Innalillahhiwainnailaihiraji'un; sad. Apabila musibah menimpa ayat itulah patut dibacakan. ....dari Allah ia datang; kepada Allah ia kembali.
m s --- Ibnuamir al-Pendangi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Kepulangan Puan Salamah ke Rahmatullah � Takziah Pak > Said Sekeluarga > > > Saya dan beberapa orang pelajar wartawan dari > Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan ucapan > takziah atas pemergian puan Salamah, isteri kepada > tokoh wartawan akhbar Melayu (Utusan Melayu), Said > Zahari (Pak Said) pada 29 Disember lalu akibat organ > hatinya yang gagal berfungsi dengan baik. > > Sebagai isteri seorang wartawan, puan Salamah telah > mempamer kesabaran yang harus dipuji dan dicontohi > oleh kaum wanita yang bersuamikan seorang pejuang. > Ketika Pak Said ditahan selama 17 tahun di Singapura > dan Pulau Ubin, puan Salamahlah yang mengambil alih > peranan Pak Said sebagai ketua keluarga. Beliau > telah meyakini bahawa tahanan politik seperti Pak > Said itu, pada hakikatnya tidak pernah bersalah. > > Cuma keadaan yang menghukum tanpa sebarang bukti > jelas. Tahanan politik yang kesnya dirakamkan dalam > al-Qur'an ialah Nabi Yusuf yang terpenjara ekoran > fitnah oleh isteri pembesar politik. Oleh itu, > tahanan politik dalam Islam bolehlah ditakrifkan > sebagai mana-mana individu yang difitnah oleh ahli > politik dan / atau difitnah oleh individu yang ada > kaitannya secara langsung dan tidak langsung dengan > ahli politik. > > Sesungguhnya, penjara pun tidak mampu memadamkan > kasih sayang Pak Said ke atas puan Salamah > sekeluarga seperti yang terakam dalam memoir, Meniti > Lautan Gelora (MLG) terbitan Penerbit UKM semasa > beliau menjadi Karyawan Tamu (1996-1999) di Jabatan > Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia. > > �Kekejaman dan dasar tidak berperikemanusiaan > penjajah British dan tali-tali barut politiknya di > Singapura pada masa itu tercermin pada hidup > sengsara keluargaku yang tidak berdosa. Isteriku > Salamah terpaksa menyara, memelihara dan membesarkan > empat orang anak kecil kami, bersendirian, berhempas > pulas mengharung penderitaan dan keperitan hidup > selama lebih 16 tahun. Anak-anak tanpa bapa dan > isteri tanpa suami, selama lebih 16 tahun, mengalami > hidup yang penuh cabaran dan dugaan. Betapa > kejamnya!� (hlm. 251). > > Kita tertanya-tanya adakah keluarga tahanan politik > mendapat pampasan ataupun bantuan untuk mengurangi > emosi dan tekanan perasaan mereka? Agensi kerajaan > Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin dapat memainkan > peranan sewajarnya dalam hal ini. Pak Said yakin > bahawa derita puan Salamah sekeluarga dikongsi > bersama keluarga-keluarga yang senasib dengan > mereka. Tapi, adakah mereka menubuhkan kesatuan yang > membela nasib suami-suami mereka? Hal itu tidak > dijelaskan oleh Pak Said sendiri. > > Katanya: �Namun, Salamah tidaklah keseorangan. > Beratus dan beribu lagi orang sepertinya di > tanahair, malah ada ratusan ribu orang lagi di > seluruh dunia yang senasib dengannya, juga merenangi > lautan hidup yang sama, penuh cabaran dan penuh > penderitaan, demi kebebasan, kebenaran dan > keadilan�. (hlm. 251). > > Pada hakikatnya, Pak Said tidak bersalah sebenarnya > ke atas puan Salamah serta anak-anak. Namun, beliau > tetap menghukumkan hal itu sebagai kesalahannya > sendiri lalu beliau menukilkan sebuah memoir untuk > memadamkan rekod-rekod �jenayah besarnya� terhadap > keluarga. Dalam �Pendahuluan�, beliau menukilkan > sebagai berikut:- > > �Saya juga menulis buku ini kerana didesak oleh > bisikan hati kecil yang sewaktu-waktu membuat saya > berasa bersalah besar terhadap isteri dan anak-anak > saya yang masih kecil semasa saya tertangkap. Isteri > tersayang Salamah baru berusia 27 tahun, dan > anak-anak berumur antara satu dan enam tahun. > Perkahwinan kami berusia tujuh tahun ketika masuk > penjara dan umur saya 34 tahun,� (hlm. xxxi). > > Kami percaya bahawa perjuangan hidup Pak Said dan > puan Salamah sekeluarga bukan sahaja terhenti lalu > dibukukan dalam rakaman penulisan biografi bahkan > plot-plot kehidupan mereka sekeluarga sepatutnya > diabadikan dalam sebuah filem biografi sebagai > kenang-kenangan sejarah yang bakal membentuk > garis-garis masa depan sejarah negara. > > Pak Said menulis lagi: �Pengorbanan dan penderitaan > hidup isteri dan anak-anak, di luar penjara, seribu > kali lebih besar daripada pengorbanan dan > penderitaan hidup saya sendiri di dalam penjara. > Bukan sahaja anak-anak saya yang kecil-kecil itu, > tetapi isteri saya sendiri pun tidak dapat memahami > apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas mereka, > terutamanya ke atas diri saya, suaminya sendiri�. > (Pendahuluan, hlm. xxxi). > > Benarlah, Pak Said telah membuat pilihan yang tepat > ketika melabuhkan bahtera cintanya bersama puan > Salamah sehingga ke akhir hayat. Dalam memoir MLG, > Pak Said merakam kisahnya bertahan agar puan Salamah > menjadi pasangannya walaupun menjadi adat sanak > saudaranya untuk menurut sahaja apa kehendak orang > tua ketika itu dalam hal perjodohan. Beliau memecah > tradisi keluarga sendiri demi memperjuang hak cinta. > > Pak Said disanjungi kawan dan lawan. Dituduh komunis > dan lain-lain pertuduhan, hal itu tidak dapat > mematah semangat juangnya. Usman Awang misalnya, > merakam sajak khusus untuknya. Bekas pengarang > Utusan Melayu, Zainuddin Maidin telah memberikan > komentar dalam The Straits Times, Singapura (13 > Januari 2001) sebagai berikut:- > > �Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan penulisan > Pak Said, kita tidak dapat menafikan bahawa Pak Said > adalah sebahagian daripada sejarah Utusan dan Utusan > adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Sama > ada mereka berhaluan kiri atau kanan orang seperti > Pak Said menjadikan Utusan itu hebat�. > > > > Suaramu dari penjara Singapura: > > Mereka akan berkembang, > > Menghancurkan manusia biadab, > > Dan rakyat nanti, > > Tiada takut lagi, Salut untuk Said Zahari, > > Salut untuk mereka yang berani! > > (Usman Awang, Salut Untuk Said Zahari, 1973) > > > Engkau wartawan kutip berita antara manusia, > > Penamu tajam dapat mencungkil keburukan mereka! > > Engkau diam mengikat tangan di bawah meja, > > Zaman ini memaksamu menulis yang baik belaka! > > (Usman Awang, Zaman Ini, 1958) > > > > Berbanggalah puan Salamah. Dalam dunia ini, boleh > dikira suami yang mampu beraksi memuji isterinya > secara terbuka. Apatah lagi merakam penghargaan > sedemikian rupa dalam penulisan hingga boleh dibaca > secara umum. Pasti pemergiannya itu diiringi > keredhaan suami tercinta. > > Atas keredhaan itu, beliau akan mencapai ketinggian > di akhirat. Insya Allah. Kami cuma tunas baru yang > menyanjungi Pak Said sekeluarga dari kejauhan ini > mendoakan kesejahteraan rohnya dengan simbahan air > mata perjuangan. > > Demikianlah. Air ciptaan Tuhan ada di mana-mana. Di > lautan, air itu mengumpul kekuatan lalu meledakkan > tsunami yang menggegarkan jutaan perasaan umat > manusia di kala ini. Tapi, ukurannya manakan sama > dengan bah kesedaran, ombak perasaan, lelehan dan > linangan air mata para pejuang yang menuntut > kemerdekaan jiwa di kala ini, dahulu dan buat > selama-lama... > > > Wartawan-Wartawan, > Berita Kampus, > > USM, Pulau Pinang. > > > > http://ibnuamir.multiply.com / > http://ibnuamir.fotopages.com / > http://www.idealis-mahasiswa.net > > > > > > GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah > badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan > penulisan berterusan untuk memasarkan idea > pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk > agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & > modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; > 2-011-02-029707-5 === message truncated === ===== __________________________________ Do you Yahoo!? All your favorites on one personal page � Try My Yahoo! http://my.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Give the gift of life to a sick child. Support St. Jude Children's Research Hospital's 'Thanks & Giving.' http://us.click.yahoo.com/lGEjbB/6WnJAA/E2hLAA/1dTolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ------------------------------------------------ ADIL-Net will remain a Free Forum until further notice. Disclaimer: The opinions and views posted are not necessarily that of the list owner's or ADIL's -------------------------------------------------- Send a blank e-mail to: [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
