Memasuki Gerbang Perkahwinan
Begitulah tajuk buku yang dibekalkan kepada bakal pengantin yang mengikuti kursus perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam. Buku tersebut adalah buku teks yang wajib dimiliki oleh peserta. Di dalam buku tersebut terdapat silibus yang harus diikuti oleh para peserta. Kegagalan menghadiri salah satu silibus yang ditetapkan akan membawa implikasi iaitu tidak mendapat sijil yang diidam-idamkan yang menjadi salah satu syarat wajib untuk memohon pernikahan di pejabat agama.

Begitulah tujuan kehadiran bakal pengantin ke kursus ini. Yang penting... ya sijilnya aja. Ia harus diperolehi. Manakala isinya? Bisa diberikan santai-santai sahaja..

KAPPeL
2005, JK WJIM Pusat dengan kerjasama WJIM KL telah menganjurkan Kursus Asas Pra Perkahwinan buat julung-julung kalinya. Lebih 100 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada golongan muda terutama dari KARISMA sendiri. Ternyata peserta yang menghadiri program ini merasakan BERBALOI menghadiri program ini walaupun program ini tidak menganugerahkan sijil kursus sebagaimana yang dikeluarkan oleh JAWI yang melayakkan seseorang utk memohon nikah.

Mengapa KAPPeL
Seringkali yang menjadi persoalan adik-adik peserta dan rakan-rakan mereka yang ingin datang ke program ini ialah ... "dapat sijil  mcm JAWI tu tak?" Kalau tak... tak nak la pergi... nak pakai duit lagi... nanti nak ikut kursus lagi sekali..." demikianlah komentar atau keluhan mereka ... al maklumlah... pengurusan perkahwinan memang memerlukan belanja yang tinggi... peruntukan wang harus dibuat perkiraan dan percaturan...

Taruhan RM60...
Yuran KAPPeL tahun ini RM60.. dapat sijil tapi tak boleh nak mohon nikah.. Yuran Kursus Pra Perkahwinan biasa.. RM80.. dapat sijil dan boleh terus guna untuk mohon nikah..

Apa Ada Pada KAPPeL
Bagi yang pernah mengikuti KAPPeL dan juga yang pernah mengikuti kursus perkahwinan anjuran JAWI, sudah pasti anda dapat membezakan kandungan dan cara penyampaian dalam kursus atau program seumpama ini. Dengan kekuatan penceramah seperti Ustaz Alias Othman, Pak Utih, Dr Hafidzah Mustakim dan kepelbagaian pendekatan ceramah dan aktiviti seperti sesi perkongsian usia perkahwinan dengan pasangan muda dan pasangan pertengahan, para peserta di bawa ke arah realiti yang bakal dihadapi oleh pasangan yang baru berumahtangga dan juga peningkatan usia perkahwinan yang mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Pengetahuan yang realistik di samping pedoman yang berlandaskan prinsip Islam dalam memiliki rumahtangga yang dilimpahi sakinah dan mawaddah dan dipayungi rahmah sebagaimana yang tertera dalam surah Ar Rum AMAT perlu dihayati dan miliki oleh mereka yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan.

Agar Cinta Sentiasa Menghiasi Rumahtangga Kita
Begitulah salah satu tajuk buku yang dinukilkan oleh Cahyadi Takariawan yang juga penulis kepada buku "Di Jalan Dakwah Aku Menikah". Sudah pasti yang ingin mendirikan rumahtangga inginkan rumahtangga yang bahagia hingga ke akhir hayat... bak kata Dr Har kepada ana "Perkahwinan itu perjudian" dan kita harus memenanginya. Oleh itu bagi mereka yang masih mentah dan perlukan satu suntikan pakej ilmu dalam menghadapi kehidupan berumahtangga... maka insyaAllah anda akan dapat menemuinya di dalam program KAPPeL anjuran Wanita JIM KL.

Ia Muncul Setahun Sekali
Jangan lepaskan peluang ini kerana KAPPeL hanya muncul setahun sekali... InsyaAllah anda pasti tidak akan mengeluh kerugian dengan ilmu pengetahuan yang akan dihidangkan kepada anda di dalam program ini... .. insyaAllah hanya dengan 1 hari setengah menghadiri program seperti KAPPeL, pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga akan memperolehi pelbagai ilmu dalam usaha pembentukan rumah tangga yang bahagia dan harmoni di bawah lembayung rahmat dan barakah Ilahi....

"Modal utama untuk menjadi dinamisator perubahan pada pasangan adalah keyakinan diri, kesiapan untuk berubah, karakter yang kuat dan keteladanan. Ditambah dengan ketrampilan mengkomunikasikan ide (yang ini pun bisa dilatihkan kemudian). Apabila ada kesiapan dalam diri anda untuk menerima, saling berlomba dalam menunaikan kebajikan, siap berubah menuju tuntutan ideal, maka anda telah memiliki semua persyaratan untuk membangun rumahtangga yang harmonis" (Di Jalan Dakwah Aku Menikah)

---
Misah
JK Promosi
KAPPel 06



--------------------------------------------------------------------------------


Moderator
Hidayahnet
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
  a.. Members: 8710
  b.. Category: Islam
  c.. Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah (Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.




--------------------------------------------------------------------------------

{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)



Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia              : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah                 : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info                         : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera         : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                                   : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood           : http://ikhwanweb.com

[Non-text portions of this message have been removed]



Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment ....




SPONSORED LINKS
Women Islam Muslimah
Women in islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke