Sejarah Pergerakan Wahabi SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB
Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi ( gambar) di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan pendapat Shaikh Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah sementara .Pada tahun 1694M/1115H adalah Golongan Wahabi manakala pada 1703M/1124H adalah ahli sejarah Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H. Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi " Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )" .Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd. ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN Ahli Najd terbahagi kepada dua golongan , badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pendalaman. Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama' fuqaha' lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke ad-dar'iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M. ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama' al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama' al-Harmain (diantara mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka Akhirnya Ulama' al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan umat Islam. Ulama' Harmian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar'e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman kepada mereka yang mulhid ini dipenjara, malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar'iyah ( sekarang ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M. Muhammad bin Abdul Wahab pula telah wafat pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab. WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji, lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah As-Syarif Ghalib b. Musaaid b. Said b. Saad b. Zaid. Lantaran itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban seterusnya golongan Wahabi dapat menyebarkan dakyah mereka lalu membentuk tentera yang terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa'edah 1217H, lalu menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah. Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah sehingga mereka berasa amat takut apa yang berlaku di Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan serta membuat ketetapan laranganmenziarahi makam nabi-nabi dan solihin. Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah, golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah yang menatijahkan mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah. WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH. Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu'ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka. Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa'edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh 'Bilik Nabi' dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama' melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi .Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe' seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya lambang bulan sabit yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi Tarikh Masjid al-aw'walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji) Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun. SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km) sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh sokongan daripada beberapa kabilah badwi seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30 ribu tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan al-Amir Faisal SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra' dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa'edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama mereka anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi yang merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan dihukum bunuh. Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul Qa'edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu Musa'd lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa'd untuk dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu dihukum bunuh, kepalanya di gantung di Bab As-Saraya sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat dan dikebumikan pada 1231H. Pada bulan Sya'ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan 'Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar'yah kemudian melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka. BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA Amir Wahabi Abdullah b. Saud cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha(abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar'yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa'edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi. AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki Istana, maka Muhamad Ali Basha dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ; Muhammad Ali Basha : Apakah ini berterusan ( peperangan ) ? Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ). Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ? Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan. Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus Muhamad Ali Basha : Apa ini ? Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya bersama ku. Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud. Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi) Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan orang-orang as-Syarif. Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar'yah sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi'ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di Bab Hamaayun manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab. SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI Ramai di kalangan Ulama' Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama' yang mu'tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi. Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke 'Bab as-Thani' mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu golongan Wahabi bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu berhimpunlah sekelian ulama' di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni. berbunyi : Wahai! Ulama',Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini .. ( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni at-Tamimi al-Kadzabi ) Kemudian ada pula daripada Ulama', Qadhi, Mufti bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama' menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama' bersepakat tanpa berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah (Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad 'al ar-Risalati an-Najdiyati m.s.84-86 ) Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij. ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174 Kitab unggul Mazhab Sayafe") ------------------------------------------------------------------------------------------ Sejarah Kelam Salafi Oleh: Abu Rifa al-Puari Publikasi 28/03/2004 hayatulislam.net - Dalam beberapa artikel sebelumnya, kita telah memperoleh penjelasan bahwa salafi merasa dirinya paling benar, selamat dan masuk syurga (Karakter 1), sehingga hanya salafi saja golongan yang boleh eksis didunia. Sedangkan golongan lain sesat, bidah dan tidak selamat sehingga layak dicela dan jangan diungkapkan secuil-pun kebaikannya (Karakater 2). Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya tentang golongan yang selamat, dia berkata: Mereka adalah para ulama salaf. Dan setiap orang yang mengikuti jalan para salafush-shalih (lihat 1). Tentu yang mereka maksudkan dengan jalan para salafush-shalih adalah golongan SALAFI, bukan golongan-golongan yang lain! Tentu kita penasaran, darimana berasal golongan yang demikian gencarnya mempromosikan dirinya paling benar dan semua golongan yang lain salah, sesat dan bidah sehingga layak dicela ini? Kapankah golongan ini didirikan, siapa saja pendirinya dan bagaimana sejarah berdirinya? Mari kita telaah satu persatu pertanyaan yang mengganjal tersebut. Salafi Sudah Ada Sejak Nabi Adam AS? Salafi meyakini bahwa golongan mereka telah ada semenjak manusia pertama, yakni Nabi Adam AS. Dengan demikian, Da'wah Salafiyyah adalah da'wahnya seluruh Nabi, mulai dari Nabi Nuh sebagai Rasul pertama sampai dengan Nabi Muhammad yang merupakan Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada umat manusia, semoga damai dan rahmat Allah selalu tercurah bagi mereka semua. Maka sejarah dari Da'wah Salafiyyah dimulai sejak dari Nabi pertama. Hal ini bahkan ada yang mengatakan bahwa dimulainya Da'wah Salafiyyah ini dimulai dari Nabi Adam 'alaihis Salam, sebab da'wah ini adalah da'wah yang murni. Dan Da'wah Salafiyyah adalah da'wah dalam rangka memahami Al Qur'an dan As Sunnah, sebagaimana Allah dan Rasul-Nya telah memerintahkan umat ini untuk melakukan hal tersebut. Da'wah ini dilakukan atas perintah dari Allah dan Rasul-nya kepada kita guna mendapatkan pahala yang akan diberikan oleh Allah. Dan da'wah ini menjauhkan kita dari apa-apa yang telah Allah dan Rasul-Nya larang untuk dilakukan, karena takutnya pada siksa dari Allah. Jadi, sejarah dimulainya Da'wah Salafiyyah ini adalah tidak hanya terjadi sejak satu abad, dua abad atau lima abad yang lalu. Sedangkan da'wah yang dimulai pada periode waktu tertentu adalah da'wah yang dilakukan oleh berbagai kelompok-kelompok sesat, seperti Ikhwanul Muslimin, Jama'ah Tabligh, Hizbut Tahrir, Sururiyyah/Qutubiyyah dan selainnya dari berbagai macam kelompok da'wah yang baru bermunculan. Itulah hal pertama yang ingin saya jelaskan (lihat 2). Dengan pernyataan salafi sebagai golongan yang telah ada semenjak dawah Nabi Adam AS dan diteruskan para Nabi sesudahnya maka inilah golongan tertua didunia, golongan yang telah lahir semenjak Nabi Adam AS dilahirkan dan diutus oleh Allah SWT sebagai manusia pertama. Mungkin anda akan tertegun sejenak, bukankah pernyataan salafi yang menyatakan bahwa salafi telah ada semenjak Nabi Adam AS menunjukkan sikap arogan yang luar biasa. Dengan pernyataan keberadaan salafi sebagai dawah awal para Nabi, sehingga salafi menjadi golongan tertua dunia, maka tidak ada peluang sekecil apapun golongan lain menyatakan bahwa golongan merekalah yang benar. Karena salafi menyatakan bahwa merekalah golongan yang paling benar, ajarannya murni dan telah dimulai semenjak keberadaan Nabi Adam AS. Sikap arogan salafi ini diperkuat lagi bahwa salafi adalah Islam itu sendiri, artinya jika anda seorang muslim maka anda harus mengaku sebagai salafi, jika tidak maka mungkin keislaman anda diragukan. Anda tidak cukup mengaku muslim, karena orang syiah juga mengaku muslim. Anda tidak cukup mengaku muslim berdasarkan Al-Quran dan sunnah, karena orang Asyari juga mengaku hal yang sama. Maka anda harus mengaku salafi, maka inilah yang benar, selamat dan masuk syurga, sedangkan yang lain sesat dan bidah. Saya tidak tahu persis, apakah Nabi Adam AS pernah mengaku sebagai salafi atau bukan? Dan diharuskan mempunyai penisbatan yang membedakan pada zaman ini, sehingga tidak cukup kita katakan, Saya muslim atau, Madzab saya muslim! Sebab semua kelompok-kelompok mengatakan demikian, baik Rafidhi (Syi'i), Ibadi (Khowarij), Qodyani (Ahmadiyyah) dan firqoh-firqoh selain mereka! Maka apa yang membedakan kamu dengan mereka (kelompok-kelompok ) tersebut? Kalau engkau berkata, cSaya muslim berdasarkan Al Qur'an dan As Sunnah maka pernyataan seperti itu tidak cukup. Sebab orang-orang yang berada pada kelompok, baik itu Asy'ari, Maturidy, dan golongan-golongan lain mengaku mengikuti kedua dasar tersebut (Al Qur'an dan As Sunnah). Dan tidak diragukan lagi bahwa nama yang jelas dan terang yang dapat membedakan dengan yang lainnya adalah kita katakan, saya seorang muslim berdasarkan Al Kitab dan as Sunnah, mencocoki dengan cara atau metode (manhaj) salafus shalih. Yakni cukup engkau katakan, saya salafi! (lihat 10). Bukanlah tiap orang berhak-baik seorang alim ataupun penuntut ilmu- untuk mengeluarkan ataupun memasukkan seseorang kedalam salafiyyah. Karena salafiyyah bukanah perusahaan, yayasan sosial, ataupun partai politik. Salafiyyah adalah Islam itu sendiri (lihat 13). Lantas betulkah salafi telah ada semenjak Nabi Adam AS?, darimanakah sebetulnya salafi berasal? Dimulai Dari Muhammad bin Abdul Wahab Pemikiran para salaf dimulai pada abad ke-4 H, disaat ulama-ulama Madzhab Hanbali yang pemikirannya bermuara pada Imam Ahmad bin Hanbal. Madzhab ini menghidupkan aqidah ulama salaf dan memerangi paham lainnya. Golongan ini kemudian muncul kembali pada abad ke-7 H dengan kemunculan Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Taimiyah menambahkan beberapa hal pemikiran Hanbali sesuai kondisi zamannya. Ibnu Taimiyah ditangkap dan dipenjara beberapa kali, pada tahun 726 H beliau dipenjara kembali karena perdebatan mendatangi kuburan nabi dan orang-orang shalih, akhirnya beliau meninggal dipenjara Damaskus pada tahun 20 Dzulhijjah 728 H dan selama dipenjara ditemani murid beliau Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Selanjutnya pada abad ke-12 H pemikiran serupa muncul kembali di Jazirah Arab yang dihidupkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab, yang selanjutnya disebut kaum Wahabi (lihat 3, hal 225; lihat 4, hal 61; lihat 6). Muhammad bin Abdul Wahab mempunyai nama lengkap Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Ahmad bin Rasyid bin Buraid bin Muhammad bin Buraid bin Musyarraf, dilahirkan di negeri Uyainah pada tahun 1115 H. Daerah Uyainah ini terletak di wilayah Yamamah yang masih termasuk bagian dari Najd. Letaknya berada di bagian barat laut dari kota Riyadh yang jaraknya (jarak antara Uyainah dan Riyadh) lebih kurang 70 km. Beliau belajar kepada ulama bermadzhab Hanbali di Bashrah ( lihat 5). Sehingga diyakini dawah Salafi dimulai dengan kemunculan Muhammad bin Abdul Wahab ini, aliran Wahabi (Wahabiyyah) sebagai sumber pemikirannya. Wahabiyyah muncul atas reaksi terhadap sikap pengkultusan dalam bentuk mencari keberkatan dari orang-orang tertentu melalui ziarah kubur, disamping bidah yang mendominasi tempat kegamaan dan aktifitas duniawi. Pada hakikatnya Wahabiyyah tidak membawa pemikiran baru tentang aqidah, mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukan oleh Ibnu Taimiyah dalam bentuk yang lebih keras, dibandingkan apa yang telah diamalkan oleh Ibnu Taimiyah sendiri. Mereka menertibkan berbagai hal yang tidak pernah disinggung oleh Ibnu Taimiyah. Kaum wahabi menghancurkan kuburan-kuburan sahabat dan meratakannya dengan tanah, tindakan wahabi berdasarkan sabda Nabi saw mengingkari tindakan Bani Israil yang menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai mesjid. Kaum wahabi juga melarang mengganti kain penutup raudhah dengan alasan bidah, sehingga kain itu menjadi usang, kotor dan tidak enak dipandang mata. Kaum wahabi (yang berpusat di Riyadh) dengan bantuan Inggris melakukan pembangkangan bersenjata (peperangan) terhadap kekhilafahan Utsmaniyah, Inggris memberikan bantuan dana dan senjata kepada kaum wahabi dan dikirim melalui India. Mereka berusaha merampas wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kekhilafahan Utsmaniyah agar mereka bisa mengatur wilayah tersebut sesuai dengan paham wahabi, kemudian mereka menghilangkan madzhab lain dengan kekerasan. Sehingga kaum wahabi mengalami penentangan dan bantahan yang bertubi-tubi dari para ulama, pemimpin dan tokoh masyarakat yang menganggap pendapat wahabi bertentangan dengan pemahamam kitabullah dan sunnah. Dawah kaum wahabi ini tidak diterima oleh umat, sehingga kata wahabi menjadi momok tersendiri di tengah-tengah umat. Apa sebenarnya Wahhabi itu? Mengapa mereka begitu benci setengah mati terhadap Wahhabi? Sehingga buku-buku yang membicarakan Muhammad bin Abdul Wahhab mencapai 80 kitab atau lebih. Api kebencian mereka begitu membara hingga salah seorang di antara mereka mengatakan bahwa Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab bukan anak manusia, melainkan anak setan, Subhanallah, adakah kebohongan setelah kebohogan ini? (lihat 11). Sehingga dengan cara yang unik ulama wahabi menjelaskan makna kata wahabi berasal dari asma Allah SWT, meskipun awalnya memang wahabi berasal dari kata Muhammad bin Abdul Wahab. Orang-orang bodoh seperti mereka tidak mengetahui bahwa wahabi dinisbatkan kepada Al-wahab. Adalah salah satu dari asma Allah yang telah memberikan kepada umat manusia ajaran tauhid murni dan menjanjikan syurga kepada mereka (lihat 1, hal 85). Kaum wahabi tahun 1788 M menyerang dan menduduki Kuwait serta mengepung Baghdad, tahun 1803 menyerang dan menduduki Makkah. Pada tahun 1804 menduduki Madinah dan menghancurkan kubah besar yang digunakan untuk menaungi makam Rasulullah saw, mempreteli seluruh batu perhiasan dan ornamennya yang sangat berharga. Setelah menguasai seluruh daerah Hijaz, mereka begerak kedaerah Syam, tahun 1810 menyerang Damaskus dan Najaf. Kekhilafahan Utsmaniyah mengerahkan kekuatan menghadapinya tetapi tidak berhasil, sehingga kekhilafahan Utsmaniyah meminta bantuan Gubernur Mesir Muhammad Ali, Muhammad Ali mengutus anaknya Thassun untuk memerangi kaum wahabi dan berhasil menghancurkan Wahabi pada tahun 1818 M, ketika itulah kekuatan senjata wahabi mulai surut dan hanya tinggal beberapa kabilah saja (lihat 3, hal 251-254). Tetapi dengan bantuan Inggris akhirnya kaum wahabi berhasil melepaskan diri dari kekhilafahan Ustmaniyah, mereka mendirikan kerajaan yang turun temurun diperintah oleh Ibnu Saud dan kerajaan hanya menggunakan paham wahabi hingga kini. Sangat nyata taktik yang dilakukan oleh Inggris dalam mencerai-beraikan kekhilafahan Utsmaniyah, yakni dengan mempertentangkan wahabi dengan madzhab lainnya (adu domba), sehingga wilayah-wilayah tersebut lepas dari genggaman kekhilafahan Utsmaniyah dan Inggris dapat menguasainya secara politik. Begitulah, kaum wahabi menyebarluaskan paham mereka melalui peperangan bersenjata, mengacungkan pedang kepada khalifah, menyerang kaum muslimin didaerah Arab, Iraq, Syam dan Kuwait, memaksa kaum muslimin didaerah yang mereka kuasai untuk menanggalkan madzhab mereka dan menggunakan paham wahabi saja, karena mereka meyakini bahwa hanya paham wahabi yang boleh eksis didunia. Mereka tidak lagi mempedulikan boleh tidaknya berkolaborasi dengan kaum kuffar (Inggris), padahal Rasulullah saw memperingatkan kita agar berhati-hati dengan orang-orang kafir, jangan menjadikan mereka sebagai teman dekat (teman kepercayaan) dan jangan jadikan mereka sebagai wali. Tetapi mereka mengabaikan semua itu dengan alasan menjalankan sunnah Rasulullah Saw, mengaku ahlus-sunnah tetapi dengan menentangnya, bagaimana bisa? Siapa saja diantara kalian mengambil mereka (orang-orang kafir) sebagai wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang dzalim. (Qs. al-Maa'idah [5]: 51). Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. (Qs. Ali-'Imraan [3]: 118). Tindakan kaum wahabi membangkang dan mengacungkan pedang kepada khalifah dari kekhilafahan Utsmaniyah, sungguh pembangkangan yang nyata kepada seorang Khalifah yang telah diangkat kaum muslimin, dalam hukum syara ini disebut bughat. Pelaku bughat harus diperangi oleh Khalifah, sampai mereka kembali tunduk kepada khalifah. Jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang maka damaikanlah keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Qs. al-Hujuraat [49]: 9). Sangat kontradiksi dengan pembangkangan wahabi terhadap kekhilafahan Utsmaniyah, dimana saat ini salafi tidak berani menentang penguasa sekuler ditempat mereka menetap, mereka menggunakan ayat lain yang menyatakan ketaatannya kepada penguasa sekuler itu, Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta ulil amri diantara kalian. (Qs. an-Nisaa' [4]: 59). Sungguh ironis, mereka membangkang kepada kekhilafahan Utsmaniyah yang menjalankan hukum Islam, tetapi saat ini mereka bemesraan dengan para penguasa sekuler menentang hukum Islam ditempat mereka menetap, baik penguasa kerajaan, presiden, maupun diktator militer. Salafi meyakini harus taat kepada penguasa sekuler, meskipun ia telah berbuat dzalim kepada rakyatnya dan bermaksiat kepada Allah SWT dengan tidak menerapkan hukum-hukum Allah SWT. Oleh karena itu janganlah kita membuka kesalahan mereka (hukam) dimuka umum dan melepaskan tangan untuk tidak taat kepada mereka. Walaupun mereka telah menyimpang, berbuat dzalim dan bermaksiat, asal tidak berbuat kekufuran secara terang-terangan, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah Saw. Jika mereka berbuat maksiat, penganiayaan dan kelaliman, maka hendaklah sabar dalam menaati mereka (lihat 8, hal 43-44). Padahal Rasulullah Saw bepesan dalam hadits shahih bahwa tidak ada ketaatan kepada makhluk selagi bermaksiat kepada Allah SWT, Tidak ada ketaatan kepada seseorang dalam hal kemaksiatan kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam hal kebaikan. [HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan An-Nasai]. Ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang maruf. [HR Bukhari dan Muslim]. Sungguh bertentangan sikap salafi terhadap penguasa sekuler dengan sikap yang diajarkan Rasulullah Saw kepada kita. Sikap yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah Saw ini dilakukan salafi untuk kepentingan dawah mereka, mereka lebih mengutamakan dunianya dari pada akhiratnya. Mengaku ahlus-sunnah tetapi dengan menentangnya, bagaimana bisa? Adapun menyiarkan dan menyebarkan kesalahan-kesalahan penguasa (walaupun mereka benar-benar berbuat salah) diatas mimbar-mimbar serta memprovokasi masyarakat baik secara sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, dapat menimbulkan fitnah (malapetaka) yang merugikan dakwah Ahlus Sunnah wal-jamaah (lihat 9, hal 40). Salafi juga merestui pemimpin wanita yang nyata-nyata tidak direstui oleh Rasulllah Saw dalam sebuah hadits shahih-nya, salafi memahaminya sebagai realita dan mencoba-mencoba disesuaikan dengan syariat. Ini sungguh sikap pramatis dan menyalahi kaidah dalam menetapkan hukum syariat, yakni menjadi realitas sebagai sumber hukum. Seharusnya, realitas adalah objek hukum bukan sebagai sumber hukum. Mengaku ahlus-sunnah tetapi dengan menentangnya, bagaimana bisa? Tidak akan berjaya suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita adalah hadis shahih, walaupun realita sekarang kita lihat banyak wanita yang menjadi pemimpin, dalam hal ini kita diperintahkan untuk melihat realita dan menyesuaikan dengan syariat. Jika pemimpin wanita ini memerintahkan untuk taat kepada Allah maka dia wajib dipatuhi, sebaliknya jika dia memerintahkan untuk kemaksiatan maka kita tidak akan patuh kepadanya (ihat 12). Sehingga dapat kita maklumi kenapa salafi aman-aman saja dan aktifis dawah mereka tidak ditangkapi ketika berdawah dinegeri-negeri sekuler, karena dawah salafi yang tidak berani terang-terangan mengkritik penguasa dan mengungkapkan kemaksiaatan mereka kepada Allah SWT. Baik penguasa wanita yang menyalahi ajaran Rasulullah Saw yang mulia, maupun kebijakan penguasa yang menyalahi syariat Allah SWT. Ini sungguh sikap yang tidak terpuji, pengecut dan menjauhkan umat dari pemahaman Islam yang benar, karena penguasa-penguasa itu telah bermaksiat kepada Allah ketika tidak menerapkan hukum-hukum Allah swt. Bahkan jika salafi mempunyai keberanian mengkritik penguasa dan mengungkapkan kemaksiaatannya, kemudian penguasa membunuhnya maka ia mati syahid, inilah puncak segala amal ibadah karena syurga balasannya, Seutama-utamanya jihad adalah ucapan/menyampaikan (kata-kata) yang haq di hadapan penguasa yang zalim. [HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Nasai]. Pemimpin para Syuhada adalah Hamzah, dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang dzalim kemudian (ia) menasehatinya, lalu penguasa tadi membunuhnya. [HR Hakim]. Bukankah salafi telah mengabaikan sunnah Rasulullah saw yang mulia dalam mengkritik penguasa dan mengungkapkan kemaksiaatan yang telah dilakukannya?. Bukankah terbunuhnya para ulama karena menasehati penguasa semisal Al-Banna dan Qutb setara dengan syahidnya Hamzah dalam perang Uhud. Lantas seperti apakah salafush-shalih (salafi) yang asli?, membebek kepada penguasa dengan membuat fatwa-fatwa yang sesuai keinginan penguasa sekuler atau dengan tegas mengkrtik penguasa secara terang-terangan? Berikut kita bahas seperti apa salafush-shalih yang asli! Siapakah Salafush-Shalih Yang Asli? Dalam masa keemasan kekhilfahan Islam para ulama sangat berpengaruh dan selalu dimintai nasehat oleh penguasa, tidak mau menemui (mendekati) penguasa dan tidak segan-segan mengkritik penguasa dengan keras. Kita bisa saksikan ulama tabiin Said bin Musayyab yang menolak menemui Khalifah Abdul Malik bin Marwan (692-705 M) disaat Khalifah meminta nasehat, karena orang yang membutuhkan nasehatlah seharusnya yang mendatangi para ulama, begitu kata Said bin Musayyab. Said bin Musayyab juga pernah menolak menikahkan puterinya dengan Al-Walid bin Abdul Malik (putra Abdul Malik bin Marwan), malahan beliau menikahkan puterinya dengan seorang duda yang miskin tetapi taat yakni Abu Wadaah. Alasan beliau menolaknya adalah: Puteriku adalah amanat dileherku, maka kupilihkan apa yang sesuai untuk kebaikan dan keselamatan dirinya lihat 7, hal 22-32 Tetapi kenyataannya, Muhammad bin Abdul Wahab sendiri berbesanan dengan keluarga Ibnu Saud (lihat 3, hal 251). Dalam kisah lain, ulama Hasan Al-Basri yang tidak segan-segan menentang dan mengecam dengan keras penguasa Iraq Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Saat Hasan Al-Basri dipanggil oleh Hajjaj untuk dihukum mati, Hasan Al-Basri datang dengan tabah dan berwibawa, sehingga Hajjaj membatalkan hukumannya dan malah meminta beberapa nasehat kepada Hasan Al-Basri. Penguasa (wali/gubernur) baru Iraq berikutnya adalah Hubairah Al-Fazari (masa Khalifah Yazid bin Abdulmalik, 720-724 M), Hubairah menjalankan perintah Khalifah Yazid yang kadang-kadang melenceng dari Islam. Hasan Al-Basri memberikan nasehat kepada Hubairah: Ya Ibnu Hubairah, takutlah kepada Allah atas Yazid dan jangan takut kepada Yazid karena Allah. Sebab ketahuilah bahwa Allah SWT bisa menyelamatkanmu dari Yazid, sedangkan Yazid tak mampu menyelamatkanmu dari Allah (lihat 7, hal 53-56). Khatimah: 1. Keyakinan salafi bahwa mereka telah ada semenjak nabi Adam AS, maka inilah golongan tertua didunia. Tetapi setelah ditelaah sejarah kemunculan salafi, maka terungkap salafi bermula dari dawah Muhammad bin Abdul Wahab yang mengambil madzhab Hanbali sebagai sumber pemikirannya. Sehingga pernyataan bahwa salafi telah ada sejak nabi Adam AS, merupakan sikap arogan dan mau menang sendiri saja. 2. Kaum wahabi (yang merupakan awal dawah salafi) telah melakukan pembangkangan (bughat) kepada kekhilafahan Utsmaniyah yang syah, dengan bantuan dana dan senjata dari Inggris. Sikap ini sungguh bertentangan dengan ajaran Rasulullah saw yang mulia, untuk taat kepada Amirul muminin. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta ulil amri diantara kalian. (Qs. an-Nisaa' [4]: 59). 3. Sikap kaum wahabi yang menentang kekhilafahan Utsmaniyah, bertolak belakang dengan sikap salafi yang tidak berani mengkritik dan mengungkapkan kemaksiaatan penguasa sekuler yang tidak menerapkan hukum-hukum Allah swt, hal ini dilakukan untuk kepentingan dawah mereka. Mereka lebih mengutamakan dunia dari pada akhiratnya, padahal memberikan kritik kepada penguasa sekuler merupakan bagian dari jihad. Seutama-utamanya jihad adalah ucapan/menyampaikan (kata-kata) yang haq di hadapan penguasa yang zalim. [HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Nasai]. 4. Para tabiin yang harus kita teladani kehidupannya, mereka mengkritik penguasa dengan keras dan terang-terangan, semisal kisah tabiin Said bin Musayyab, Hasan Al-Basri, dll, merekalah salafush-shalih yang asli. Sedangkan mereka-mereka yang tidak berani mengkritik penguasa dan mengungkapkan kemaksiaatan mereka, bermesraan, serta membuat fatwa-fatwa yang sesuai dengan keinginan penguasa, kemungkinan besar salafush-shalih (salafi) palsu! 5. Saksikanlah aktifis dawah dari Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir, FIS Al-Jazair, Refaah Turki, Jamaat Islami Sudan dan berjuta-juta aktifis Islam lainnya yang memperjuangkan tegaknya Islam secara kaffah dimuka bumi dan mengkritik kebijakan penguasa-penguasa sekuler secara tegas dan terang-terangan, tetapi mereka ditangkapi dan dibunuhi diberbagai belahan dunia, mereka mengalami hal yang sama seperti yang dialami para tabiin yang tegas dan terang-terangan mengkritik penguasa dizamannya. Kemudian bandingkanlah dengan salafi yang berdawah diberbagai negara dunia secara aman, tenteram dan damai dibawah ketiak penguasa-penguasa sekuler. Manakah diantara mereka yang meneladani para tabiin?, manakah yang mendekati salafush-shalih?. Semakin jelaslah sekarang, mana yang meneladani salafush-shalih yang dan mana yang bukan! Wallahualam, Maraji: 1. Golongan yang selamat, Muhammad bin Jamil Zainu 2. www.salafy.or.id, fatwa ulama: Kapankah dakwah salafiyah dimulai? 3. Aliran politk dan aqidah dalam Islam, Imam Muhammad Abu Zahrah 4. Zikir cahaya kehidupan, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah 5. www.salafyoon.online: Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab, Cyber Muslim Salafy 6. www.salafyoon.online: Ibnu Taimiyah, Dai dan Mujahid Besar, Cyber Muslim Salafy 7. Insan teladan dari para tabiin, Abdurrahman Rafat Basya 8. Menepis penyimpangan manhaj dakwah, Abu Abdullah Jamal bin Farihan Al-Haritsi 9. Bunga rampai fatwa-fatwa syariyah, Abul Hasan Musthafa 10.www.salafyoon.online: Mengapa Harus Salafiyah, Imam Al-Bani 11.www.salafyoon.online: Dakwah Wahhabiyyah, Abu Ubaidah Al Atsari dan Abu Usamah 12.www.salafyoon.online: Soal-Jawab: Bagaimana Dengan Umara Indonesia, Salim Al Hilali 13.www.salafyoon.online: Soal-Jawab: Salafi Tapi ..., Musa Ibn Nasr __________________________________________ Yahoo! DSL Something to write home about. Just $16.99/mo. or less. dsl.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Give at-risk students the materials they need to succeed at DonorsChoose.org! http://us.click.yahoo.com/SBefZD/LpQLAA/E2hLAA/0EHolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Komunitas Urang Sunda --> http://www.Urang-Sunda.or.id Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/urangsunda/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/