HAKIKAT SATU JANJI
Janji. Promise. Baiah. 'Ahd. Punyai satu erti yang sama. Beza cuma pada lafaz 
bahasa. Siapa yang suka berjanji? Mengapa kita berjanji? Bila kita perlu 
berjanji? 


Menyingkap sirah nabawiyah, antara sifat Rasulullah yang terpuji adalah baginda 
sentiasa menepati janji dan sentiasa menepati waktu. Sifat jujur dan boleh 
dipercayai adalah sifat baginda sejak sebelum diutuskan menjadi Rasul. Dan 
kerana itu, baginda dikenali sebagai al-amin (orang yang boleh dipercayai) 
sehinggakan orang ramai sanggup menyimpan barang kemas dan wang tunai kepada 
baginda.


Di dalam Perjanjian Hudaibiyah, salah satu daripada syaratnya ialah jika 
seseorang Islam Mekah lari ke Madinah, mereka mestilah dikembalikan ke Mekah. 
Apabila perjanjian telah ditandatangani, Abu Jandal telah melarikan diri dari 
penjara Mekah bersama rantai besi yang terikat  pada badannya. Semua orang 
Islam terkejut melihatnya dalam keadaan demikian, tetapi Rasulullah saw 
bersabda kepadanya, 


'Ya Abu Jandal! Bersabarlah, kami tidak dapat melanggar janji kami. Allah akan 
memberi jalan dengan segera kepada kamu'. 

Dia kemudiannya kembali ke semula kepada orang Makkah. Nabi Muhammad saw 
sentiasa mengingati janji baginda terhadap sesiapa sahaja termasuk musuh-musuh 
baginda. Baginda menepati firman Allah yang bermaksud 


'Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu 
membatalkan sumpah-sumpahmu sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan 
Allah sebagai saksimu'. Surah an Nahl 91.


Abdullah bin Abdul Hamsa meriwayatkan bahawa dia membeli suatu barang daripada 
Rasulullah sebelum baginda menjadi Rasul. Disebabkan ada suatu barang kepunyaan 
Rasulullah yang harus diberikan, beliau berjanji akan menghantarnya ke tempat 
baginda. Tetapi Hamsa telah terlupa pada janji itu tetapi ingat semula setelah 
tiga hari berlalu. Beliau pergi ke tempat Rasulullah saw dan mendapati baginda 
sedang menunggu kedatangan beliau. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud 


'Engkau telah memberi kesusahan yang besar kepadaku. Aku telah menunggu engkau 
selama tiga hari'. 


Abdullah bin Amir meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud 


'Jika engkau mempunyai empat ciri, kedudukan (kekayaan) engkau di dunia tidak 
akan memberi kesan terhadap kedudukan kamu di akhirat. Dua yang pertamanya 
ialah boleh dipercayai dan bercakap benar'. 


Abu Rahman bin Abu Qurad meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda  yang 
bermaksud 


'Sesiapa yang mahu mencintainya, dia mestilah bercakap benar apabila berkata 
sesuatu, menepati janji apabila berjanji dan menjadi jiran yang baik' (Mishkat) 


Pelbagai lagi kisah yang jelas menunjukkan sifat nabi yang sedaya upaya 
menepati setiap kata yang dilafazkan. Sama ada i'tiqad dalam hati, atau janji 
pada anak kecil, pada sahabat, kaum keluarga, kontrak perjanjian, dan 
lain-lain, tuntutan memenuhi setiap lafaz janji adalah sama iaitu - dikotakan 
sebaik mungkin. 


Melihat diri kita sendiri, rasanya, agak banyak janji yang telah kita katakan. 
Kadang-kala kita bernazar pada diri sendiri, berikrar mengikuti jadual yang 
telah disusun, berjanji satu pertemuan dengan sahabat, bersetuju melaksanakan 
tugas yang diberi dan sebagainya. 


Kita berjanji kerana ada impian diri yang hendak dicapai. Kita berjanji kerana 
tidak mahu menzalimi sesiapa dan sekali gus menyempurnakan hajat seseorang. 
Kita berjanji kerana kita diutuskan ke dunia dengan ikatan janji. 


Di dalam undang-undang kontrak (Law of Contract), orang yang mungkir janji 
boleh disabit dengan kesalahan di bawah akta tersebut. Walaupun ada 
pengecualian dalam perkara tersebut, pengecualian tersebut tertakluk pada 
peruntukan yang telah disediakan.


Novel Ramli Awang Murshid yang berjudul 'Satu Janji' cukup dramatis bagi mereka 
yang amat tekad pada tuntutan hati dan impian. Janji pada diri sendiri yang 
diikrar, tidak mungkin dihalang setelah 1001 usaha dijalankan. Impiannya hampir 
tidak tercapai, namun, diakhir usahanya, dia bertawakal, dan di situlah bantuan 
Ilahi pada insan yang itqan memenuhi kehendak hati. Janjinya terlaksana. 


Kata-kata hukamak berbunyi "Antara hari melafazkan janji, dan hari melaksanakan 
janji, syaitan ada di antara keduanya."


 Sebagaimana keputusan syura, ia hanya akan terbatal jika syura bersepakat 
untuk membatalkan sesuatu keputusan. Begitu juga halnya dengan janji. Sekiranya 
persetujuan tidak dicapai, mempertahankan keputusan syura - itu adalah perkara 
yang paling utama. Thabat dalam merealisasikan impian yang diangan-angankan.


 Hidup ini tidak diciptakan sebagai hiburan dan main-main. Jika tidak mahu 
memenuhi janji dan tidak mampu menunaikan janji - usah bermain kata. Mungkin 
kita tidak menzalimi orang lain, tetapi, sedar atau tidak, kita menzalimi diri 
kita sendiri. 


 Antara ciri orang munafik adalah, apabila berkata dia berdusta, apabila diberi 
amanah dia tidak menunaikannya dan apabila berjanji dia mungkiri.


 Wallahu ta'ala 'alam. Semoga kita mampu meneladani nilai murni yang ada pada 
diri Rasulullah dan berusaha menjadi muslim yang mukmin. 

Kiriman: Sarah Jumali 





[Non-text portions of this message have been removed]






Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke