Stop yourself now, bro.' you'd went too far sometime.!!!!!!!!!!!
Mazlan Samad. --- Ibnuamir al-Pendangi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Bagaimana Memerangi Dadah, Korupsi, Rasuah dan > Penyelewengan? Mungkin kita pandang > rendah ke atas negara-negara yang bergelut dalam > kegiatan rasuah korupsi yang bermaharajalela. > Mengambil contoh di India dan Indonesia, hal > demikian tidak perlu dibahaskan lagi dengan fakta > yang selengkapnya. Namun, kedua-dua buah negara itu, > ada hal yang menarik diperkatakan, iaitu jendela > rasuah itu dikuak sendiri oleh segenap sendi > masyarakatnya. Misalnya, di India filem-filem > menghebahkan rasuah pimpinan politik amat laris, dan > di Indonesia, ada lagu-lagu yang menyindir kelas > atasan yang terjebak dengan korupsi. Demikian > peranan sutradara dan kaum seniman. > Ertinya, belenggu KKN tidak hanya dirungkai Komisi > Pemberantasan Korupsi (KPK) saja, tetapi merata ke > peringkat bawahan, khususnya media Indonesia yang > kini ghairah memainkan peranan aktif. Sementara itu, > khalayak umum yang bersekutu dalam Lembaga Swadaya > Masyarakat (LSM) termasuk mahasiswanya turut beraksi > memenuhi > cabang-cabang jalan raya tanggal 15 April lalu > ketika ahli Komisi Pemilihan Umum (KPU) Mulyana Wira > Kusumah dibicarakan di atas tuduhan rasuah. Mereka > memprotes dan mendesak agar lebih ramai lagi pesalah > laku yang akan dibawa ke pengadilan. > Mulyana ditangkap oleh penguatkuasa KPK di sebuah > hotel di Jakarta, 8 April lalu ketika beliau > menyerahkan wang kepada Auditor Badan Pemeriksa > Keuangan (BPK) Khairiansyah Salman. Presiden > Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sebagai > respon awalnya dalam Musyawarah Perencanaan > Pembangunan Nasional 2005 lalu telah menyatakan > tekadnya untuk memburu perasuah yang telah membawa > aliran wang negara dari Bank Indonesia ke luar > negari. Jawa Post (14 April) melapor kenyataannya, > "Saya sedih jika kita melihat kes-kes ini yang sudah > ditutup, tetapi tiba-tiba mereka (koruptor) malah > berbisnes di luar negeri." Tindakan > Khairansyah membongkar 'kasus suap' (kes rasuah) itu > dipuji khalayak. Liputan 6 di SCTV misalnya telah > menemubualnya secara ringkas melalui telefon > sejurus beberapa hari selepas isu korupsi tersiar. > Di sini, media memainkan peranan aktif dalam > membentuk upaya rakyat membanteras korupsi. Siaran > televisyen Rakyat Bicara pula telah menyiarkan forum > besar mengenai isu ini. Pelbagai persoalan, idea dan > gagasan diapungkan selama sejam. "Sebenarnya, > peluang dan kesempatan melakukan rasuah amat tinggi. > Itulah yang menyebabkan ia menjadi-jadi di > Indonesia," seorang anak muda bangun mengapungkan > pendapatnya. �Justeru,� katanya, �jikalau peluang > tidak terbuka luas, sudah tentu masalah korupsi > dapat disingkirkan.�Sementara itu, seorang pengamal > undang-undang Todung Mulya Lubis yang turut terlibat > dalam kes Mulyana berkata, "... kita perlu orang > untuk 'bernyanyi' supaya korupsi di setiap lembaga, > yang memang diduga sangat banyak, bisa dibongkar." > -- Bisnis Indonesia, (20 April 2005).Akhbar-akhbar > Indonesia melalui siri komentar dan lidah pengarang > kemudiannya mula mendesak pihak berkuasa > membongkar dan menyiasat lebih ramai anggota KPU > yang berkemungkinan besar terlibat dalam korupsi, > sejalan dengan cita-cita republik itu yang > mensasarkan 2005 sebagai tahun membanteras korupsi. > Makanya, dalam masa yang singkat, pendapat umum > mengenai korupsi menjadi hangat. > > > Dalam tinjauan peribadi, Indonesia menumpukan dua > hal utama untuk membasmi penyakit dan barah-barah > dalam masyarakat. Pertamanya narkoba (narkotik), dan > kedua, korupsi. Hal ini tidak jauh bezanya dengan > Malaysia. Kita juga ghairah mengganyang gejala dadah > dan rasuah. Di Surabaya, di mana-mana 'reklame' > (papan iklan), ada sahaja simbol peringatan mengenai > bahaya narkoba dan korupsi ini. > > > > Akan tetapi, bilangan rangkaian televisyen Indonesia > kira-kira 13 banyaknya jika dibanding di Malaysia; > cuma empat � lima. Sejauh mana pula, > komentar-komentar murni berselerak di dada akhbar > yang menumpu kepada gejala rasuah. Koran-koran > Indonesia juga tidak terhitung banyaknya. Bolehkah > akhbar-akhbar dan media elektronik yang amat kecil > ini mampu menampung gagasan kerajaan untuk menangani > dua �musuh� negara ini? > > > > Justeru, para pengamal media yang berpegang kepada > aliran bahawa media harus bekerjasama untuk membantu > kerajaan dalam upaya membangun rakyat perlulah > meneliti hal ini dengan serius. Satu contoh yang > jelas, misalnya, apabila Debat Perdana berbicara > masalah dadah, apakah peranan rangkaian-rangkaian > televisyen yang lain ketika itu? Pun begitu, > beberapa minggu lalu, Debat Perdana ditiadakan > kerana memberi laluan kepada sebuah program hiburan. > Adakah kita serius mahu bincang soal dadah dan > mengapa kita tidak menghormati cita-cita kita > sendiri? > > > > Debat Perdana disiarkan saban minggu dengan tajuk > yang sama dan tidak pernah membosankan kerana setiap > tajuk itu dikupas dengan begitu teliti oleh para > pemikir dari pelbagai latarbelakang; profesor, badan > bukan kerajaan termasuk ahli-ahli politik. Lalu, > jika kita sudah ada laluan yang mantap untuk > membicarakan masalah narkotik, narkoba, dadah, syabu > dan yang unsur-unsur lain seangkatan makna > dengannya, apakah alternatif lain untuk memberantas > belenggu korupsi � rasuah dalam negara kita? > > > > Ada baiknya program diskusi Bicara Siswa menumpukan > kepada topik rasuah dan korupsi pula secara > mingguan. Sekiranya tajuk-tajuk perbincangan sering > bertukar, maka tidak akan ada satu masalah pun yang > akan selesai. Setidak-tidaknya pemimpin dan tunas > muda ini diasuh agar tidak terjebak dengan korupsi > apabila mereka menjadi pemimpin di suatu masa nanti. > Mudah-mudahan hal ini menaikkan semangat semua > pihak. > > > > Sebenarnya, ada petanda menarik apabila Utusan > Malaysia berjaya melaporkan kes 128 penyelewengan di > sebuah universiti di Malaysia baru-baru ini. Hal > inilah yang sepatutnya diberikan keutamaan oleh > warga kampus khususnya mahasiswa. Pelajar harus > diberikan kuasa oleh BPR untuk menyiasat salah laku > para pegawai universiti juga. > > > > Dalam hal ini, satu gagasan yang menarik telah > dicetuskan oleh Yang Dipertua Pemadam Datuk Zainal > Abidin Zin ketika beliau melancarkan Kelab Pemadam > di USM. Akibatnya, ledakan semangat anti-dadah > melimpah ruah ke universiti-universiti yang lain > juga. Usaha membentuk jaringan bertujuan membanteras > dadah di universiti amat baik dan harus dicontohi > oleh BPR juga untuk memperbaiki sistem pentadbiran > universiti. > > > > Hal ini bukanlah susah untuk dilaksanakan. Di mana > ada kemahuan, di situ ada jalan. Jikalau kita boleh > beri �kuasa� kepada masyarakat untuk menangkap > peragut suatu masa dulu, hal ini pasti boleh > dilakukan juga. Pokok asalnya bermula dengan azam. > Apa yang penting, ledakan semangat anti-dadah dan > anti rasuah perluluah disegarkan kembali dan > dikembang suburkan di dalam jiwa anak-anak muda. > Paling penting, dokongan massa, media > dan marhaen perlu dilipatgandakan untuk memerangi > korupsi, rasuah, dadah dan penyelewengan. Setiap > unit masyarakat terpencil seperti gerakan mahasiswa, > kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun, akhbar > dan media perlu bergerak dalam lingkungan kemampuan > mereka sendiri. Jika keinginan kerajaan > yang ingin membanteras rasuah dan dadah tidak > didokong oleh rakyat bawahan, cita-cita negara tidak > membawa kepada peningkatan. Sepertimana halnya dadah > yang sering diperdebatkan saban minggu di dalam > acara Debat Perdana, rasuah korupsi juga gagal > dibanteras jika kita cuma memandang urusan itu > terpundak di atas BPR sahaja sementara dadah itu > urusan Pemadam dan Pusat Serenti semata-mata. > Ibnuamir al-Pendangi,Tunjungan School of > Thought,Surabaya, Jatim, Indonesia.+6281615094408 > > > > GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah > badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan > penulisan berterusan untuk memasarkan idea > pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk > agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & > modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; > 2-011-02-029707-5 > > > > > > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam > protection around > === message truncated === __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Give the gift of life to a sick child. Support St. Jude Children's Research Hospital's 'Thanks & Giving.' http://us.click.yahoo.com/lGEjbB/6WnJAA/E2hLAA/1dTolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ------------------------------------------------ ADIL-Net will remain a Free Forum until further notice. Disclaimer: The opinions and views posted are not necessarily that of the list owner's or ADIL's -------------------------------------------------- Send a blank e-mail to: [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
