Mahasiswa Perlu Mengambil Islam Sebagai Cara Hidup

Mahasiswa pada hari ini tidak kurang sibuknya dalam melaksanakan tugas harian 
mereka sebagai pelajar di universiti. Mereka melaksanakan amanah ini siang dan 
malam tanpa mengira penat lelah mereka selama tiga atau empat tahun di 
universiti. Begitu juga halnya berkenaan dengan pengorbanan. Tidak cukup tidur, 
tidak cukup makan, tidak cukup rehat, dan lain-lain lagi. Semuanya adalah wajib 
dilakukan selagi mana segulung ijazah tidak di dalam genggaman. Apakah semua 
ini merupakan idaman dan harapan bagi semua mahasiswa kita di sini? Apakah 
semua ini merupakan rencana utama kehidupan di dunia ini? Atau ada perkara lain 
yang perlu kita lihat menerusi kaca mata yang berbeza di alam kampus ini? 

Tidak kurang juga, ada mahasiswa kita yang mengambil alternatif lain semasa di 
alam kampus. Ada yang meluangkan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang 
telah disediakan oleh pihak universiti, mahupun kolej kediaman, dan ada juga 
yang meluangkan masa mereka dengan aktiviti yang tidak sihat. Bukankah perkara 
yang nagetif itu amat merugikan masa dan tenaga mereka dan ianya juga tidak 
memberi apa-apa manfaat kepada kerjaya atau diri mereka sendiri? Tetapi bagi 
mereka yang mengambil peluang di kampus, mengisi masa mereka dengan aktiviti 
yang positif dan boleh menambahkan lagi daya kepimpinan, kreativiti, 
kreadibiliti serta apa sahaja yang membuatkan diri mereka lebih berkeyakinan 
adalah golongan yang tidak rugi.

Benarkah di universiti kita boleh mengubah diri kita?
Jawapannya, Ya. Mahasiswa pasti boleh berubah. Persoalannya, apakah perubahan 
itu? Baik atau sebaliknya? Segalanya, mahasiswa boleh memilih.
Islam sebagai cara hidup
Kini, banyak persoalan yang timbul di benak pemikiran mahasiswa millennium 
kita. Adakah cara hidup Islam itu masih dan perlu di hayati sepenuhnya? 
Perlukah kita  melihat apakah yang terkandung di dalam cara hidup ini? Tidakkah 
cara hidup selain dari Islam tidak membantu mahasiswa kita lebih terkehadapan 
dan maju di dalam dunia akademik mereka? Apakah Islam dapat membantu?
Sebelum melangkah jauh, di manakah tahap mahasiswa Islam kita pada hari ini? 
Adakah mereka benar-benar memahaminya dalam erti kata yang sebenar? Jika ya, 
mengapa masih ada perkara-perkara yang sering bercanggah dengan dimensi Islam 
itu sendiri? Maka, disini dapat disimpulkan bahawa, mahasiswa Islam kita masih 
jauh memahami cara hidup Islam yang sebenar¡K.
Islam mendidik jiwa manusia di dunia ini agar bersifat hamba kepada 
Penciptanya. Islam juga menganjurkan manusia agar berakhlak mulia dan bepekerti 
mulia. Islam tidak menganjurkan pengikutnya agar berakhlak buruk, tidak amanah 
dan sebagainya, namun Islam sering membawa perubahan yang amat jauh dari 
jangkaan akal manusia biasa. Mengapa hal ini berlaku? Jelas ia membuktikan 
bahawa Islam itu merupakan satu agama yang seharusnya di fahami dan dihayati 
sepenuhnya.
Anjakan Paradigma Melalui Islam
Islam adalah satu cara hidup yang membawa perubahan. Tidak benar dakwaan mereka 
yang mengatakan bahawa islam itu bersifat mundur, tidak maju dan langsung tidak 
membawa arus perubahan tamadun. Dakwaan palsu musuh-musuh Islam ini sebenarnya 
adalah bertujuan untuk mengelirukan penganutnya sendiri dan seluruh manusia di 
dunia ini agar menjauhi cara hidup yang murni ini.  
Jika dilihat dari sudut definisi Islam itu sendiri, ia membawa maksud yang 
cukup jelas berkenaan dengan kesejahteraan di dunia ini. Bagaimana mungkin 
Islam membawa dan menjurus kepada aspek kemusnahan dan kehancuran? Ini sudah 
tentu tidak benar sama sekali. Sejarah lalu menyedarkan para cendiakawan dunia 
bahawa Islam sebenarnya membawa satu paradigma baru kepada perubahan tamadun 
dunia. Ini dijelaskan dengan melihat perubahan di Eropah selepas melalui zaman 
gelapnya (The Dark Ages). Tidakkah ini sumbangan daripada para ilmuan Islam?
Mari kita sama-sama melihat, apakah perubahan di peringkat individu, apabila 
Islam (syahadah) itu tertanam di jiwa manusia, khususnya mahasiswa kita pada 
hari ini. 
Pembaikan Syahadah Mahasiswa
Pembaikan atau baiki semula syahadah merupakan satu aspek yang perlu dilihat 
oleh semua golongan mahasiswa kita pada hari ini. Pembaikan ini merupakan suatu 
muhasabah diri kepada Pencipta. Kita semua yankin bahawa, mahasiswa yang 
tercatat di dalam kad pengenalannya; Islam, maka dia adalah seorang Islam. 
Tetapi, adakah dia benar-benar mengahayati dan mengamalkan segala tuntutan di 
dalam Islam itu sendiri? Adakah dia benar-benar yakin dan bergelumang dengan 
seluruh panduan Islam? Itulah yang perlu di kaji dan diselidiki di dalam 
kehidupan kita sebagai hamba. Tidak kira kita ini mahasiswa atau apa sahaja.
Tetapi, mahasiswa wajar memperbaikinya semula kerana ia amat berkaitan dengan 
diri kita sebagai contoh tauladan kepada masyarakat di luar sana. Bukankah 
masyarakat kita memandang tinggi dengan mahasiswa di universiti? Bukankah itu 
satu penghormatan yang tinggi diberikan oleh masyarakat kita di luar sana? Jika 
kita tidak berubah, maka samalah taraf dan kedudukan kita dengan masyarakat 
kita yang kian tenat dengan masalah-masalah sosial dan sebagainya.
Cara Hidup Islam Pasti Membawa Perubahan
Apakah benar cara hidup Islam yang sebenar akan membawa perubahan yang lebih 
positif dan lebih baik? Jawapannya YA.
Apakah perubahan itu?
Mahasiswa, kita perlu menghayati Islam sebagai cara hidup kita yang lengkap 
(syumul). Terdapat banyak janji-janji Allah terhadap mereka yang mengambil 
Islam itu sebagai cara hidup mereka dengan kejayaan yang bersifat infiniti.  
Terdapat empat perubahan yang pasti berlaku di dalam diri kita jika ianya 
dihayati dan di perbaiki semula. Pertama; KEYAKINAN, kedua; PEMIKIRAN, ketiga; 
EMOSI dan keempat ialah TINGKAHLAKU.
Bagaimana perubahan ini akan berlaku di dalam diri kita?
KEYAKINAN- Perkara pertama yang perlu mahasiswa kita lihat ialah soal akidah. 
Tauhid sebenar kepada Allah. Hal ini sering gagal di hadapi oleh mahasiswa di 
universiti kita pada hari ini. Adakah mahasiswa kita pada hari ini benar-benar 
yakin dan bertauhidkan kepada Allah semata-mata? Adakah mahasiswa kita pada 
hari ini benar-benar berserah kepada kepada Allah dalam seluruh aspek 
kehidupannya? Atau hanya bergantung harap kepada manusia? Atau tidak ada 
keyakinan sepenuhnya? Mereka yang yakin dengan ketentuan dan takdir adalah 
mereka yang benar-benar beriman kepadaNya. Jika mahasiswa kita melihat semula 
hal berkenaan dengan tauhid rubbubiyyah dan uluhiyyahnya, maka sudah tentu 
tidak akan berlaku kes-kes murtad di kalangan mahasiswa kita. Mengapa hal 
sedemikian boleh berlaku? Sudah tentu keyakinan sebenar kepada Penciptanya 
tidak sekukuh tali yang disimpul kuat.
Keyakinan juga akan membuatkan mahasiswa Islam kita akan terus berusaha dan 
bergantungharap dengan penciptaNya. Dan ini akhirnya akan membuatkan mahasiswa 
kita lebih yakin dengan ketentuanNya. Bukankah sesuatu perkara itu harus di 
laksanakan dahulu kemudian berserah kepadaNya (bertawakal)? Bukankah itu juga 
sering kita lakukan di kampus? Mahasiswa berusaha, siang dan malam untuk 
menghadapi peperiksaan, namun seramai mana mahasiswa kita bertawakal selepas 
berusaha?
PEMIKIRAN- Islam memberikan satu dimensi baru kepada mereka yang sentiasa 
memperbaiki pengetahuannya tentang Islam. Dimensi ini akan bertambah tepat jika 
ada mahasiswa atau individu yang bukan Islam kembali kepada Islam. Bukankah 
Islam itu juga menuntut kepada pengamalnya agar sentiasa berfikir? Jika sebelum 
ini mahasiswa kita berfikir dengan satu dimensi, tetapi apabila dimensi Islam 
itu masuk di lubuk hati dan pemikirannya, sudah pasti cara berfikir juga akan 
teranjak kepada satu dimensi yang baru. Sebelum ini juga, biasanya mahasiswa 
kita mengambil sambil lewa berkenaan dengan amanah ¡¥belajar¡¦ di universiti 
ini. Mereka terpedaya dengan kebebasan yang mereka miliki sedangkan mereka 
sebenarnya terbelenggu dengan amanah yang berat. Bukan sahaja amanah ibu bapa, 
malah amanah PTPTN! Bukankah ianya satu amanah? Jika mahasiswa berfikir bahawa 
kita bebas untuk melakukan apa sahaja, maka mahasiswa kita adalah silap. Tetapi 
bagaimana dimensi Islam itu dihayati semula? Sudah tentu amanah tadi akan 
dipelihara dengan bersungguh-sungguh dan sudah pasti tidak ada alas an untuk 
¡¥ponteng kelas¡¦, tidak siap kerja dan sebagainya kerana dimensi amanah di 
dalam perspektif Islam mendidik dan mengajar agar umatnya berfikir bahawa ada 
Pencipta yang sedang Melihatnya
Berfikir adalah satu tuntutan di dalam Islam. Bukankah itu satu kewajiban 
kepada mahasiswa kita pada hari ini untuk berfikir berkenaan dengan masalah 
ummah? Bukankah kita ini juga di seru agar memikirkan berkenaan dengan nasib 
orang-orang Islam di dunia ini yang sering dipijak dan dihina oleh mereka yang 
tidak tahu malu dengan Penciptanya? Adakah mahasiswa kita pernah berfikir 
sehingga tahap ini atau hanya tahu bagaimana dan apa yang perlu dipakai untuk 
bertemu dengan teman wanita sahaja? Bukankah ini budaya pemikiran yang amat 
lemah sekali? Jauh amat lemah!!! Marilah mahasiswa, kita hayati semula syahadah 
dan kembali memikirkan hal-hal yang bersifat global dan ummahcentric. 
Buangkanlah cara berfikir kita yang lapuk dan kembali memimpin diri dan 
masyarakat agar kembali berfikir tentang tuntutan kita kepada agama kita.
EMOSI- Sudah pasti emosi akan sensitif jika maruah kita diperkosa. Tidakkah itu 
satu perasaan dan emosi yang harus ada di dalam diri kita jika kita di 
perlakukan sedemikian? Bukankah Islam juga mengajar kita sedemikian? Tidakkah 
kita harus berasa malu dan segan dengan tingkah laku mahasiswa kita yang kini 
berani tampil melakukan maksiat dan perkara-perkara yang terlarang di dalam 
agama? Secara lumrahnya, mahasiswa adalah terdiri dari golongan muda. Orang 
muda biasanya mempunyai tahap emosi yang cukup tinggi. Maka, mengapa emosi ini 
digunakan bukan pada tempatnya?
Perasaan atau emosi ini haruslah ditujukan kepada agama. Jika perasaan cintakan 
agama dan benar-benar menghayatinya, maka sudah tentu jika ada sahaja 
pencerobohan di dalam agama, kitalah, mahasiswalah yang menjadi orang yang 
pertama mempertahankan kerana berasa tidak selesa dengan keadaan itu. Tetapi 
agak malang, mahasiswa kita pada hari ini sebilangannya tidak mengetahui atau 
tidak ada perasaan sensitif terhadap apa yang berlaku di kalangan umat Islam. 
Umat di hina, dipijak, dibunuh dan pelbagai lagi keganasan yang melampau 
melanda kepada umat, langsung tidak ada apa-apa reaksi yang menyokong ummah. 
Bukankah itu satu bentuk fenomena yang berbeza dari yang seharusnya?
Emosi merupakan sebahagian dari diri mahasiswa. Seharusnya emosi ini dikawal 
dan dibendung dari terpengaruh dengan keadaan yang tidak membentuk persekitaran 
yang baik. Seharusnya emosi ini dihalakan kepada emosi yang terurus. Apabila 
syahadah dihayati semula dan diperbaiki, sudah pasti peranan iman dan taqwa 
akan memainkan peranan di dalam mengendalikan emosi.
TINGKAHLAKU- Islam mengajarkan kita akhlak atau budi pekerti yang baik. 
Rasulullah s.a.w. adalah contoh tauladan yag paling baik sekali di dalam 
menunjukkan peribadi yang baik. Secara lumrahnya, orang yang mempunyai 
keperibadian yang baik seperti amanah, bertangungjawab, menunaikan janji dan 
lain-lainnya, akan menjadi daya penarik kepada manusia lain. Bukankah ini satu 
pakej yang menjanjikan satu pulangan yang baik kepada mahasiswa?
Mahasiswa sebagai contoh tauladan kepada masyarakat di luar. Mahasiswa juga 
dipandang tinggi oleh masyarakat. Mengapa kita membawa budaya serta kelakuan 
yang tidak baik terhadap masyarakat? Bukankah mahasiswa menjadi rol model yang 
baik kepada masyarakat? Satu pemahaman yang salah dikalangan mahasiswa kita 
pada hari ini ialah terlalu mengagung-agungkan artis, sehinggakan mereka 
dijadikan rol model (ikutan). Tidakkah seharusnya artis mengikuti mahasiswa?
Syahadah merupakan satu ikrar, janji serta sumpah yang menjanjikan satu 
perubahan akhlak yang begitu besar apabila dihayati sepenuhnya ajaran yang 
terkandung di dalam syahadah itu. Bagaimana syahadah boleh mengubah semua ini? 
Tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah syahadah ini akan mengajak kepada 
akhlak yang baik kepada penganutnya. Cuma yang pasti, individu yang memperbaiki 
syahadahnya itu akan merasai satu perubahan di dalam aktiviti sosialnya seperti 
berhubung dengan manusia lain dan sebagainya. Islam membataskan pergaulan 
dengan benteng-benteng (hijab) adalah bertujuan untuk melindungi dan  menutupi 
maruah. Ini lah nilai Islam yang bertujuan melindungi. 
Keperibadian Islam Yang Sempurna
Perubahan demi perubahan pasti akan membawa satu kesan atau impak yang besar di 
dalam kehidupan. Perubahan yang benar akan memberikan satu perubahan yang cukup 
bermanfaat untuk pembangunan diri dan masyarakat. Anjakan paradigma di dalam 
cara kita berfikir, emosi, keyakinan dan tingkahlaku akan menjurus kepada 
perubahan dan pembentukan syaksiah diri Islam yang sempurna. Semua ini bermula 
dengan kita menghayati semula kandungan syahadah. Jika semua ini disandari 
dengan Islam yang benar dan disemak semula kandungan syahadah, maka sudah tentu 
akan lahir manusia; mahasiswa yang berakhlak mulia, adil, berkepribadian mulia 
dan universal.
Kembali kepada pembaikian (islah) syahadah, akan melahirkan manusia yang hebat 
dan terulung. Yakinlah dengan muhasabah syahadah ini akan memberi satu 
perubahan yang cukup besar tanpa di duga oleh sangkaan manusia biasa.
Firman Allah di dalam Quran (24:55)
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan 
mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia bersungguh-sungguh akan menjadikan 
mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang 
sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan mereka agama yang telah 
diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka 
sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap 
menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan 
barangsiapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang-orang fasik
Wallahu¡¦alam
syamiligers¡K
1 Syawal 1427
2345


Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com


[Non-text portions of this message have been removed]



=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com
Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke