Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Kita mesti teruskan memberi tekanan. 
Bantu kami bagi menghentikan kebobrokan ini. Jadilah sebahagian daripada 
sejarah. Sertai kami dalam menjalankan tanggungjawab anda bagi Menyelamatkan 
Malaysia dan memulihkan hak-hak kita ke arah pilihanraya yang bersih dan adil 
supaya kita mempunyai wakil rakyat yang benar-benar menjadi pilihan majoriti 
manakala pihak berkuasa pula tidak lagi melayan kita seperti apa yang kita 
diperlakukan sekarang.



Apa?

Gelombang Kuning ialah sebahagian daripada kempen BERSIH (Gabungan Pilihanraya 
Bersih dan Adil) untuk reformasi system pilihanraya. Bagi menyokong kempen ini, 
pakai barangan berasaskan kuning setiap hari sehingga tibanya hari yang 
ditunggu-tunggu yakni Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH pada Sabtu 10 November 
2007. Sematkan riben kuning pada baju anda. Pakai tali leher atau tudung 
kuning. Bawa payung kuning. Ikatkan riben kuning di antenna atau cermin sisi 
kereta anda. Ikatkan riben kuning di motosikal anda. Ikatkan riben kuning di 
lengan. Lukiskan pipi anda kuning seperti peminat bolasepak. Anda juga boleh 
warnakan rambut anda kuning. Tidak ada had dalam apa yang boleh anda 
lakukan...jadilah seorang yang kreatif!



Mengapa?



BERSIH percaya proses pilihanraya kita yang tempang ini menjadi punca utama 
kepada kebobrokan system politik, pentadbiran mahupun kehakiman di Malaysia. 
Dibelakangi oleh lebih 67 NGO dan lime parti politik. BERSIH menuntut segera:

·         Penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda

·         Pemansuhan undi pos bagi anggota polis dan tentera

·         Pembersihan senarai pemilih bagi mengatasi penipuan semasa 
pendaftaran pengundi

·         Akses media yang adil kepada semua calon dan wakil-wakil mereka 
semasa pilihanraya

Di Mana & Bila?



Di mana-mana dan bila-bila sahaja.



Upacara Kemuncak:

Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH

    10 Nov 2007
    3pm
    Dataran Merdeka



Untuk keterangan lanjut dan tempat bagi memperolehi cenderamata BERSIH, 
bersih.org atau hubungi kami di talian 03-79806571. 

We can't go back now. We have to keep pushing. Help us to stop the rot. Come be 
a part of this historic event! Join us in doing your bit to Save Malaysia and 
reclaim our right to clean and fair elections, so that we are TRULY represented 
and the authorities can no longer do exactly what they like and treat us badly. 



What?

The Yellow Wave is part of the BERSIH (Coalition for Clean and Fair Elections) 
campaign for electoral reform. To support the campaign, wear a yellow item 
everyday from now till the big day, the BERSIH Peaceful People's Gathering, on 
Saturday, 10 November 2007. Wear a yellow ribbon on your shirt. Wear a yellow 
necktie or scarf. Bring a yellow umbrella. Tie a yellow ribbon on your car's 
antenna or side mirrors. Tie a ribbon on your bike. Wear a ribbon on your arm 
as an armband. Paint your cheeks yellow like football fans. Or if you're a 
diehard supporter, dye your hair yellow. There is no limit to what you can 
do.... be creative! 

Why?

BERSIH believes that our flawed electoral process is a core cause for exploding 
political, administrative and judicial rot in Malaysia. Made up of over 67 NGOs 
and 5 political parties, BERSIH presses for these immediate reforms: 

      * The use of indelible ink to prevent multiple voting
      * The abolition of postal voting for the armed forces
      * A thorough cleanup of the electoral roll to eliminate fraudulent 
registrations 
      * Fair and equitable access to the media

Where & When?

Anywhere. Anytime.
 
The Grand Finale:

    BERSIH People's Gathering
    10 Nov 2007
    3pm
    Dataran Merdeka 

For more info and where to get BERSIH merchandise, check out bersih.org or call 
us at 03-79806571. 




[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to