Lihat juga ...
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0301&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive (Tarikh: 1 Mac 2005)
http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/16
http://ibnuamir77.fotopages.com
http://www.idealis-mahasiswa.net
--------------------------------------MESEJ--MULA-----------------------------------
Isi kandungan protes terhadap kemusnahan alam sekitar itu berbunyi lebih kurang begini: �Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami (malaikat) sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?� � (al-Baqarah:30).
Isi kandungan �memorandum bantahan� itu meletakkan isu pertama; bencana dan kerosakan di atas bumi sebagai alasan utama kenapa protes sulung itu dibangkitkan dan yang keduanya mengenai pertumpahan darah sesama manusia. Kemusnahan alam sekitar itu mendapat perhatian Tuhan kerana kita akan terjumpa dengan beberapa potongan ayat al-Qur�an yang menjelaskan mengenai isu kemusnahan alam sekitar. Allah s.w.t kembali menyebut hubungan kemusnahan dan kerosakan alam ini dengan perbuatan manusia.
�Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)�. (ar-Ruum: 41)
Dari sini timbulnya idea mengenai hukuman dan pembalasan Tuhan ke atas insan yang dengan sengaja merosakkan alam. Bahkan kejadian kiamat, iaitu kerosakan seluruh isi alam ini ada kaitannya dengan kerosakan akhlak manusia, bukannya Jin atau makhluk-makhluk lain. Maka, al-Qur�an diturunkan sebagai satu laluan yang menggarap inti ajaran atau sebagai perundangan yang mendidik insan mengenai tatacara mencatur kehidupan alam dengan baik.
Dunia ialah penjara bagi orang-orang beriman. Maka, bagi insan yang berwatak suci sudah tentu mempunyai etika ataupun undang-undang dalaman yang mengawalnya daripada merosakkan dunia yang diamanahkan kepada mereka. Namun, bagaimana pula mereka yang tidak dapat mengawal hati dan perasaannya daripada merosakkan alam ini?
Syed Qutb di dalam al-Ma�lim fi at-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) menyebut bahawa insan itu adalah sebahagian daripada alam itu sendiri. Dengan itu, dalam konteks yang lebih luas, perbuatan merosakkan dan merampas hak manusia lain seperti mencuri, merompak, mencabul kehormatan orang adalah termasuk dalam dimensi kerosakan alam juga. Kita harus berfikir dengan jelas kenapa �undang-undang dalaman� makin terhakis?
Jika ada ratusan akta dan �undang-undang luaran� yang tidak berkuatkuasa dengan kukuh sekalipun, keseluruhan alam ini terpelihara dengan baik kerana wujudnya undang-undang dalaman yang kukuh dan tebal kerana ia dirantai dengan pengawasan Tuhan.
Namun, sebelum kita memanjangkan undang-undang dalaman, maka ada baiknya juga kita memikirkan langkah-langkah dan strategi bagi memulihkan kedaulatan undang-undang luaran seperti akta-akta yang sedia ada untuk menjamin kesejahteraan bersama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya 7 Mac lalu di Utusan Malaysia berkata, kerajaan bersetuju meminda undang-undang lapuk sebagai respon kepada usul Majlis Peguam untuk tubuhkan Suruhanjaya Memperbaharui Undang-undang. Hal ini kerana, undang-undang alam sekitar dikatakan tidak lagi begitu berkesan untuk mencegah mereka yang terbabit dalam jenayah itu.
Sementara lagi, undang-undang negara didakwa telah lapuk kerana ia diamalkan puluhan tahun dahulu sejak era penjajahan lagi. Hal memansuhkan undang-undang lama digantikan dengan yang baru tidak ada salahnya di dalam Islam. Bahkan ia diharuskan.
�Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?� (al-Baqarah:106)
Dari sini, dapat kita lahirkan pelbagai persoalan. Memansuh atau meminda akta-akta itu bertujuan mencari pilihan lain yang lebih baik atau setara dengannya. Tapi dalam nas di atas, �akta-akta� Tuhan, hanya Dia saja yang berhak mengubahnya. Dalam undang-undang manusia, pihak manakah yang lebih berhak memansuh dan memindanya? Kuasa kerajaan (Government of the day) atau kuasa Parlimen?
Adalah disyorkan agar Suruhanjaya ini berfungsi sebagai alat memungut pendapat khalayak untuk dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan bersama ahli parlimen. Oleh itu, Suruhanjaya ini perlu diletakkan di bawah Parlimen dan bukan di bawah eksekutif.
Seterusnya, apabila membahaskan akta-akta lapuk, kita tidak hanya membataskan perundangan alam sekitar sahaja melainkan mestilah menjangkau kepada undang-undang yang lain juga seperti kenyataan Majlis Peguam. Kamus Dewan telah menakrifkan lapuk sebagai �terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang�. Negara ada beratus-ratus akta. Bayangkan jika terlalu banyak akta lapuk bagaimanakah mahu capai �kedaulatan undang-undang� sebagai salah satu sendi atau rukun negara?
Namun, tidak semua yang lama itu perlu diubah. Adat resam pelbagai masyarakat adalah sejenis �undang-undang� yang dikatakan sebagai: �tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas�. Oleh itu, tidak semua yang lama itu harus diubah semua. Mana-mana yang bercanggah dengan falsafah Melayu, al-Qur�an dan sumber-sumber kebenaran dari sudut pandangan agama-agama lain itulah yang perlu diperbetulkan semula.
Kita perlu menyemak semula Upanishad, Bible, al-Qur�an, Sulalatus Salatin dan lain-lainnya agar perundangan selaras dengan falsafah pemikiran masyarakat kita dalam usaha mengganti akta-akta lapuk. Pelajar undang-undang boleh adakan seminar berkala bagi mengkaji undang-undang dan hasilnya diserahkan kepada Suruhanjaya itu.
Kita percaya jika penguatkuasaan dijalankan dengan rapi sekalipun tapi akta-akta itu sendiri longgar dan dendanya tidak berkesan, maka ia tidaklah mengundang apa-apa kesan yang baik. Media harus paparkan kerosakan-kerosakan yang pernah dibuat ke atas alam semulajadi. Sementara itu akhbar boleh berperanan menyiarkan mana-mana syarikat atau individu yang membuat pembalakan haram selama ini untuk tatapan bersama.
Untuk menjamin kedaulatan undang-undang agar selaras dengan status
--------------------------------------MESEJ-TAMAT-----------------------------------
Lihat juga ...
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0301&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive (Bertarikh: 1 Mac 2005)
http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/16
http://ibnuamir.multiply.com/photos/album/9
http://ibnuamir77.fotopages.com
http://www.idealis-mahasiswa.net
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
