> penceramah dalam
> dan luar negeri meliputi pelbagai tajuk dan  bidang dalam ICT.
> Antaranya, Google yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud
> Computing" Google, Matthew Olander dari projek PCBSD dan 
> FreeBSD, Gen
> Kanai dari Mozilla Corporation,  komuniti-komuniti Ubuntu, 
> Fedora, Open
> Solaris, OpenSuse dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali
> sistem-sistem operasi matang dalam dunia OSS.
> 
> Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian,
> penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Onn 
> ketua projek
> Adempire ERP, Azrinsyah Mirza Asfian MIMOS dan ramai lagi mahu 
> berkongsiilmu dan pengalaman mereka. Ambil kesempatan ini untuk 
> mempelajaribanyak perkara daripada mereka.
> 
> OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan
> yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah
> seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari
> Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi.
> 
> Pendaftaran dan untuk mendapatkan surat jemputan boleh dibuat melalui
> laman web, email atau telepon
> 
> MSC Malaysia Client Contact Centre c...@mdec.com.my (1-800-88-8338)
> 
> Laman Web Rasmi
> http://www.mscmalaysia.my/osconf
> 
> 
> --- 
> 
> OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
> http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting
> 
> 
> _______________________________________________
> OSCC Knowledge Bank Mailing List
> 
> *  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
>     http://opensource.mampu.gov.my
> 
> *  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
>     http://www.oscc.org.my
>        
> *  To unsubscribe from this group, please go here:
>      
> http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-announce
> 
> OSCC MAMPU Facebook.
> 
> http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916
> 


--- 

OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting


_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

OSCC MAMPU Facebook.
http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916

Kirim email ke