TERIMA KASIH KEPADA SEMUA DI ATAS SOKONGAN KEPADA PROJEK RAYUAN RAMADHAN 1427H ANJURAN JIM 2006-10-30
Segala kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala rahmatNya. Alhamdulillah, di antara kurniaan Allah SWT kepada hambaNya ialah bulan Ramadhan, bulan yang berkah dipenuhi rahmah dan keampunan Allah SWT. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, antara amalan yang dianjurkan selain berpuasa ialah membuat banyak amal-amalan sunat dan juga bersedekah kepada yang memerlukan. Di atas dasar keprihatinan kepada umat Islam yang memerlukan di seluruh dunia, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menganjurkan Projek Rayuan Ramadhan 1427H bertemakan “Tajaan Berbuka Puasa dan Sedekah kepada Yang Lebih Memerlukan”. Alhamdulillah, sejumlah RM150,000 telah disumbang oleh umat Islam seluruh Malaysia kepada projek ini. Wang tersebut telah disalurkan kepada umat Islam melalui NGO-NGO Islam di Selatan Thailand (Narathiwat), Selatan Filipina (Mindanao), Sri Lanka, Palestin, Kampuchea, Indonesia (Aceh, Jogjakarta dan Poso) dan Afghanistan. Sedikit sumbangan disalurkan di negara kita kepada golongan Saudara Baru (melalui Hidayah Centre). Program-program Iftar hasil dari sumbangan umat Islam Malaysia sedang dan akan dilaksanakan. Sebahagian dari laporan program pelaksanaan dari beberapa daerah juga sudah diterima dari Selatan Thailand. Akhir sekali, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahukhairankathiira kepada semua umat Islam yang prihatin terhadap kesengsaraan umat Islam di negara-negara lain. Kami berharap agar umat Islam Malaysia akan mendokong projek kebajikan kami seterusnya iaitu ”Projek Qurban-Aqiqah kepada Yang Lebih Memerlukan” Sekian, terima kasih. Wassalam wbt. wth. Hj. Mohd. Rashid b. Hasnon Pengarah Projek Rayuan Ramadhan JIM 1427H Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Lampiran: Senarai NGO-NGO Islam Luar Negara 1.. Selatan Thailand:Maahad Muhammadi 2.. Filipina (Mindanao):Ittihadun Nisa Foundation (INFO) 3.. Sri Lanka:Muslim For Cultural Development (MFCD) 4.. Indonesia:Komite Kemanusiaan Indonesia (KKI) 5.. Afghanistan:Hj. Muhammad, Perkampungan Pelarian Baluchistan 6.. Palestin 7.. Kampuchea:Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja 8.. Saudara Baru:Hidayah Centre Moderator Ikhwanul Muslimun http://hidayahnet.multiply.com [Non-text portions of this message have been removed] ======================= Milis Wanita Muslimah Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat. Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED] Milis Keluarga Sejahtera mailto:keluarga-sejahtera@yahoogroups.com Milis Anak Muda Islam mailto:majelismuda@yahoogroups.com This mailing list has a special spell casted to reject any attachment .... Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/