SEKRETARIAT KONGRES UMAT ISLAM MALAYSIA (SKIMA)
Alamat Perhubungan : No.32 , Persiaran Taman Meru 22 , Taman Meru 2C , 30020 , Ipoh , Perak Darul Redhuan ( Setiausaha SKIMA :.Zulkifli Ibrahim 017-5554828 , Bendahari :Hj. Hani 012 4556126) Kenyataan Media 24 hb Mac 2007 PELANCARAN "DOKUMEN TEKAD" KONGRES UMAT ISLAM MALAYSIA -KERAJAAN PERLU BERTEGAS DALAM MENGAWAL AKHLAQ MASYARAKAT. Sekrekatriat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) yang ditubuhkan dari Kongres Umat Islam Malaysia (KUISMA) hari ini melancarkan Dokumen TEKAD sebagai hasil dari rumusan dan resolusi yang telah dikumpulkan dari KUISMA pertama yang telah berjaya diadakan pada 2-3 Zulhijjah 1427H / 23-24 hb Disember 2006 di Bukit Mertajam , Pulau Pinang. Dokumen ini dilancarkan oleh Sohibus Samahah Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria , Mufti negeri Perak. Kongres tersebut telah dihadhiri oleh sekitar 1000 orang dari pelbagai kelompok masyarakat yang mewakili golongan ulama , cendekiawan , ahli politik , ahli professional , usahawan , ahli birokrat dan teknokrat , golongan akar umbi ( peniaga kecil , petani , nelayan , buruh , pekerja ) , pendidik , mahasiswa , lembaga swadaya masyarakat (NGO) , pengamal media , budayawan dan pertubuhan wanita. Kongres tersebut dianjurkan telah oleh TERAS dan Jaringan NGO Islam Perak (JAMAAIY) dengan kerjasama beberapa pertubuhan Islam seperti ABIM , Persatuan Ulama Malaysia , JIM , MACMA , PKIPIM , IMPAK dan ISRA'. Kongres ini bertujuan untuk membahaskan segala aspek mengenai kedudukan Islam dan umat Islam di Negara ini bersempena 50 tahun kemerdekaan Negara dan membincangkan gerak tindak yang perlu diambil untuk memulihkan segala kepincangan yang berlaku bagi mengangkat status umat Islam kepada tahap seperti yang dituntut ooleh Islam. Dokumen TEKAD ini merupakan sebuah dokumen yang menggariskan 17 agenda bertindak yang menuntut pihak pemerintah dan masyarakat Islam sendiri untuk mengambil langkah konkrit bagi mengangkat martabat umat Islam di Negara ini. 17 agenda tersebut termasuk isu penghayatan Islam , peranan umara' dan ulama , perundangan , pendidikan , ekonomi , kepimpinan politik , kesihatan , aset tanah , sosio-budaya , media , keselamatan , wanita dan belia , pentadbiran , da'wah dan pembangunan intelektual . SKIMA menegaskan bahawa menjelang 50 tahun kemerdekaan tanah air , sudah sampai masanya umat Islam memastikan bahawa arah tuju pembangunan Negara hendaklah diselaraskan dengan Islam dalan semua aspek kehidupan masyarakat Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Kongres telah mengambil perhatian berat terhadap pelbagai masalah umat Islam di Negara ini yang maseh belum mendapat perhtaian serius oleh pihak kerajaan dan masyarakat Islam sendiri. Kami telah merumuskan bahawa antara gejala yang semakin mencabar umat Islam di Negara ini adalah dalam aspek keruntuhan akhlaq yang berleluasa. Dengan statistik yang saban hari dikeluarkan mengenai gejala sosial yang melibatkan umat Islam , kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan tegas untuk mengawal dan membanteras keruntuhan akhlaq yang berlaku. Gejala seperti hiburan liar , pakaian yang semakin menonjolkan identiti yang bercanggah dengan tuntutan Islam , zina , seks bebas dikalangan remaja , peningkatan penagihan dadah dan HIV/AIDS , lumba haram dan mat rempit serta pornografi adalah antara isu yang kini sedang mengikis akhlaq masyarakat Islam dengan sangat pantas. Kami menolak pandangan pihak-pihak tertentu yang mengenengahkan sikap liberal terhadap keperluan pihak berkuasa untuk mengawal akhlaq masyarakat dengan beralasan bahawa persoalan moral adalah hak individu. Hujah "moral policing" yang sentiasa dikritik oleh pihak-pihak ini jelas bertentangan dengan tuntutan Islam yang menetapkan bahawa soal akhlaq adalah juga dalam skop tanggungjawab pemerintah untuk memastikan rakyat mengamalkan sikap dan gaya hidup yang berakhlaq tinggi. Sebarang kecuaian pihak kerajaan dalam hal ini akan membawa masyarakat kepada gaya hidup dan budaya hidup liberal dan bebas yang hedonistik seperti yang dialami oleh kebanyakan Negara maju di Barat. Pihak kerajaan tidak harus tunduk kepada golongan sekular-liberal yang cuba mengenengah pandangan mereka supaya persoalan pakaian , hiburan , pergaulan tidak dikawal oleh undang-undang kerana ini dianggap melanggar hak asasi manusia. Kami menegaskan bahawa enakmen undang-undang syariah yang ada dalam negeri-negeri berkaitan dengan pelanggaran hukum Islam semada dari segi kepercayaan , amalan , pergaulan dan rosak akhlaq perlu dikuatkuasakan kerana menjadi tangungjawab pihak kerajaan memastikan supaya masyarakat Islam khususnya tidak akan terpengaruh dengan gaya hidup liar yang menjejaskan imej Islam di Negara ini. Kami berpendapat walaupun pendekatan pendidikan perlu digunakan untuk menyedarkan masyarakat mengenai sosio-budaya Islam kami juga menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah sebahagian penting dari proses pembinaan masyarakat yang bertamadun tinggi untuk mencegah masyarakat dari keruntuhan akhlaq. Oleh kerana itu kerajaan perlulah bersikap tegas kepada semua program , acara hiburan , pertunjukkan dan penganjuran pesta yang melanggar etika dan membawa kepada keruntuhan akhlaq . Kami menegaskan juga agar perlaksanaan syariah dalam kehidupan umat Islam hendaklah diperluaskan dari apa yang ada dalam perundangan negara sekarang. Pihak kerajaan perlu bertindak agar semua institusi Islam yang melaksanakan perlaksanaan hokum Islam diperkukuh dan dipertingkatkan kewibawaannya SKIMA menuntut supaya semua agensi kerajaan berkejasama dengan semua pertubuhan Islam semua prinsip amar ma'ruf dan nahi mungkar ( menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran ) ditegakkan bagi mengukuhkan sosio-budaya umat Islam di Negara ini. SKIMA mengumumkan bahawa Dokumen TEKAD ini yang telah diserah kepada YAB Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi , Perdana Menteri pada bulan Februari 2007 di JPM , Putrajaya yang lalu mengharapkan agar ia akan diberi perhatian serius oleh beliau. Kami akan menghantar permohonan untuk mengadakan dialog khusus dengan PM bagi membincangkan Dokumen TEKAD ini SKIMA juga telahpun menyerahkan dokumen tersebut kepada YB Dato'Seri Hj. Hadi Awang , Presiden PAS pada bulan Mac 2007 dengan harapan agar beliau juga meneliti dan mengambil perhatian kepada semua saranan yang telah dirumuskan dari KUISMA. SKIMA kini akan memohon mengadap DYMM Yand Di Pertuan Agong untuk menyampaikan Dokumen TEKAD dengan tujuan semua Majlis Raja-raja Melayu akan memberi perhatian berat terhadap rumusan Kongres dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami juga mengumumkan bahawa SKIMA akan menjadi wadah tetap untuk melaksanakan segala tindakan susulan dari KUISMA seperti menubuhkan kumpulan kerja untuk meneliti strategi dan perlaksanaan setiap agenda yang terdapat dalam Dokumen TEKAD. SKIMA juga akan mengadakan Siri Jelajah KUISMA ke setiap negeri dalam tempoh 2007-2008 untuk memasyarakat Dokumen TEKAD kepada peringkat rakyat. Sekaligus SKIMA akan mendaftarkan mereka yang mahu menjadi Warga Sukarelawan SKIMA bagi mengembangklan penyertaan seramai mungkin anggota masyarakat untuk menyumbang kepada perlaksanaan rumusan dalam Dokumen TEKAD. SKIMA juga mengumumkan bahawa KUISMA akan dilaksanakan setiap 3-4 tahun sekali dengan tujuan agar semua perbincangan dan keputusan yang dirumuskan akan dapat diimplementasikan sebagai sebuah realiti. Mohd Azmi Abdul Hamid Pengerusi SKIMA Tel 019 4744856 -------------------------------------------------------------------------------- Palestine: Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala RM1 setiap bulan kepada Palestin Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797 http://palestinkini.info/ http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf Banjir Donation: "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia". Atau masukkan ke akaun JIM Johor di Bank Islam Malaysia Berhad Akaun no. 01014010010372 http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm Moderator Ikhwanul Muslimun http://hidayahnet.multiply.com http://hidayahnet.ourtoolbar.com/ [Non-text portions of this message have been removed]