Pak Aznan, buku itu menulis tentang apa? Cara sholat seperti yang ditafsirkan 
oleh Albani?

-Rizal-


--- On Tue, 10/14/08, aznan hamat <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: aznan hamat <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [wanita-muslimah] Pandangan Dr Mohd Asri Tentang Pengharaman Buku-Buku 
Ilmiah


Pandangan Dr Mohd Asri Tentang Pengharaman Buku-Buku IlmiahPosted on Oct 10,
2008 under Komen & Pendapat |  Print This Post  Email This Post 
“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN
mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang
dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara
kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah
pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.
Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti
mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa
syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut
mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini
secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya.
Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang
ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa
kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden.
Contohnya paling terbaru KDN mengharamkan buku “Pelik
Tapi Benar Dalam Solat” yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Setelah saya
membaca buku tersebut, saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah
dengan al-Quran atau al-Sunnah. Bahkan penulisnya mengemukakan
alasan-alasan ilmu yang dipegangnya.
Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan
sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan
bercanggah dengan prinsip Islam. Jika ada, saya meminta mereka
mengemukakan bukti secara ilmiah bertulis bukan ‘main cakap sahaja’.
Tanpa mengira siapapun panel yang telah mereka lantik.
Ilmu tidak diukur dengan jawatan tetapi fakta dan angka. Kalau panel
berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak
penulis mengemukakan alasan-alasannya. Dalam Islam, selama mana ia
tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu
bercambah.
Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi
kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa
alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu.
Jika manusia yang hendak dihukum pun dimestikan untuk
dikemukakan alasan yang cukup, apakah boleh bahan ilmiah yang menjadi
keperluan asas manusia dihukum tanpa alasan yang jelas? Apakah kita
ingin negara menuju ke zaman gelepan gereja yang menghukum apa sahaja
ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan?
Lebih daripada itu, apakah negara yang ingin maju
seperti kita perlu untuk mengharamkan bahan-bahan ilmiah hanya kerana
tiada selaras dengan selera KDN? Kalau begitu kita sedang mundur ke
belakang, bukan sedang membina modal insan.
Maka, apakah kita patut mengharamkan internet, segala
macam buku hanya kerana ada orang yang rasa keliru? Apakah setiap
kekeliruan pembaca, dosanya semesti ditanggung oleh buku?. Cara begini
nampaknya kita masih mundur.
Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan,
tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu
berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu
memerlukan bukti ilmiah”.



      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment
....Yahoo! Groups Links






      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke