SEKRETARIAT KONGRES UMAT ISLAM MALAYSIA (SKIMA)

 

Alamat Perhubungan : No.32 , Persiaran Taman Meru 22 , Taman Meru 2C , 30020 , 
Ipoh , Perak Darul Redhuan 

( Setiausaha SKIMA :.Zulkifli Ibrahim 017-5554828 , Bendahari :Hj. Hani 012 
4556126)

 

Kenyataan Media

24 hb Mac 2007

 

PELANCARAN "DOKUMEN TEKAD" KONGRES UMAT ISLAM MALAYSIA

-KERAJAAN PERLU BERTEGAS DALAM MENGAWAL  AKHLAQ MASYARAKAT.

 

Sekrekatriat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) yang ditubuhkan dari Kongres 
Umat Islam Malaysia (KUISMA) hari ini melancarkan Dokumen TEKAD sebagai hasil 
dari rumusan dan resolusi yang telah dikumpulkan dari KUISMA pertama yang telah 
berjaya diadakan pada 2-3 Zulhijjah 1427H / 23-24 hb Disember 2006 di Bukit 
Mertajam , Pulau Pinang. 

 

Dokumen ini dilancarkan oleh Sohibus Samahah Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria , 
Mufti negeri Perak.

 

Kongres tersebut telah dihadhiri oleh sekitar 1000 orang dari pelbagai kelompok 
masyarakat yang mewakili golongan ulama , cendekiawan , ahli politik , ahli 
professional , usahawan , ahli birokrat dan teknokrat , golongan akar umbi ( 
peniaga kecil , petani , nelayan , buruh , pekerja ) , pendidik , mahasiswa , 
lembaga swadaya masyarakat (NGO) , pengamal media , budayawan dan pertubuhan 
wanita. 

 

Kongres tersebut dianjurkan telah oleh TERAS dan Jaringan NGO Islam Perak 
(JAMAAIY) dengan kerjasama beberapa pertubuhan Islam seperti ABIM , Persatuan 
Ulama Malaysia , JIM , MACMA , PKIPIM , IMPAK dan ISRA'.

 

Kongres ini bertujuan untuk membahaskan segala aspek mengenai kedudukan Islam 
dan umat Islam di Negara ini bersempena 50 tahun kemerdekaan Negara dan 
membincangkan gerak tindak yang perlu diambil untuk memulihkan segala 
kepincangan yang berlaku bagi mengangkat status umat Islam kepada tahap seperti 
yang dituntut ooleh Islam.

  

Dokumen TEKAD ini merupakan sebuah dokumen yang menggariskan 17 agenda 
bertindak yang menuntut pihak pemerintah dan masyarakat Islam sendiri untuk 
mengambil langkah konkrit bagi mengangkat martabat umat Islam di Negara ini. 

 

17 agenda tersebut termasuk isu penghayatan Islam , peranan umara' dan ulama , 
perundangan , pendidikan , ekonomi , kepimpinan politik , kesihatan , aset 
tanah , sosio-budaya , media ,  keselamatan , wanita dan belia , pentadbiran , 
da'wah dan pembangunan intelektual .

   

SKIMA menegaskan bahawa menjelang 50 tahun kemerdekaan tanah air , sudah sampai 
masanya umat Islam memastikan bahawa arah tuju pembangunan Negara hendaklah 
diselaraskan dengan Islam dalan semua aspek kehidupan masyarakat Islam 
khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

 

Kongres telah mengambil perhatian berat terhadap pelbagai masalah umat Islam di 
Negara ini yang maseh belum mendapat perhtaian serius oleh pihak kerajaan dan 
masyarakat Islam sendiri.

   

Kami telah merumuskan bahawa antara gejala yang semakin mencabar umat Islam di 
Negara ini adalah dalam aspek keruntuhan akhlaq yang berleluasa. Dengan 
statistik yang saban hari dikeluarkan mengenai gejala sosial yang melibatkan 
umat Islam , kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan mengambil 
tindakan tegas untuk mengawal dan membanteras keruntuhan akhlaq yang berlaku.

 

Gejala seperti hiburan liar , pakaian yang semakin menonjolkan identiti yang 
bercanggah dengan tuntutan Islam , zina , seks bebas dikalangan remaja , 
peningkatan penagihan dadah dan HIV/AIDS , lumba haram dan mat rempit serta 
pornografi adalah antara isu yang kini sedang mengikis akhlaq masyarakat Islam 
dengan sangat pantas.

 

Kami menolak pandangan  pihak-pihak tertentu yang mengenengahkan sikap liberal 
terhadap keperluan pihak berkuasa  untuk mengawal akhlaq masyarakat dengan 
beralasan bahawa persoalan moral adalah hak individu.

 

Hujah "moral policing" yang sentiasa dikritik oleh pihak-pihak ini jelas 
bertentangan dengan tuntutan Islam yang menetapkan bahawa soal akhlaq adalah 
juga dalam skop tanggungjawab pemerintah untuk memastikan rakyat mengamalkan 
sikap dan gaya hidup yang berakhlaq tinggi.

 

Sebarang kecuaian pihak kerajaan dalam hal ini akan membawa masyarakat kepada 
gaya hidup dan budaya hidup liberal dan bebas yang hedonistik seperti yang 
dialami oleh kebanyakan Negara maju di Barat.

 

Pihak kerajaan tidak harus tunduk kepada golongan sekular-liberal yang cuba 
mengenengah pandangan mereka supaya persoalan pakaian , hiburan , pergaulan 
tidak dikawal oleh undang-undang kerana ini dianggap melanggar hak asasi 
manusia.

 

Kami menegaskan bahawa enakmen undang-undang syariah yang ada dalam 
negeri-negeri berkaitan dengan pelanggaran hukum Islam semada dari segi 
kepercayaan , amalan , pergaulan dan rosak akhlaq perlu dikuatkuasakan kerana 
menjadi tangungjawab pihak kerajaan memastikan supaya masyarakat Islam 
khususnya tidak akan terpengaruh dengan gaya hidup liar yang menjejaskan imej 
Islam di Negara ini.

 

Kami berpendapat walaupun pendekatan pendidikan perlu digunakan  untuk 
menyedarkan masyarakat mengenai sosio-budaya Islam kami juga menegaskan bahawa 
penguatkuasaan undang-undang adalah sebahagian penting dari proses pembinaan 
masyarakat yang bertamadun tinggi  untuk mencegah masyarakat dari keruntuhan 
akhlaq.

 

Oleh kerana itu kerajaan perlulah bersikap tegas kepada semua program , acara 
hiburan , pertunjukkan dan penganjuran pesta yang melanggar etika dan membawa 
kepada keruntuhan akhlaq .

Kami menegaskan juga agar perlaksanaan syariah dalam kehidupan umat Islam 
hendaklah diperluaskan dari apa yang ada dalam perundangan negara sekarang. 
Pihak kerajaan perlu bertindak agar semua institusi Islam yang melaksanakan 
perlaksanaan hokum Islam diperkukuh dan dipertingkatkan kewibawaannya

  

SKIMA menuntut supaya semua agensi  kerajaan berkejasama dengan semua 
pertubuhan Islam semua prinsip amar ma'ruf dan nahi mungkar ( menganjurkan 
kebaikan dan mencegah kemungkaran ) ditegakkan bagi mengukuhkan sosio-budaya 
umat Islam di Negara ini.

 

SKIMA mengumumkan bahawa Dokumen TEKAD ini yang telah diserah kepada YAB 
Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi , Perdana Menteri  pada bulan Februari 2007 di 
JPM , Putrajaya  yang lalu mengharapkan agar ia akan diberi perhatian serius 
oleh beliau. Kami akan menghantar permohonan untuk mengadakan dialog khusus 
dengan PM bagi membincangkan Dokumen TEKAD ini

 

SKIMA juga telahpun menyerahkan dokumen tersebut kepada YB Dato'Seri Hj. Hadi 
Awang , Presiden PAS pada bulan Mac 2007 dengan harapan agar beliau juga 
meneliti dan mengambil perhatian kepada semua saranan yang telah dirumuskan 
dari KUISMA.

 

SKIMA kini akan memohon mengadap DYMM Yand Di Pertuan Agong untuk menyampaikan 
Dokumen TEKAD dengan tujuan semua Majlis Raja-raja Melayu akan memberi 
perhatian berat terhadap rumusan Kongres dan mengambil tindakan sewajarnya.



Kami juga mengumumkan bahawa SKIMA akan menjadi wadah tetap untuk melaksanakan 
segala tindakan susulan dari KUISMA seperti menubuhkan kumpulan kerja untuk 
meneliti strategi dan perlaksanaan setiap agenda yang terdapat dalam Dokumen 
TEKAD. 

 

SKIMA juga akan mengadakan Siri Jelajah KUISMA ke setiap negeri dalam tempoh 
2007-2008 untuk memasyarakat Dokumen TEKAD kepada peringkat rakyat. Sekaligus 
SKIMA akan mendaftarkan mereka yang mahu menjadi Warga Sukarelawan SKIMA bagi 
mengembangklan penyertaan seramai mungkin anggota masyarakat untuk menyumbang 
kepada perlaksanaan rumusan dalam Dokumen TEKAD.



SKIMA juga mengumumkan bahawa KUISMA akan dilaksanakan setiap 3-4 tahun sekali 
dengan tujuan agar semua perbincangan dan keputusan yang dirumuskan akan dapat 
diimplementasikan sebagai sebuah realiti.

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi SKIMA

Tel 019 4744856

       







--------------------------------------------------------------------------------


Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
            RM1 setiap bulan kepada Palestin 
     

      Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
      Bank Islam Malaysia Berhad 
      Nombor akaun: 12113010005797 
      http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com



http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke