Apakah ini satu lagi plot sandiwara UMNO/BN untuk menarik pengundi bukan Islam, menjelang Pilihanraya Umum ???
Seorang Hakim Mahkamah Syariah yang dituduh rasuah RM5,200, dibicarakan di Mahkamah Sesyen, di hadapan Hakim Tan Hooi Leng. Penghinaan kepada Islam dan Umat Islam. Mahkamah Islam di adili oleh Mahkamah Kafir. Jerung Eric Chia yang songlap berbillion RM dibebaskan. Jerung Samy Velu yang sapu berbillion RM aman bahagia. Jerung Ling Liong Sick yang sapu berbillion RM aman sentosa. Jerung Mahathir yang sapu berbillion RM aman bahagia. Jerung Dollah Badui yang sapu berbillion RM aman bahagia. Jerung Najib yang sapu berbillion RM aman bahagia. Jerung Rafidah, Toyo, Adnan Tengku Celup dll yang samun berbillion RM hak rakyat aman bahagia. MORAL: Jadilah Jerung RASUAH yang besar untuk hidup selamat dan bahagia di Malaysia Boleh !!! http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hadapi 5 tuduhan rasuah Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI IPOH 20 Nov. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September lalu. Difahamkan beliau adalah hakim mahkamah syariah pertama di negara ini yang didakwa atas pertuduhan rasuah. Dalam kesemua tuduhan yang dihadapi, Hassan Basri, 53, didakwa meminta dan menerima suapan daripada individu yang sama iaitu Mohamad Imran Abdullah yang bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan satu kes melibatkan seorang pengusaha pusat hiburan dan dua kes poligami. Bagaimanapun, Hassan Basri yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan. Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng kemudiannya membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan. Perbicaraan ditetapkan selama dua hari pada 31 Mac tahun depan. Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Nordin Hassan dan Mohamad Sinti manakala peguam bela, S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili Hassan Basri. Mengikut tuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta rasuah sebanyak RM3,000 daripada Mohamad Imran sebagai dorongan untuk melepaskan wang ikat jamin kepada seorang pengusaha pusat hiburan, Yoong Hor Kit yang terlibat dengan lima kes jenayah syariah. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Restoran Wawa, Tambun pada pukul 8.15 malam, 15 Ogos lalu. Bagi tuduhan itu, dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tuduhan seterusnya, dia didakwa menerima wang tunai sebanyak RM3,000 bagi melepaskan jaminan kepada Hor Kit dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta di Taman DR. Seenivasagam di sini pada 6 September lalu. Hassan Basri didakwa mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama bagi tuduhan tersebut. Tuduhan ketiga pula, Hassan Basri didakwa meminta suapan sebanyak RM1,100 sebagai dorongan membantu Mohamad Asri A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. Seterusnya, Hassan Basri dituduh bersetuju menerima suapan wang tunai sebanyak RM1,100 bagi membenarkan Mohamad Asri berkahwin dengan Nor Farihan. Beliau juga menghadapi tuduhan kelima kerana didakwa bersetuju menerima suapan wang tunai RM1,100 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd. Jefri Afandi Ahmad bagi membenarkan lelaki itu berkahwin dengan Nur Liza Musa tanpa melalui prosedur. Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia. Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan. ____________________________________________________________________________________ Never miss a thing. Make Yahoo your home page. http://www.yahoo.com/r/hs Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
