Kalau MT UMNO pun tanpa segan-silu menipu UMNO, apa lagi besar penipuan dan rasuah mereka kepada pihak lain. Mungkin penipuan adalah halal dalam syariat Islam Had-ada-hari ... Guru Nanak mungkin tahu jawapannya.
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ AJK Cawangan Buat Laporan Polis Dedahkan Konspirasi MT UMNO? Kuala Lumpr, 6 November 2007: Johari Ismail, 49, seorang ahli UMNO dari Segamat, Johor, membuat laporan polis mengenai Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah, di Balai Dang Wangi, di sini petang tadi. Laporan Johari memfokus kepada dakwaan wujudnya unsur konspirasi melakukan jenayah politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku mantan Presiden UMNO. Johari yang berada di balai tersebut dari 4.25 hingga 6.15 petang, dipetik oleh blog rockys bru sebagai berkata bahawa beliau membuat laporan itu atas kapasitinya sebagai ahli UMNO. Johari juga dipetik sebagai berkata, beliau tidak dipengaruhi atau disokong oleh mana-mana pemimpin untuk bertindak membuat laporan berkenaan. Laporan Polis yang dibuat oleh Johari (disiakan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan) adalah seperti berikut: Pada Khamis 28 August 2006, jam 300 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMNO, Ibu Pejabat UMNO, Tingkat 38, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah diadakah sebuah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Dalam mesyuarat itu, Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas telah membincangkan secara terperinci usaha menggagalkan mantan Presiden UMNO, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Mesyuarat Agung UMNO 15-17 November 2006, dalam pemilihan Perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006 di Jitra, Kedah. Dalam perbincangan ini, turut dirakamkan tugasan tugasan yang ditanggung jawabkan kepada beberapa ahli MKT UMNO untuk laksanakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Setelah menyedari Minit Mesyuarat pada 28 Ogos itu mengandungi perbincangan secara terperinci mengenai niat jahat menghalang mantan Presiden UMNO itu dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu, maka Presiden UMNO YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Brig. Jen (B) Dato Hussainay Hashim, Setiausaha Kerja MKT UMNO, mewakili Sekretariat UMNO agar tiga muka surat Minit Mesyuarat tersebut dikecualikan dari Minit Mesyuarat asal. Walaupun ditegur oleh Ahli MKT UMNO YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim kerana perbuatan mengecualikan sebarang maklumat dari Minit Mesyuarat yang telah direkod dan sediakan itu sebagai menyalahi peraturan mesyuarat, namun begitu Presiden UMNO masih berdegil. Maka arahan itu dilaksanakan dan Minit Mesyuarat rasmi pada MKT UMNO 28 September 2006 telah mengecualikan tiga helai muka surat asal mengenai perbincangan mengenai usaha mengagalkan pemilihan mantan Presiden UMNO sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006. Oleh demikian, kerana MKT UMNO telah mengesahkan satu Minit Mesyuarat pada 28 September 2006 yang telah diubah suai, maka Saya minta siasatan dibuat kerana ini jelas melanggar peraturan mesyuarat dan ujud unsur konspirasi melakukan jenayah politik kepada mantan Presiden UMNO. Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, jika tindakan itu benar-benar berlaku, implikasinya kepada Perhimpunan Agung UMNO 2006 adalah serius. Pada tahun lalu juga, beberapa ahli UMNO Kubang Pasu dikatakan telah membuat bantahan mengenai kes yang membabitkan Tun Dr Mahathir kepada jawatankuasa disiplin UMNO Malaysia. Bagaimanapun, bantahan yang dipercayai disertakan dengan kenyataan bersumpah (affidavite) itu telah ditolak oleh jawatankuasa disiplin UMNO Malaysia. oleh Datuk Ruhanie Ahmad (mantan Ahli Parlimen Parit Sulong) __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
