sifat-sifat ahli surga

Firman Allah swt.

"Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan,
apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada
mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu,
masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya."(Surah az-Zumar, ayat
73).

Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah
sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini
tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan
semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap
sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat
melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan
putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap
dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan
minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.

Nabi saw bersabda "Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu
pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah
kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah,
di mana beliau berkata: ?Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu
yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu
lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa
Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah
seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.? (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).

Syurga bukanlah tempat kotor,maka syurga hanya ada untuk kerja makan dan
minum,tiada kencing,tiada berak hatta hingus pun tiada,bahkan tempat nak
ludah pun tiada.Bahkan semua makanan itu akan menjadi peluh dan
mengeluarkan bau semacam kasturi,maka bersuka-suka lah ria dengan
isteri-isteri dan gundik-gundiknya.

Nabi saw bersabda"Awal-awal masuk syurga ialah itu adalah atas rupa,muka
mereka macam bulan penuh purnama dan tiada mereka itu berludah-ludah dan
mengeluarkan air liur dan tiada buang hingus,berak dan kencing,bahkan semua
makanan yang dimakan dan minuman akan menjadi peluh,bermula bejana(bekas
air) daripada emas,,sisir(sikat) mereka daripada emas dan perak,dan
peresapan mereka itu daripada aluah,dan peluh mereka itu berbau kasturi dan
tiap-tiap ahli syurga ini masuk kedalam syurga ada 2 isteri (daripada
wanita2 dunia)dan lain daripada gundiknya.2 isteri itu akan boleh dinampak
anak tulang betih,daripada luar dagingnya daripada segak dan cantiknya,dan
tiada berselisih fikiran diantara isteri2 (tiada perasaan cemburu diantara
mereka berdua)dan tidak bermaki2,tidak memarah2,tidak benci2 bahkan masing
dalam keadaan sukacita mengikut darjat masing2.dan mengucap mereka
itu(peghuni syurga)tasbih(subhanAllah) pagi dan petang,bukanlah
diberati,bahkan bersedap2 saja(seperti menarik nafas keluar masuk dalam
badan)".(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga
seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya
bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai
dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar
kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah." (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahli syurga itu cukup bagus dan cantik di jadikan Allah.Tidak ada orang
yang masuk syurga itu hodoh dan buruk rupanya semacam di dunia.Jika kita
ada kecacatan di dunia,segalanya kecacatan ini,apabila kita memasuki
syurga, Allah swt akan tukar dengan yang baik.Dan muka semacam bulan
purnama dan badan itu puteh hening,sampai nampak otot dalam tulang,dan
berpakaian dengan pakaian emas seperti bergelang tangan,bermegah dengan
mahkota dan sebagainya.Oleh sebab itulah,kita tidak boleh mengambarkan
kerana,tiada contoh bandingnya di dunia.

Di dalam al-quran dan al-hadith memberikan gambaran tentang syurga,tetapi
pada hakikatnya,ia lebih lagi,kerana itu merupakan gambaran sahaja.Adapun
barang yang tidak pernah terlintas hati,tidak pernah di dengar oleh telinga
dan tidak pernah di lihat oleh mata,semua ini ada dalam syurga.

Nabi saw bersabda"Jika barang yang di buang oleh penghuni syurga,nescaya
terhias baginya pihak antara barang segala7 petal langit dan bumi,Jikalau
penghuni syurga itu terbit ke keluar(di dunia)zahir dia akan segala
gelang2nya,maka terpadamlah cahaya matahari,sebagaimana matahari memadamkan
cahaya bintang2".(Riwayat Tirmizi bertaraf gharib)

Firman Allah swt

"Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan
baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya,
sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan
sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh
segala macam buah-buahan." (Surah Muhammad, ayat 15).

-- 
you have this email because you join to "aga-madjid" GoogleGroups.
to post emails, just send to :
[email protected]
to join this group, send blank email to :
[email protected]
to quit from this group, just send email to :
[email protected]
please visit to www.facebook.com/aga.madjid,
add my Yahoo Messenger at [email protected] or
add my twitter @aga_madjid
thanks for joinning this group.

Kirim email ke