http://www.geocities.com/jutawan_fakir28/prepaid.htm
-------------------------------------------------------------------------------------------
Balada Hari Guru
Apa khabar sekaliannya guru?
Walau di mana cikgu semua berada,
Yang di sekolah namanya guru,
Kalau di universiti bergelar pensyarah.
Apa-apalah, bukankah itu cuma
Kalau guru itu bertaraf �pemimpin�,
Di sekolah rendah dilantik guru besar,
Di sekolah menengah bertakhta pengetua,
Di IPT dinobatkan sebagai NC atau Rektor,
Apa-apalah, asalkan �pemimpin� dunia pendidikan.
Izinkan kami bertanya beberapa perkara,
Soalan-soalan ini memang tidak masuk periksa,
Tapi menyangkut makna hidup di alam semesta,
Inilah persoalan yang tak sempat kami tanya �
Cikgu Ramlan yang kami hormati,
Kami masih ingat sabdaanmu pada suatu hari,
�Belajarlah dengan ikhlas dan jadi warga yang baik�,
Tapi, adakah guru-guru �ikhlas mengajar� anak bangsa?
Sejak barah pengangguran merebak kini,
Lantaran mustakbirin gagal mengurus tenaga kerja,
Ramai mahasiswa yang memohon masuk KPLI,
�150 �CV�ku di fabrik ditolak mentah,� kata Rozaidi,
�Padahal aku mampu berbahasa pelat Mat Saleh,
cuma perlu lebih masa agar mahir berbahasa Tionghua,
untuk kerja di kilang perusahaan dan fabrik ternama,
Rozaidi, anak murid cikgu dahulu yang bijak bistari,
Berkata kepada kami di suatu hari yang kelam dan suram,
Wajahnya merah padam bersalut duka, bermuram durjana,
�Jadi,� kata Rozaidi, �aku tiada pilihan,
dari terus menganggur, baiklah jadi guru,
aku cuma mahu jadi �seseorang� macam cikgu Halimah kata�
�Apakah guru bukannya �seseorang�?� kami bertanya kepadanya,
Dia merengus marah lalu kami ingin apung pertanyaan,
Adakah dia ikhlas menjadi guru yang menentukan,
Garis-garis besar haluan kehidupan anak bangsa,
Atau dia cuma mencari haluan hidupnya sendiri?
Cikgu Halimah yang baik budi,
Katamu dulu masih kekal dalam sanubari,
�Jadilah doktor, lawyer atau magistrate,
atau Nyonya Mansor enggan bermenantu,
kelak masyarakat juga berkata begitu,
tapi, kalau tegar benar mahu jadi penyanyi,
Jadilah macam P. Ramlee dan lain-lain pejuang seni,
mengangkat - menjunjung martabat bangsa melalui seni,
bukan untuk periuk nasi, glamour murahan dan publisiti.�
�Bukan begitu,� kata pelajarmu terhandal, Rozaidi,
Penyanyi kini ber�mentor� mentee di televisi,
Mereka berjasa besar mengasuh anak muda menyanyi,
Jadi, cikgu Halimah � apa bicaramu kini?
Guru Besar cikgu Basar yang bistari,
Engkau telah lama menasihatkan cikgu Shaari,
�Sudahlah tu cikgu, berhentilah bernyanyi�,
Cikgu Shaari tersipu malu lalu mengerti,
Moral dan akhlak guru harus terpelihara,
Jangan sampai cacat tercela.
Tapi apahalnya pula dengan universiti kini?
Dengan �idol-idol�nya yang cantik �bistari�?
Kalau siswa-siswinya menyanyi tak apa lagi,
Tapi, kalau mustakbirin IPT tumpang sekaki,
Bahkan dia yang anjurkan sekali,
Siapakah yang berani bersuara lagi?
Ustaz Ghazali yang kami sanjungi,
Pekan lalu kita bersama menentang Maulid Nabi,
�Nabi tak suruh kita buat hal ni, Bid�ah!�, katamu,
Roslan, anak usrahmu dari Mesir berbisik ke telingaku,
�Sekarang anak muda jauh dari penghayatan agama,
Rasulullah dan mujahid bukan lagi idol mereka,
apa salahnya meletakkan Baginda sebagai idola?
ah! Kalau idol di tv bukannya mahu diganyang,
kalau idol maulid, memang kita sanggup berperang.�
Ah! Ustaz, bagaimana sekarang ini? Keliru kami,
Tapi, hujah muridmu itu masuk dek akal, menarik sekali.
Cikgu Ramlan yang kami hormati,
Berbalik mengenai keikhlasan mengajarnya, si Rozaidi
Kami punya teori mengenai Pendidikan dan Revolusi,
Bahawa pendidikan itu akan hanya direvolusi dengan jaya,
Pabila murid yang ikhlas dididik mahagurunya yang ikhlas,
Mereka umpama Socrates, Plato, dan lain-lain di Yunani,
Juga seperti Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim al-Jauzi,
Imam Malik gurunya dan Imam as-Shafie muridnya,
Atau al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.
Wahai sekalian guru yang ikhlas,
Jangan sesekali biarkan anak murid yang ikhlas,
Dipimpin mustakbirin yang tidak ikhlas memimpin,
Katanya mahu memberantas rasuah dan korupsi,
Tapi, masih ada mak menteri yang memanjat kabinet tinggi,
Dalam debat, kononnya mahu membasmi dadah dan narkoba,
Tapi, yang dipertontonkan di tv sekarang ini ---
Bola - narkoba, korupsi - kabinet tinggi, mana lebih utama?
Kenapa mereka tidak berani menghormati agenda suci sendiri?
Adapun murid yang tidak ikhlas berjumpa guru yang ikhlas,
Seperti hikayat moderen dalam filem Dead Poets Society,
Hirup ceritanya dalam-dalam sampai khatam, kita jadi mengerti,
Betapa sulitnya mendidik murid memahami demokrasi,
Kerana masing-masing membawa haluan egonya sendiri,
Mahu mendidik mustakbirin IPT menghargai makna demokrasi.
Rugilah umat, setiap murid yang ikhlas adalah aset bangsa,
Adapun pelajar yang tidak tahu apa-apa,
Mereka hakikatnya ikhlas diajar dan ikhlas dipimpin,
Terpulang kita bagaimana mencorak mereka,
Masanya belum terlambat untuk pulang ke pangkal,
Raja alam bertitah, ��yang berjihad pada (keredhaan) Kami,
nescaya Kami tunjukkan jalan Kami.� (29:69)
Ikhlas itulah �ruh� yang menghidupkan amalan,
Mencarinya amat payah, harus disusuli amalan istiqamah,
Seperti saatnya ruh Adam mengelilingi jasadnya,
Memakan waktu ribuan masa, saatnya pasti tiba,
�Ruh� amalan itu a
Amalan sang pendeta guru pasti terbela di akhirat jua.
Kini tibalah saat-saat yang paling celaka,
Pabila guru tidak ikhlas �memerangi� murid yang tidak ikhlas,
Dan masanya sudah tiba � mereka ada di mana-mana,
Berburu di
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.
Saat Nabi Yunus marah meninggalkan kaumnya,
Dia kecewa kaumnya merana, --- ambil iktibar hikayat anbiya�,
Kasih sayang menyebabkan para nabi tidak tinggalkan kaumnya,
Jangan merajuk tinggalkan kelas, kalau muridnya �mengganas�,
Kerana Tuhan sendiri berfirman mentakrifkan Diri,
�Sekalian yang ada memujilah Allah; �Murabbi� Alam,
Dia Maha Pengasih dan Penyayang� (1:1 � 2)
Tuhan maha penyabar dan tidak pernah bosan,
Kerana cinta, Dia menunggu masa si hamba bertaubat,
Mengintai dosa hambaNya sepanjang zaman di balik tirai awan,
Tuhan, berlaku adillah kepada si zalim, penindas dan pemeras,
Yang pinjamkan hutang, lalu mengugut dan menggertak pelajar,
Tetapi, jangan sesekali berlaku adil kepada kami,
Dengan keadilanMu, kami tidak layak meraih keredhaanMu,
Berikan kasih sayangMu, kami terhindar dari segala petakaMu.
Cikgu Rohani yang cantik rupawan,
Kami belajar dan tak pernah melawan,
Ingatkah hadiah kami menjelang Hari Guru?
Sejambak kalungan bunga mesra bertatah permata?
Kami mengucapnya dengan iringan timbunan hadiah,
Muridmu riang mengendongnya ke bontot kereta,
Izinkan kami bertanya, adakah cikgu pernah lafazkan,
Selamat Hari Pelajar kepada murid-muridmu di sini?
Oh, ya! Kami terlupa, mana ada Hari Pelajar?
Mustakbirin tidak isytihar dalam taqwim saban tahunan �
Guru-guru, maafkan aku dan rakan seperjuangan,
Yang makan sepinggan, minum secawan,
Celupar bahasa bukan sengaja,
Tapi sememangnya �tersengaja�,
Kononnya kata seorang mantan pak menteri,
Melayu itu kalau mahu berterusan maju,
Bibir bukan saja harus mekar merah delima,
Tapi, harus berapi, mengasapkan suara ke angkasa,
Dan lantang kurang ajar tidak mengira sesiapa,
Kata merekalah � bukannya kata kita.
Kami hanya menambah khazanah ilmiah kita,
Bak pepatah-petitih Melayu Baru Era-Pasca,
Marah anak sindir menantu - marah guru sindir penguasa,
Sayang anak tangankan, sayang isteri tinggalkan,
Sayang guru, marakkan sentimen, apikan-apikan,
Sayang penguasa, berhimpun di jalanan, demo-demokan,
Tutup semua tirai indera dan fahami isyarat tersirat sahaja.
Ibnuamir al-Pendangi
Tunjungan School of Thought.
16 Mei 2005,
� Nota: Segala nama-nama yang disebut di atas, tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Jika ada, hal itu terjadi secara kebetulan sahaja.
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
Yahoo! Mail Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ADIL-Net/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
