Tq that info.Maybe i attend.

zainul

Quoting Harisfazillah Jamel <ha...@oscc.org.my>:

> Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009
>
> MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009)
> adalah persidangan perisian sumber terbuka atau open source software
> (OSS) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.
>
> MSC Malaysia OSCONF 2009 akan berlangsung di Berjaya Times Square Hotel
> And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala
> Lumpur, Malaysia. Persidangan ini akan diadakan selama 4 hari bermula
> dari 31 Mei hingga 3 Jun 2009.
>
> Laman Web Rasmi
> http://www.mscmalaysia.my/osconf
>
> Pendaftaran dan untuk mendapatkan surat jemputan boleh dibuat melalui
> laman web, email atau telepon
>
> En. Rafe Azsnal r...@mdec.com.my (019-2663835)
> MSC Malaysia Client Contact Centre c...@mdec.com.my (1-800-88-8338)
>
> MSC Malaysia OSCONF 2009 dianjurkan oleh MSC Malaysia dan disokong oleh
> MAMPU dan MOSTI.
>
> Persidangan ini turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT
> yang terkemuka seperti MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN,
> TMnet, AsiaeUniversity dan lain-lain.
>
> MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS Malaysia.
>
> Laman Web Sokongan oleh komuniti OSS Malaysia.
>
> http://www.mscoscon.my/
>
> MSC Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan ramai penceramah dalam dan luar
> negeri meliputi pelbagai tajuk dan  bidang dalam ICT. Antaranya, Google
> yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud Computing" Google,
> Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen Kanai dari Mozilla
> Corporation,  komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open Solaris, OpenSuse
> dan pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali sistem-sistem
> operasi matang dalam dunia OSS.
>
> Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian,
> penceramah-penceramah seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Oon ketua projek
> Adempire ERP, Azril Nazli Alias Mamak Spot , Azrinsyah Mirza Asfian
> MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Ambil
> kesempatan ini untuk mempelajari banyak perkara daripada mereka.
>
> OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan
> yang lain. MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah
> seperti Amir Haris Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari
> Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin Facebook Connect dan ramai lagi.
>
> *** Hari Hackathon ***
>
> Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan
> menganjurkan Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya Bertempat
> di Berjaya Times Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt
> 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia.
>
> Masuk adalah percuma  pada hari Ahad 31 Mei 2009. Jemputlah datang
> beramai-ramai.
>
> Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti
> OSS Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.
>
> Redhuan Daniel Oon ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi
> pembangunan Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak digunakan.
> Dalam sesi ini satu hackathon untuk menyediakan perisian pemasangan
> Adempire ERP dalam Windows akan dipertandingkan.
>
> Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS yang
> membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut boleh
> dirujuk disini.
>
> http://www.lamp2win.com/
>
> Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse,
> Fedora, Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem
> operasi (OS) dalam OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat
> dengan mana-mana OS OSS membawa komputer masing-masing dan akan dipasang
> dengan mana-mana OS pilihan dengan bantuan pakar-pakar dalam
> komuniti-komuniti.
>
> Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS boleh
> datang dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.
>
> Installfest Linux BSD OpenSolaris MSC Malaysia OSCONF 2009
> http://www.facebook.com/event.php?eid=98535666856
>
> Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi
> pihak yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu peluang
> kepada pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman web
> dicerobohi dan cara melindunginya.
>
> RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma namun tempat adalah terhad.
> http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507
>
> Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT.
> Sama ada anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara
> menyediakan "resume" dan perbincangan mengenai kerjaya ICT.
>
> Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma kepada umum, maka jemputlah
> datang beramai-ramai.
>
> Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009
>
> http://www.mscmalaysia.my/osconf
>
> Sertai MSC Malaysia Open Source Group di Facebook
> http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399
>
> dan MSC Malaysia Open Source Conference 2009 Facebook page
> http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/MSC-Malaysia-Open-Source-Conference-2009/97810422651
>
>
>
>
> ---
>
> OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
> http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting
>
>
>
> --
> This message has been scanned for viruses and
> dangerous content by MySpamGuard, and is
> believed to be clean. http://myspamguard.oscc.org.my/
>
>



----------------------------------------------------------------
This message was sent using MyWorkSpace of OSCC, MAMPU
http://myworkspace.oscc.org.my/



-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MySpamGuard, and is
believed to be clean. http://myspamguard.oscc.org.my/



--- 

OSCC MAMPU MyMeeting Version 2.0 Release
http://knowledge.oscc.org.my/solution-areas/application/mymeeting


_______________________________________________
OSCC Knowledge Bank Mailing List

*  To visit MAMPU Opensource on the web, go to: 
    http://opensource.mampu.gov.my

*  To visit OSCC Knowledge Bank on the web, go to: 
    http://www.oscc.org.my
       
*  To unsubscribe from this group, please go here:
     http://lists.oscc.org.my/mailman/listinfo/oscc-discuss

OSCC MAMPU Facebook.
http://www.facebook.com/group.php?gid=4999664916

Kirim email ke