3 MAC 1924
  SEJARAH HITAM UMAT ISLAM
   
  [SN59] 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang 
tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara 
rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah 
Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir 
meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari 
tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh 
La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini 
dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon 
berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki 
telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan 
kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam".
   
  Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku 
secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telah 
pun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah 
yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh 
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa 
Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan 
diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman 
bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka 
dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan 
oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, 
kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. 
Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan 
oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:
   
  "Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku 
mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam 
yang bersabda: "Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para 
nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. 
Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak 
khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' 
Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. 
Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut 
pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada 
mereka" 
   
  Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia 
(lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga 
itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat 
manusia sepertimana Firman Allah:
   
  "Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi 
sekelian alam" [TMQ al-Anbiya' 21:107]
   
  Malapetaka ketiadaan Khilafah
   
  Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini 
adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam 
- tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan 
hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara 
melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin 
merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara 
menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa 
dengan
  terlaksananya hukum-hukum syara' secara menyeluruh, alam ini pasti akan 
dipenuhi rahmat Allah. 
   
  Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah 
hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik 
dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat 
manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, 
dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, 
penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan 
RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah 
menerapkannya secara menyeluruh. 
   
  Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat 
dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari 
segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka 
seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah 
dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa 
mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh  kemiskinan dan menagih 
simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 
120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat 
embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat 
radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003].
   
  Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa 
pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di 
dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. 
Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang 
miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan 
setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 
70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food 
Program, New Staits of Malaysia Times, 2001]. Semua ini berlaku dalam keadaan 
20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! [100 ways 
of seeing an unequal world - Bob Sutcliffe]. 
   
  Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi 
RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; 
malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan 
keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, 
sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di 
dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga... 
   
  Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala 
kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam 
keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak 
dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum 
Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi 
milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari 
ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan 
perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah 
melepaskan tanggungjawab utamanya - menjaga urusan umat. 
   
  Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan 
aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan 
kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal 
pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, 
arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan 
bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang 
menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. 
Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal - manusia yang 
langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam 
menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem 
pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses 
pemindahan ilmu untuk 'dipelajari' bukan untuk diterapkan dan diamalkan. 
Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya 
sahaja ('ibadah
khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang 
memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi 
masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia 
tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan 
Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya 
bertanggungjawab menerapkannya. 
   
  Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam 
kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat 
Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan 
contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan 
dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri 
lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara 
'super power' AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya 
telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu 
bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya 
terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa 
muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang 
tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka 
hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan 
kuffar, suatu yang
mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama 
penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang 
lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia? 
   
  Gambaran pemikiran umat Islam hari ini
   
  Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam 
kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat 
Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari 
kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini 
terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, 
terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah 
murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah 
syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan 
Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih 
mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada 
hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia 
sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu 
wa Ta'ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnya
diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan 
kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara 
separuh-separuh. 
   
  Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah 
menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan 
kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka 
memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran 
yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan 
lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang 
menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman 
silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang 
tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya 
perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. 
Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi 
kufur di tengah-tengah umat. 
   
  Kewajiban mendirikan Khilafah
   
  Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; 
kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan 
berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah 
permasalahan 'hidup dan mati' yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya 
penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, 
menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, 
umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, 
pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk 
mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja 
merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia 
merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala 
berfirman; 
   
  "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu 
kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu..." [TMQ an-Nisa' 4:59]
   
  Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud;
   
  "Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di 
pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah" [HR Muslim].
   
  Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk 
melantik (bai'at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun 
kewajiban bai'at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang 
hendak dibai'at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu 
sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.
   
  Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan 
bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat 
yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah 'ala minhaj 
annubuwwah. Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas 
sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;
   
  "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di 
tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya 
apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah 
yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas 
kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk 
mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya 
atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk 
mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), 
adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia 
menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang 
mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau 
(Nabi) diam." [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]
   
  Jalan untuk mendirikan semula Khilafah
   
  Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan 
dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah 
bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang 
berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang 
benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang 
jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat.
   
  Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan 
dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, 
setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan 
jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah 
syara' yang berbunyi;
   
  "Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib"
   
  Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan 
dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan 
satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak 
wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban 
ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya 
menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban 
untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam. Jamaah ini haruslah berjuang 
dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan 
negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islamadalah merupakan 
aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang 
harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban 
mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma'ruf 
dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.
   
  "Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada 
kebaikan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah
  perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya"
   
  Wahai kaum muslimin,
   
  Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa 
musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang 
tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza 
dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara 
tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini 
mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin 
menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas 
Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-alawwal, 
penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk 
Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum 
Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyedari bahawa tiada penyelesaian 
lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah?
   
  Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan 
berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun 
ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan 
gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.
   
  Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

From: Ridhuan Hakim 

  


--------------------------------------------------------------------------------


Moderator
Hidayahnet
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED] 
Group Information
  a.. Members: 7865 
  b.. Category: Islam 
  c.. Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay) 
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh 

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues 
pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage 
participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, 
Singapore, Brunei and whoever can read Malay. 


--------------------------------------------------------------------------------

{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom 
(i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue 
with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone 
astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy 
Quran-16:125)


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/aYWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke