Penubuhan Kelab BPR di IPT � Rancangan Jangka Panjang Anti-Rasuah
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tekad beliau memerangi rasuah akhir April lalu dalam Forum Integriti dan Etika Dunia 2005 di Institut Integriti
Dalam mana-mana negara, agenda kerajaan tidak berjaya apabila tiada dokongan rakyat. Pentingnya hal ini, kata beliau, apabila negara mungkin berdepan dengan risiko kehilangan pelaburan luar negeri akibat lumpuhnya kepercayaan pelabur ke atas negara yang bergelut dengan masalah korupsi.
Kedudukan rasuah negara di peringkat antarabangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara bahkan ia makin meningkat semenjak sembilan tahun kebelakangan ini bermula tahun 1995 hingga 2003 berdasarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International.
Dalam kalangan 41 buah negara yang dikaji pada tahun 1995,
Oleh itu, Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April tahun lalu. Sasaran pertama - mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan dengan objektif: �Menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata menjelang 2008, sekali gus mengubah kedudukan ke-37 daripada 133 buah negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke-30.�
Sementara itu, sasaran kedua bermatlamat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam � mengatasi masalah birokrasi, PIN menggubal indeks persepsi awam di mana skor 1.0 (terbaik) dan 5.0 (terburuk). Untuk agensi perkhidmatan sektor Kerajaan, skor harus diturunkan agar ia berada di bawah paras 2.5 mata.
Dari itu, bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit Negara dan lain-lain maklumbalas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan serta saluran aduan yang lain mesti dilakukan dengan bertanggungjawab.
Oleh itu, hubungan masyarakat dengan agensi-agensi di atas perlu dieratkan agar wujud rasa kekitaan sehingga terbina kepercayaan itu. Dalam forum itu, Perdana Menteri berkata, perangkaan BPR mengenai peningkatan aduan sebanyak 17 peratus antara 2003 hingga 2004 menunjukkan keyakinan khalayak ke atas program membasmi rasuah ini.
Namun begitu, dari sudut yang lain, agak menyedihkan apabila satu penyelidikan yang bertajuk Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia (2002) mendedahkan cuma 13.7 peratus pelajar atau responden yang menghadiri beberapa program Pendidikan Masyarakat anjuran BPR. Sebenarnya, mahasiswa inilah yang menjadi aset utama dalam membahaskan pelan bertindak untuk memerangi gejala rasuah dan penyelewengan.
Hal ini kerana, sekiranya mereka tidak ghairah membincangkan agenda kerajaan ini, maka di masa depan dikhuatiri, tiada lagi generasi pelapis yang akan membangkitkan keprihatinan ini di masa depan. Sikap bencikan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan undang-undang, pembaziran perlu disemaikan semenjak kecil melalui institusi kekeluargaan, sekolah sehingga yang paling tinggi; universiti.
Oleh itu BPR perlu mewujudkan Kelab BPR dalam IPT seperti langkah Pemadam menubuhkan Kelab Pemadam di USM dan seluruh IPT lain. Moga-moga melalui cara ini, mahasiswa dan generasi masa hadapan lebih mahir mengendalikan masalah dadah serta rasuah yang berkembang secara berleluasa di dalam masyarakat kita.
Seterusnya, kuasa melakukan siasatan boleh diturunkan kepada mahasiswa untuk membantu tugas BPR menyiasat kakitangan IPT yang terlibat dengan rasuah. Terdahulu, sebuah akhbar telah melaporkan kira-kira 128 kes penyelewengan di sebuah IPT. Namun, ada kemungkinan, lebih daripada sebuah universiti yang terlibat dalam gejala ini. Dilema ini wujud di mana saja. Oleh itu, penyelewengan di semua IPT perlu juga disiasat.
Tunjuk ajar mengenai bagaimana mengesan pengaliran wang universiti dan cara-cara kenaikan pangkat pegawai dan pensyarah universiti mungkin boleh menjadi tugasan utama ke atas mahasiswa yang berminat dalam penyiasatan ini sebagai permulaan.
BPR pula mungkin boleh merencanakan setiap bulan satu universiti dan sebuah sekolah untuk memberi penjelasan mengenai kaedah-kaedah menyiasat penyelewengan dan sebagainya. Sementara kempen anti rasuah perlu digerakkan segera oleh BPR di kalangan mahasiswa untuk disuburkan ke dalam jiwa generasi muda.
Rencana ini mesti berterusan hingga menghasilkan mahasiswa yang terlatih dalam hal ini. Keistimewaan turut diberikan terhadap ahli Kelab BPR untuk berkhidmat dengan BPR ketika tamat pengajian. Masa akan jimat kerana mereka telah diberikan latihan awal. Latihan tentera ala Wataniah, Palapes, Rotu dan lain-lain diberikan kepada mahasiswa, malah Khidmat Negara telah diberi kepada pelajar, maka tentulah tidak sulit menajamkan potensi mahasiswa dengan aktiviti BPR dan menyusun perkumpulan anti rasuah di IPT.
Jika perlu, kursus-kursus khas perlu dianjurkan semasa cuti semester di universiti. Atau ketika melakukan operasi semasa cuti semester, pelajar yang menjalankan siasatan perlu dilindungi undang-undang. Menyentuh soal perundangan, adalah disyorkan supaya sebuah mahkamah khas untuk mengadili pesalah laku rasuah dan penyelewengan perlu diwujudkan bagi mempercepat proses pengadilan mereka yang terbabit. Sementara istilah �politik wang� perlu diubah kepada �rasuah� agar tidak mengelirukan takrifan umum.
Forum anjuran IIM dan lain-lain lembaga itu menghimpunkan kira-kira 200 pakar dalam pelbagai bidang pencegahan rasuah di pelbagai peringkat. Dengan itu, limpahan tenaga pakar ini dapat membimbing pelajar dan mencurahkan idea dalam melatih pakar-pakar membasmi rasuah masa depan. Semoga dana RM760,000 daripada UNDP itu dapat juga diperuntukkan untuk menyemai tunas baru yang kental memerangi korupsi.
Pengalaman di negara jiran mungkin boleh dijadikan pedoman. Ramai mahasiswa di
Ringkasnya, tenaga dan pemikiran mahasiswa dan anak muda perlulah disegarkan sentiasa dengan forum-forum anti rasuah dan penyelewengan supaya matlamat kerajaan ke arah melahirkan bangsa
Ibnuamir al-Pendangi,
-------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.geocties.com/jutawan_fakir28/prepaid.htm
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
