Apakah ini budaya kita...  
oleh Mat Al Jajawi
   
http://www.malaysiakini.com/letters/74975
 
 
‘Berdemonstrasi bukan budaya kita!’ 
Itulah kata yang empunya cerita 
Tapi mereka ini semua sudah lupa 
Ketika menentang Malayan Union atau Kesatuan Malaya 
Dato’ Onn bersama rakyat telah membuat demonstrasi
raksasa 

Kata mereka ‘ini dan itu’ bukan budaya kita 
Adakah politik wang budaya kita? 
Adakah mengambil dan memberi rasuah budaya kita? 
Adakah membantai tahanan sampai separuh mati budaya
kita? 

Adakah berdemonstrasi menentang kuasa luar sahaja
budaya kita? 
Adakah memberi permit berhimpun kepada anak menantu
sahaja budaya kita? 
Adakah mengamal 'double standard' budaya kita? 

Adakah menyembur air berkimia dan pemedih mata budaya
kita? 
Adakah melucutkan kuasa raja budaya kita? 
Adakah merasuah pengundi budaya kita? 
Adakah membawa pengundi hantu budaya kita? 
Adakah menggunakan media awam bagi kemenangan
pilihanraya budaya kita? 

Adakah menghadiah penyapu budaya kita? 
Adakah menggertak rakyat dengan keganasan budaya kita?

Adakah menakutkan rakyat dengan huru hara budaya kita?

Adakah memaki hamun sesama Islam budaya kita? 

Adakah melucut kebebasan mahkamah budaya kita? 
Adakah menahan rakyat tanpa bicara budaya kita? 
Adakah membunuh musuh politik budaya kita? 
Adakah menyekat pergerakan rakyat budaya kita? 

Adakah membuat jenaka lucah di Parlimen budaya kita? 
Adakah menghina wanita dalam Parlimen budaya kita? 
Adakah menghina orang kurang upaya budaya kita? 
Adakah menaikkan anak menantu budaya kita? 
Adakah menutup sebelah mata budaya kita? 
Adakah menangkap bilis, melepaskan jerung budaya kita?


Adakah menyekat pertandingan sihat budaya kita? 
Adakah merahsiakan tarikh pilihanraya budaya kita? 
Adakah mengekang kebebasan SPR budaya kita? 
Adakah ‘gerrymandering’ kawasan pilihanraya budaya
kita? 
Apakah peralat polis meletupkan wanita Monggolia
budaya menteri kita ?



Adakah menumbuk wartawan budaya kita? 
Adakah menghalang pandangan alternatif budaya kita? 
Bukankah menggalakkan bahas di sekolah budaya kita? 
Tetapi mengapa membahas secara sihat di Parlimen bukan
budaya kita? 










      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to