Amende lerrr ko Jalak ... Bahasa Malaysia pun dah tak faham. Ermmm... alah bisa tegal biasa ... lama-lama nanti kau faham lah. Macam Kang MH tu ... aku jumpa dia ... aku belasah je cakap BM ... faham pun dia. Ye lah ... kamu tinggal di Indonesia mungkin kurang pendedahan dgn bahasa kami tetapi mereka yang tinggal di sekitar Kepulauan Riau dan Sumatera, aku dapati bahasa basah mereka sama saje dengan Semenanjung kecuali .... mereka yang menetap di Pulau Jawa ... Hehehehehehehe ...
Bagi kami penduduk Semenanjung tak merasa pelik bila kamu berbicara atau menulis dalam Bahasa Indonesia atau slang Jakarta sebab kami memang telah didedahkan dengan bahasa kamu melalui Filem, Sinetron, Lagu dan Radio/TV kamu. Kalau di daerah aku, Kota Tinggi, aku bisa mendapat siaran radio dari Batam dan TV kamu (ada 4 channel). Jadi tiada masalah untuk memahami gaya percakapan dan penulisan kamu. Sebagai insan yang hidup dalam era globalisasi kini, kita kenalah peka dengan perubahan persekitaran...tak rugi kalau kita mahir banyak bahasa asing atau bahasa tetangga kita....
Hehehehehehehe....KWANG3X...
 
 


Jalak Harupat <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Seronok pule nak cakap Malaysie.....
Ya sudah...aku kagum sama kau, sudah hampir hilang suku sunda-mu tapi kau masih mencari obor Ke-Sunda-an.
Ya sudah terserah kau lah...walau banyak sekali kata-kata Malaysie yang susah dimengerti.
Sok....ka hareup deui....lajengkeun.....
 
Jalak Harupat

Roslee bin Kartawi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Hahahahahahaha
Lucu lah kau ni. Ada ke boleh jadi bingung! Mustahil! Macam tak
percaya aje! Kahkahkahkahkah. Nama kau cun habis ... Jalak
Harupat .. di Malaysia ni ada nama Jalak Lenteng ... Hahahahahaha.
Dalam lirik lagu musik Melayu Asli nama Jalak Lenteng ada disebut.
Ermmmmmm. Apa peduli aku transparant ke ... telus ke ... etc etc
etc, aku dah cakap, tahun depan...tahun depan lah. OK. Tak de cerita
yang menarik tentang saya dan bagaimana Datuk dan Nenek serta Abah
boleh berhijrah ke Tanah Melayu dan seterusnya menetap di sini
menjadi warganegara Malaysia. Cerita biasa-biasa je. Mmmmm... malas
lah nak bukak buku lama, kemudian cerita balik ... Lagi pun sekarang
ni dah tahun 2004, mmmm... baik kita buka kisah baru. Mmmmmm. Famili
Abah masih ada di JaBar lagi tapi aku tak mengenalinya sebab Abah
pun tak bilang dengan jelas salasilah familinya dan asalnya (nama
kampungnya). Begitu juga dengan famili sebelah Datuk dan Nenek (Abah
dan Ibu sebelah Ibu ku)masih ada di JaBar tetapi aku tak
mengenalinya sebab tak pernah menziarahinya. Lagi pula sebelum aku
lahir ke dunia ni, datuk dan nenek sudah tiada lagi. Nak merujuk
dengan rakan-rakan mereka yang sama-sama berhijrah ke Tanah Melayu
pun dah tak ada sebab semuanya dah meninggal dunia (Penghijrah
Pertama) dan ada pulang semula ke Jabar. Tentang Bahasa Sunda,
maaflah memang kami tidak didedahkan secara langsung. Aku pun kadang-
kadang saja mendengar bila Ibu berbicara dengan Adik atau Kakaknya.
Itu pun kalau kami semua berkumpul semasa Hari Raya Aidilfitri.
Kelompok kami tidak sebanyak etnik Jawa jadi kebanyakan daripada
kami terus mengikut budaya setempat. Itulah serba ringkas mengenai
sejarah kami. Zaman dulu mana ada akhbar, telefon atau pun internet.
Maka...bahasa dan budayanya cepat saja hilang kerana yang berhijrah
ke sini pun bukan daripada kalangan budayawan atau ilmuwan atau
pakar. Jadi, aku tak salahkan mereka. Keadaan yang membuatkan kami
hilang jatidiri sebagai orang Sunda lantas mengakui diri sebagai
Melayu Malaysia saja dan kebetulan kami semua mendapat 'STATUS
PERIBUMI / BUMIPUTERA'. Itu saja lah ye, aku harap ia mengcukupi.
Aku berasal dari Negeri Johor dan dari Daerah Kota Tinggi. Hmmmm...
BYE Wassallammmmm.



Sumedang Tandang Nyandang Kahayang


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id



Yahoo! Mobile
- Download the latest ringtones, games, and more!

Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke