Bagaimana Memerangi Dadah, Korupsi, Rasuah dan Penyelewengan?

            Mungkin kita pandang rendah ke atas negara-negara yang bergelut dalam kegiatan rasuah korupsi yang bermaharajalela. Mengambil contoh di India dan Indonesia, hal demikian tidak perlu dibahaskan lagi dengan fakta yang selengkapnya. Namun, kedua-dua buah negara itu, ada hal yang menarik diperkatakan, iaitu jendela rasuah itu dikuak sendiri oleh segenap sendi masyarakatnya. Misalnya, di India filem-filem menghebahkan rasuah pimpinan politik amat laris, dan di Indonesia, ada lagu-lagu yang menyindir kelas atasan yang terjebak dengan korupsi. Demikian peranan sutradara dan kaum seniman.

            Ertinya, belenggu KKN tidak hanya dirungkai Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) saja, tetapi merata ke peringkat bawahan, khususnya media Indonesia yang kini ghairah memainkan peranan aktif. Sementara itu, khalayak umum yang bersekutu dalam Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) termasuk mahasiswanya turut beraksi memenuhi cabang-cabang jalan raya tanggal 15 April lalu ketika ahli Komisi Pemilihan Umum (KPU) Mulyana Wira Kusumah dibicarakan di atas tuduhan rasuah. Mereka memprotes dan mendesak agar lebih ramai lagi pesalah laku yang akan dibawa ke pengadilan.

            Mulyana ditangkap oleh penguatkuasa KPK di sebuah hotel di Jakarta, 8 April lalu ketika beliau menyerahkan wang kepada Auditor Badan Pemeriksa Keuangan (BPK) Khairiansyah Salman. Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sebagai respon awalnya dalam Musyawarah Perencanaan Pembangunan Nasional 2005 lalu telah menyatakan tekadnya untuk memburu perasuah yang telah membawa aliran wang negara dari Bank Indonesia ke luar negari. Jawa Post (14 April) melapor kenyataannya, "Saya sedih jika kita melihat kes-kes ini yang sudah ditutup, tetapi tiba-tiba mereka (koruptor) malah berbisnes di luar negeri."

            Tindakan Khairansyah membongkar 'kasus suap' (kes rasuah) itu dipuji khalayak. Liputan 6 di SCTV misalnya telah menemubualnya secara ringkas melalui telefon sejurus beberapa hari selepas isu korupsi tersiar. Di sini, media memainkan peranan aktif dalam membentuk upaya rakyat membanteras korupsi. Siaran televisyen Rakyat Bicara pula telah menyiarkan forum besar mengenai isu ini. Pelbagai persoalan, idea dan gagasan diapungkan selama sejam.

"Sebenarnya, peluang dan kesempatan melakukan rasuah amat tinggi. Itulah yang menyebabkan ia menjadi-jadi di Indonesia," seorang anak muda bangun mengapungkan pendapatnya. �Justeru,� katanya, �jikalau peluang tidak terbuka luas, sudah tentu masalah korupsi dapat disingkirkan.�

Sementara itu, seorang pengamal undang-undang Todung Mulya Lubis yang turut terlibat dalam kes Mulyana berkata, "... kita perlu orang untuk 'bernyanyi' supaya korupsi di setiap lembaga, yang memang diduga sangat banyak, bisa dibongkar." -- Bisnis Indonesia, (20 April 2005).

Akhbar-akhbar Indonesia melalui siri komentar dan lidah pengarang kemudiannya mula mendesak pihak berkuasa membongkar dan menyiasat lebih ramai anggota KPU yang berkemungkinan besar terlibat dalam korupsi, sejalan dengan cita-cita republik itu yang mensasarkan 2005 sebagai tahun membanteras korupsi. Makanya, dalam masa yang singkat, pendapat umum mengenai korupsi menjadi hangat.

           

Dalam tinjauan peribadi, Indonesia menumpukan dua hal utama untuk membasmi penyakit dan barah-barah dalam masyarakat. Pertamanya narkoba (narkotik), dan kedua, korupsi. Hal ini tidak jauh bezanya dengan Malaysia. Kita juga ghairah mengganyang gejala dadah dan rasuah. Di Surabaya, di mana-mana 'reklame' (papan iklan), ada sahaja simbol peringatan mengenai bahaya narkoba dan korupsi ini.

           

Akan tetapi, bilangan rangkaian televisyen Indonesia kira-kira 13 banyaknya jika dibanding di Malaysia; cuma empat � lima. Sejauh mana pula, komentar-komentar murni berselerak di dada akhbar yang menumpu kepada gejala rasuah. Koran-koran Indonesia juga tidak terhitung banyaknya. Bolehkah akhbar-akhbar dan media elektronik yang amat kecil ini mampu menampung gagasan kerajaan untuk menangani dua �musuh� negara ini?

 

Justeru, para pengamal media yang berpegang kepada aliran bahawa media harus bekerjasama untuk membantu kerajaan dalam upaya membangun rakyat perlulah meneliti hal ini dengan serius. Satu contoh yang jelas, misalnya, apabila Debat Perdana berbicara masalah dadah, apakah peranan rangkaian-rangkaian televisyen yang lain ketika itu? Pun begitu, beberapa minggu lalu, Debat Perdana ditiadakan kerana memberi laluan kepada sebuah program hiburan. Adakah kita serius mahu bincang soal dadah dan mengapa kita tidak menghormati cita-cita kita sendiri?

 

Debat Perdana disiarkan saban minggu dengan tajuk yang sama dan tidak pernah membosankan kerana setiap tajuk itu dikupas dengan begitu teliti oleh para pemikir dari pelbagai latarbelakang; profesor, badan bukan kerajaan termasuk ahli-ahli politik. Lalu, jika kita sudah ada laluan yang mantap untuk membicarakan masalah narkotik, narkoba, dadah, syabu dan yang unsur-unsur lain seangkatan makna dengannya, apakah alternatif lain untuk memberantas belenggu korupsi � rasuah dalam negara kita?

 

Ada baiknya program diskusi Bicara Siswa menumpukan kepada topik rasuah dan korupsi pula secara mingguan. Sekiranya tajuk-tajuk perbincangan sering bertukar, maka tidak akan ada satu masalah pun yang akan selesai. Setidak-tidaknya pemimpin dan tunas muda ini diasuh agar tidak terjebak dengan korupsi apabila mereka menjadi pemimpin di suatu masa nanti. Mudah-mudahan hal ini menaikkan semangat semua pihak.

 

Sebenarnya, ada petanda menarik apabila Utusan Malaysia berjaya melaporkan kes 128 penyelewengan di sebuah universiti di Malaysia baru-baru ini. Hal inilah yang sepatutnya diberikan keutamaan oleh warga kampus khususnya mahasiswa. Pelajar harus diberikan kuasa oleh BPR untuk menyiasat salah laku para pegawai universiti juga.

 

Dalam hal ini, satu gagasan yang menarik telah dicetuskan oleh Yang Dipertua Pemadam Datuk Zainal Abidin Zin ketika beliau melancarkan Kelab Pemadam di USM. Akibatnya, ledakan semangat anti-dadah melimpah ruah ke universiti-universiti yang lain juga. Usaha membentuk jaringan bertujuan membanteras dadah di universiti amat baik dan harus dicontohi oleh BPR juga untuk memperbaiki sistem pentadbiran universiti.

 

Hal ini bukanlah susah untuk dilaksanakan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jikalau kita boleh beri �kuasa� kepada masyarakat untuk menangkap peragut suatu masa dulu, hal ini pasti boleh dilakukan juga. Pokok asalnya bermula dengan azam. Apa yang penting, ledakan semangat anti-dadah dan anti rasuah perluluah disegarkan kembali dan dikembang suburkan di dalam jiwa anak-anak muda.

            Paling penting, dokongan massa, media dan marhaen perlu dilipatgandakan untuk memerangi korupsi, rasuah, dadah dan penyelewengan. Setiap unit masyarakat terpencil seperti gerakan mahasiswa, kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun, akhbar dan media perlu bergerak dalam lingkungan kemampuan mereka sendiri.

            Jika keinginan kerajaan yang ingin membanteras rasuah dan dadah tidak didokong oleh rakyat bawahan, cita-cita negara tidak membawa kepada peningkatan. Sepertimana halnya dadah yang sering diperdebatkan saban minggu di dalam acara Debat Perdana, rasuah korupsi juga gagal dibanteras jika kita cuma memandang urusan itu terpundak di atas BPR sahaja sementara dadah itu urusan Pemadam dan Pusat Serenti semata-mata.

 

Ibnuamir al-Pendangi,

Tunjungan School of Thought,

Surabaya, Jatim, Indonesia.

+6281615094408



GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke