--



--- On Sat, 25/10/08, Saiful Ronan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Saiful Ronan <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [sabul2u] WANITA DAN BUAH DADA..BACA WAHAI WANITA
To: "Sabul" <[EMAIL PROTECTED]>, "Blalang" 
<[EMAIL PROTECTED]>
Date: Saturday, 25 October, 2008, 6:14 PM

DUNIA 
Kopi buat payu dara kecut

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu 
mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh 
menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya. 

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih 
banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. 

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka 
ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka 
diukur. 

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa 
dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari 
sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka. 

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. 
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen 
yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka. 

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata 
Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian 
berkenaan. 

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut 
dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi 
tidak terus menghilang," katanya. 

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum 
kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap. 
"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan 
ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka." 

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus 
saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan 
sehari. 

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, 
kata saintis berkenaan. 

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah 
kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. 
- Agensi 

__._,_.___ 

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Anda menerima pesan ini karena berlangganan ke Grup "aga-madjid" Google
Groups.
Untuk memposting ke grup ini, kirimkan email ke
[email protected]
Untuk bergabung dengan grup ini, kirim email ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk keluar dari grup ini, kirim email ke
[EMAIL PROTECTED]
Untuk pilihan lain, kunjungi grup ini di
http://groups.google.co.id/group/aga-madjid?hl=id
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke