Perhatian terhadap anak yatim
  .
  FIRMAN Allah yang bermaksud: Tahukah kamu (orang yang mendustakan agama, 
itulah orang-orang yang menindas anak-anak yatim dan tidak menganjurkan memberi 
makanan kepada orang-orang miskin. (Surah Al Ma’un ayat 1-3).
  Seseorang muslim sanggup mendirikan sembahyang dan melaksanakan ibadat-ibadat 
 yang lain. Namun, kepercayaan seseorang terhadap agama Allah itu tidaklah 
dapat dinilai dengan sembahyang semata-mata, sebab Islam bukanlah agama kulit 
dan agama upacara.
  Sesungguhnya hakikat iman itu mempunyai ciri-ciri alamat yang membuktikan 
kewujudannya. Selama alamat itu belum wujud maka keimanan dan kepercayaan itu 
pun tidak wujud.
  Sebenarnya, di antara akidah dan syariat Islam tidak boleh bercerai dan 
berpisah antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Malah, Islam adalah 
agama yang bersepadu di mana kegiatan akidah membuahkan ibadah, sedangkan 
ibadat berkaitan dengan tugas perseorangan. Tugas perseorangan pula berkait 
rapat dengan tugas masyarakat yang kesemuanya menuju ke arah kebaikan manusia 
dan pengabdian diri kepada Allah. 
  Oleh yang demikian, seorang muslim tidak boleh mengambil sebahagian daripada 
syariat Islam dan menolak sebahagian yang lain. Ia tidak harus menerima sesuatu 
yang disukainya sahaja dan menolak sebahagian syariah yang tidak disukainya.
  Inilah maksud Islam dalam konteks penyerahan diri dan pengabdian kepada Allah 
dan di sinilah terletak batas kufur yang menjadi masalah masyarakat sepanjang 
zaman.
  Tiga ayat yang dibaca di awal khutbah ini menjadi contoh serta gambaran yang 
jelas satu hakikat agama yang amat besar dan hampir mengubah sama sekali 
pengertian biasa mengenai iman dan kufur serta yang selalu dirasakan oleh 
kebanyakan kita.
  Firman Allah itu dimulai dengan pernyataan Allah, adakah engkau melihat atau 
adakah engkau tahu siapakah pendusta-pendusta agama itu, kemudian Allah 
menegaskan sebagai jawapan. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mereka yang 
menindaskan anak-anak yatim dan tidak menggalakkan memberi makan kepada 
orang-orang miskin.
 
  Inilah suatu jawapan yang memeranjatkan kerana hanya dengan sebab kita 
mengabaikan beberapa kebajikan terhadap anak yatim dan orang miskin, kita boleh 
digolongkan sebagai pendusta-pendusta agama sendiri.
  Betapa pula halnya kalau kita melakukan kerja jahat, meninggalkan sembahyang, 
berjudi, berzina dan bagaimana jadinya kepada Islam sekiranya sebahagian 
daripada syariat-syariat Islam itu kita pertikaikan sesama sendiri.
  Allah memberi peringatan kepada kita tentang kebajikan anak yatim dan orang 
miskin sehingga ia dihubungkan dengan pengertian agama itu sendiri. Mengabaikan 
kebajikan mereka bererti mengabaikan agama sebaliknya memuliakan mereka menjadi 
sifat-sifat orang yang beragama.
  Firman Allah yang bermaksud: Ada pun terhadap anak-anak yatim maka janganlah 
engkau bersikap kasar terhadapnya dan ada pun orang yang meminta-minta maka 
janganlah engkau tengking herdik dan adapun nikmat Tuhanmu hendaklah engkau 
sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran. (Surah Adh Dhuha Ayat 9-11).
  Anak yatim ialah kanak-kanak yang belum baligh sama ada lelaki atau perempuan 
yang telah kematian bapanya atau ibunya atau kedua-duanya sekali. Orang yang 
pertama yang bertanggungjawab adalah waris-warisnya untuk memeliharanya 
sehingga besar dengan peliharaan yang sempurna sehingga ia berupaya menjalani 
hidup sendiri.
  Di samping itu, mereka hendaklah mengelakkan diri daripada menganiaya 
 seperti menindas mereka atau mengkhianati mereka dan harta kepunyaan mereka. 
Maka apabila waris tidak mampu memeliharanya kerana kemiskinan dan sebagainya 
maka wajiblah yang kaya dan yang berupaya memberikan bantuan dan memelihara 
mereka.
  Sekiranya golongan yang kaya dan berupaya itu tidak pula mengabaikan 
kewajipannya maka tertanggunglah kepada masyarakat keseluruhannya.
  Memelihara anak yatim dalam rumah sendiri adalah sebaik-baik amal yang 
dituntut oleh Islam sehingga Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 
Sekasih-kasih rumah di sisi Allah ialah rumah yang ada di dalamnya anak-anak 
yatim yang dimuliakannya.
  Bukanlah dengan diberi makan minum semata-mata disebabkan kemiskinan mereka, 
sebab anak yatim juga ada yang kaya daripada harta peninggalan ibu bapanya, 
tetapi yang lebih penting daripada itu ialah layanan kasih sayang, dididik dan 
seumpamanya kerana hal seperti ini tidak dapat diperolehi dan ditukarganti 
seperti harta sebab kasih sayang  hanya diperolehi dari jiwa yang halus dan 
lembut dari didikan iman dan kepercayaan kepada Allah.
  “Mereka bertanya kepada kamu ya Muhammad tentang soal anak yatim. Katakanlah 
kepada mereka, memperbaiki keadaan mereka adalah lebih baik dan juga kamu 
bergaul dengan mereka samalah sepertimana kamu bergaul dengan saudara-saudara 
kamu sendiri. Allah mengetahui siapa yang suka membuat kerosakan dan siapa pula 
yang memperbaiki dan kalau dikehendaki nescaya menyempitkan kamu, bahawasanya 
Allah Maha kuasa lagi Bijaksana.
  (Petikan khutbah Jumaat ini dikeluarkan untuk siaran oleh Jabatan Agama Islam 
Negeri Perak)
 

                                
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on  Yahoo! Small Business. 

[Non-text portions of this message have been removed]



=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke