Satu lagi projek kerajaan Barang Naik.
Hukuman penjara terhadap Ahmad Hafizal (remaja bawah
umur) kerana tidak hadir PLKN adalah tindakan sistem
Kominis.
Kerajaan Kominis menakut-nakutkan rakyat agar akur
segala kehendak nafsu mereka dengan berbagai ugutan
yang luar biasa.
Semasa perkara itu berlaku Ahmad Hafizal masih bawah
umur (juvenile).
Kalau dia melakukan kesalahan dia harus dibicarakan di
Mahkamah Juvenile, bukan di Mahkamah Majistret.
Dia tidak layak dipenjarakan atas apa juga alasan.
Yang tidak hadir PLKN beribu-ribu, termasuk anak Datuk
dan Tan Seri, mengapa Ahmad Hafizal yang disiksa ???
Hanya kerana dia anak orang miskin, bukan anak
penyamun BN seperti Mahathir, Dollah atau Najib.

Remaja gagal hadiri PLKN kena penjara 
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20050510233846/Article/

KANGAR: Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja
pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah
kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) pada Julai tahun lalu. 
 
Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan
Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14
hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Bagaimanapun, disebabkan kesempitan hidup, Ahmad
Hafizal yang mengambil upah membuat bendang untuk
menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk
menjalani hukuman penjara. 

Ahmad Harizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa
ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta
Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh
dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama
enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Dia didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh
9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem
Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004.

Berseluar jean, berbaju T biru dan berselipar, Ahmad
Harizal yang mulanya tenang ketika hukuman dijatuhkan,
kelihatan agak sebak ketika dibawa polis untuk
dihantar ke penjara. 

Walaupun sudah dijatuhkan hukuman, Ahmad Harizal,
masih perlu mengikuti PLKN seperti diperuntukkan
mengikut Seksyen 18 (2) akta yang sama. 

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad berkata, beliau
membuat keputusan itu selepas mengambil kira latar
belakang tertuduh yang terpaksa bekerja untuk
menanggung dua adik dan ibunya.

“Walaupun datang daripada keluarga miskin, kamu tidak
seharusnya membelakangkan arahan kerajaan yang
mewajibkan setiap remaja lepasan sekolah menjalani
PLKN.

“Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk
menyediakan PLKN bertujuan membentuk sahsiah dan
menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.

"Saya berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada
remaja lain supaya tidak memandang ringan arahan
kerajaan apabila diminta menghadiri PLKN," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norfiza
Mohamed Noordin.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, menerusi
Pegawai Akhlak, Wan Shuhairee Wan Salim, turut
mengemukakan laporan kepada mahkamah yang mengesahkan
Ahmad Harizal daripada keluarga miskin.

Dalam rayuannya, Ahmad Harizal meminta mahkamah
meringankan hukuman kerana keluarganya miskin dan
perlu bekerja untuk menanggung dua adiknya yang masih
bersekolah.

Anak kedua daripada empat beradik itu juga mengakui
tidak menyedari bahawa kegagalan menghadiri latihan
PLKN sebagai satu kesalahan. 

Beliau tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai
seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang
lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya. 

Sementara, Norfiza dalam hujahnya berkata, walaupun
miskin, Ahmad Harizal tidak terlepas daripada
menjalani PLKN seperti yang diwajibkan kepada remaja
lain.

Katanya, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal
sebagai pengajaran kepada remaja lain supaya tidak
sewenang-wenangnya mengingkari arahan kerajaan.




                
Discover Yahoo! 
Stay in touch with email, IM, photo sharing and more. Check it out! 
http://discover.yahoo.com/stayintouch.html


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to