Oke, jangan lupa makan makan ya ...

salam,



-----Original Message-----
From: Pembela Agama Islam <pembelaagamais...@yahoo.com>

Date: Thu, 11 Dec 2008 08:32:27 
To: <wanita-muslimah@yahoogroups.com>
Subject: [wanita-muslimah] Perjelasan dariku tentang Haram ucap Selamat Hari 
Nat.. dan Merry Christ...


LAILAHAILLALLAH
Assallammualaikum

ALHAMDULILLAH, bangga aku dengan warga Indonesia, sungguh ambil berat tentang 
Islam, malah lebih bijak agama dariku. Berbangga aku dengan warga Indonesia. 
Tapi ada sesuatu yang kamu silap sangka.

Aku enggak bicara membenci Kristian, aku bicara tentang 'Haram Ucap Selamat 
Hari Nat.. dan Merry Christ...'. Ya ada juga yang silap kata Malaysia enggak 
tolerant, di Malaysia belum pernah berlaku Islam berbunuhan dengan Kristian, 
ok, jelas. Dan aku enggak bicara tidak boleh wish selamat pada Kristian, aku 
juga wish, aku juga ada teman Kristian, tapi kami diajar wish Selamat Tahun 
Baru. 

Aku juga tahu kawan-kawanku Nabi Isa a.s enggak lahir 25/12, aku juga tahu itu 
hari sambutan Dewa Matahari. Umat yang menyembah Dewa Matahari tidak mahu masuk 
kristian kerna tidak mahu upacara pesta 25/12 berkubur, maka pendeta2 kristian 
memutar belit fakta mengatakan tarikh lahir Yesus sama dengan Dewa Matahari.

Ya benar nabi pernah makan di rumah kafir, tapi bukan pada hari upacara agama, 
atau hari istimewa dalam beragama, itu pada hari biasa, ya benar nabi berdiri 
menghormati mayat yahudi, tapi itu bukan upacara agama. Aku sebenarnya tak 
pandai ingin terangkan, tapi aku khuatir iman dan akidah kita rosak, sebab itu 
aku bilang sama kamu. Aku enggak mahu nanti ALLAH salahkan aku menyembunyi ilmu.

Masalah sebenar adalah, sambutan itu adalah sempena hari kelahiran Yesus bagi 
umat Kristian, ya ada yang bilang kita ucap tapi bukan kita mempercayainya. Aku 
tak pasti jika Islam yang aku pelajari enggak sama dengan Indonesia. Yang aku 
belajar, jika kita kata, "Esok mahu makan apa ya, beras sudah habis". Itu pun 
sudah dosa, kerna kita enggak yakin rezeki kita pasti ada untuk hari esok, 
yakin pada ALLAH. Sebagai contoh lain ustaz aku bilang nanti turunnya Dajal 
ramai yang syirik kerana pada hari itu nanti, hanya Dajal yang mampu memberi 
rezeki, dan dia berseru supaya mengaku dia (dajal) Tuhan dan dia akan beri 
makan, ya ramai yang menyangka, enggak apa kita bicara dia (dajal) Tuhan, tapi 
dalam hati beriman pada ALLAH. Iman yang ALLAH nak adalah iman Bilal bin Rabah, 
ditindih dengan batu untuk keluar dari Islam, maka dia masih sebut AHAD! AHAD!.

Maka jika kamu sangka 'Tidak Haram Ucap Selamat Hari Nat.. dan Merry 
Christ...', ya enggak apa, teruskan, aku sekadar kongsi pengetahuan, yang mahu 
ikut, ikut, yang enggak setuju, enggak apa. Tapi alasan ulama kata boleh enggak 
boleh dipakai, wahabi juga ada ulamak, tapi belum tentu ulama wahabi benar. 
Yusuf Al-Qaradawi, aku juga minat dia, tapi... apa kata kamu tonton video ini, 
di http://abu-syafiq.blogspot.com/ atau dari address ini 
http://www.youtube.com/watch?v=wQBm5ej9QCI&eurl=http://abu-syafiq.blogspot.com/ 
ya yang pasti aku bukan mahu menghina atau memburukkan ulama tapi aku mahu 
beritahu yang ada ulama tegas, dan ada ulama ringan dalam keluarkan fatwa, 
salam perempuan itu haram, kalau bagi kamu juga enggak haram, ya enggak apa, 
permisi dulu ya, aku enggak komen apa-apa lagi selepas ini, aku enggak mahu 
ribut-ribut, yang penting kita istiqamah sebagai hamba ALLAH... 


      




[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke