BARU TERBIT! Jejak Risalah di Nusantara 1 dan Aku Ori Bukan Fotokopi
2007-04-03 

JIMedia telah berjaya menerbitkan dua buah buku hasil tulisan dan susunan dua 
aktivis JIM iaitu Dr. Hafidzi Mohd Noor dan Sdri Roha Hassan iaitu "Jejak 
Risalah di Nusantara 1 - Zaman Pra Islam Hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng 
Ho" (RM10) dan "Aku Ori Bukan Fotokopi" (RM12). Kedua-dua buah buku ini telah 
mula dipasarkan pada 31 Mac 2007.


       

<!--[if !vml]--><!--[endif]--> <!--[if !vml]--><!--[endif]-->

Jejak Risalah di Nusantara 1
Zaman Pra Islam Hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho
(ISBN 978-983-9782-42-4, 113 mukasurat, RM10)


Buku ini patut dimiliki dan dibaca oleh semua pendakwah dan pendukung gerakan 
Islam yang ingin menghayati perjuangan yang ditempuh oleh ulama perintis dan 
golongan pendahulu di Nusantara. 


Dalam prakatanya penulis menyebut bahawa buku ini ditulis bukan sebagai rujukan 
sejarah semata-mata yang mana telah mengumpulkan hasil-hasil penelitian 
tokoh-tokoh sarjana barat dan tempatan, tetapi ia lebih bertujuan untuk 
memaparkan sejarah awal dan berdirinya Islam di Nusantara dari perspektif 
dakwah dan jihad yang datang bersamanya.


Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom pula dalam prakata buku ini antara lain 
menyebut, "Sebagai seorang ahli sains dan akademik, Dr. Hafidzi Mohd. Noor 
melangkah masuk ke alam sejarah Islam dengan pemikiran yang kritis dan 
analitikal. Bukan saja usaha penulisan dan korpus bibliografinya begitu 
terperinci dan rapi, beliau membahaskan sesuatu isu itu dengan merangsang 
pemikiran (dan membuai emosi) pembaca dengan cara seorang penulis yang mahir di 
dalam menguasai penumpuan perhatian pembacanya.


Saya percaya ahli-ahli sejarah boleh mengkritik metodologi dan pendekatan Dr. 
Hafidzi sebagai seorang self-taught historian. Namun, tidak dapat dinafikan 
bahawa aktivis sosial seperti beliaulah yang mampu menurunkan ilmu dari menara 
gading ke medan perjuangan. Ini sekali gus berjaya memasyarakatkan sejarah. Dan 
kerelevanan sejarah dapat dilihat daripada keberkesanan dan kesuburannya di 
tengah-tengah umat manusia yang telah mengukir jejak di celah-celah lipatan 
sejarahnya sendiri. Sejarah Islam di Nusantara adalah sebahagian daripada 
sejarah Islam sejagat - pahit getir tangisan berbaur dengan riang tawa kejayaan 
serta kesyahduan zikrullah."






Aku Ori Bukan Fotokopi
(ISBN 978-983-9782-40-0, 172 mukasurat, RM12)


Buku ini patut dimiliki dan dibaca oleh semua ibu bapa, aktivis remaja dan 
remaja sendiri!


Buku AOBF memaparkan perkongsia pengalaman serta beberapa tips untuk menjadi 
remaja soleh wa musleh, juga tips untuk membimbing dan menyayangi remaja serta 
tips untuk menjalankan amanah amar makruf nahi mungkar di kalangan generasi 
masa depan ini.


Dalam bab pendahuluan, penulis seolah-olah merumuskan keseluruhan kandungan 
buku yang cukup menarik ini apabila menyebut "Jom Kita 'setting' niat ikhlas 
membimbing remaja, 'upgrade' teknik-teknik berdakwah dan menyantuni remaja, 
'download' tips, nasihat dan ilmu untuk kita dan remaja, 'upload' usaha 
berlipat kali ganda demi generasi masa depan ini, 'delete' dosa-dosa dan gejala 
sosial dan 'top up' nilai-nilai murni di dalam jiwa generasi soleh wa musleh, 
agar kita sama-sama boleh 'redeem' pahala sebanyak mungkin."


Buku ini juga cukup sesuai untuk dijadikan hadiah kepada remaja dan sahabat 
handai anda.




      BORANG PESANAN
     
      Bil
     Nama Buku
     Harga
     Kuantiti
     Jumlah
     
      1
     Jejak Risalah di Nusantara 1
     RM10 / RM12*
     
     
     
      2
     Aku Ori Bukan Fotokopi
     RM12 / RM14*
     
     
     
      3
     Lambaian Kaabah
     RM10 / RM12*
     
     
     
      4
     SBA5 : Kembara Beirut
     RM10 / RM12*
     
     
     
      5
     SBA4 : Berdamai Dengan Israel
     RM8 / RM10*
     
     
     
      6
     SBA3 : 20 Persoalan Asas Palestin
     RM6 / RM8*
     
     
     
      7
     SBA2 : Israel - Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya
     RM8 / RM10*
     
     
     
      8
     SBA1 : Al-Aqsa Dalam Bahaya!!
     RM10 / RM12*
     
     
     
      *Harga Sabah & Sarawak (Sila Tambah RM2 untuk Penghantaran Melalui Pos 
JUMLAH RM
     
     
      Maklumat Pemesan
     
      Nama
     
     
      Alamat


     


     
      HP
     
     
      Emel
     
     
      Bayaran
     

      Bayaran hendaklah dibuat atas nama "PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA". 
Sila hantarkan pesanan kepada:


      JIMedia
      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
      Lot 300.3, Lorong Selangor
      Pusat bandar Melawati
      53100 Kuala Lumpur

      Tel: 03-4108 9669 Faks: 03-4107 1754
      (U.P: Wan Muhammad)
     

       

http://jim.org.my/modules.php?module=berita&kerja=tengok&id=108





--------------------------------------------------------------------------------


Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
            RM1 setiap bulan kepada Palestin 
     

      Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
      Bank Islam Malaysia Berhad 
      Nombor akaun: 12113010005797 
      http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com



http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke