Kominis BN yang menguasai Malaysia dengan rasuah dan penipuan terus mengali lubang untuk menutup lubang Barang Naik dll.
Memenjarakan budak bawah umur dan miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, kerana tidak menghadiri PLKN pada Julai tahun lalu ada banyak tujuan jahat BN, antaranya: 1.) Tindakan Hakim yang menganggap tugas terhadap negara lebih besar daripada tugas terhadap keluarga adalah salah satu slogan utama KOMINIS. 2.) Isu ini dihebohkan supaya rakyat terlupa kejahatan BN yang lalu terutamanya rasuah, munafik Islam Had-ada-hari dan Barang Naik. 3.) Mahu memastikan semua orang muda terpaksa jadi ahli Putera UMNO atau Puteri UMNO. 4.) BN suka rakyat miskin dan papa seperti Ahmad Hafizal supaya senang disiksa dan dipaksa akur segala kehendak buas BN. 5.) BN akan terus berkuasa dengan penipuan, kezaliman dan kejahatan yang lebih dahsyat. Tindakan terhadap peserta PLKN bukti kezaliman BN oleh: izzuddinqassam "TV3 pada malam ini menjadikan tindakan kerajaan terhadap peserta PLKN yang dikenakan tindakan penjara 14 hari kerana tidak mengikuti program tersebut sebagai berita utama.Tindakan tersebut yang pada kacamata penulis merupakan satu tindakan yang zalim dan mencemarkan imej Pak Lah yang membawa gagasan Islam Hadhari.Pihak polis yang bertindak menggari remaja tersebut dilihat seolah-olah beliau telah melibatkan diri dalam jenayah seperti merompak atau merogol telah menjatuhkan maruah dan memalukan beliau. Setelah melihat sendiri dalam TV penulis mendapati remaja tersebut datang dari keluarga yang miskin.Beliau tidak hadir program tersebut kerana terpaksa menjaga ibu di rumah.Tindakan beliau yang memilih penjara 14 hari daripada membayar RM600 membuktikan perkara ini. Kita semua maklum PLKN merupakan satu program untuk 'BRAIN WASH' pemuda-pemudi negara ini supaya berfikiran sekular.Program tersebut juga dipenuhi dengan maksiat dengan bercampur bebas lelaki dan perempuan.Kejadian rogol dan pergaduhan dikalangan peserta yang berlaku menbuktikan perkara ini. Peserta-peserta juga semakin liar setelah pulang dari program itu.Ini menunjukkan secara jelas PLKN adalah gagal menerapkan nilai Islam malah merosakkan akhlak mereka. Bagi penulis tindakan Hakim yang menganggap tugas terhadap negara lebih besar daripada tugas terhadap keluarga adalah satu kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh orang berpendidikan seperti beliau. Apakah kita patut taat pada kerajaan HADHARI yang didalamnya penuh dengan maksiat,rasuah dan penipuan.Apakah Kerajaan ini mampu membentuk akhlak remaja kita dengan program seperti ini? Penulis amat berharap pemuda PAS menyediakan peguam untuk menolong remaja ini.Inilah masanya untuk kita dedahkan kepada rakyat siapa sebenar UMNO dan BN. Kalau sebelum ini kita melihat bagaimana pemimpin UMNO dan BN mempertahankan Jeslina Hashim dan rakan mereka yang ditahan JAWI kerana mengadakan pesta maksiat di disko THE ZOUK.Padahal merekalah sebenarnya yang lebih berhak untuk digari dan dikenakan tindakan mahkamah atas perilaku mereka yang memalukan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hanya mereka yang buta mata hatinya saja akan terus menyokong UMNO dan BN. " __________________________________ Do you Yahoo!? Make Yahoo! your home page http://www.yahoo.com/r/hs ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/