'Saya sekarang Dr Muhammad Leo….'
Oleh: LUKMAN ABDULLAH 

"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah 
jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau 
tertarik memeluk agama Islam. 




Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya 
perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam 
sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun. 




Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada 
tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh 
Iman Besar Negeri Sarawak. 




Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo 
agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun 
akhirnya menjawab juga beberapa soalan. 




Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat 
orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun. 




"Mereka tidak bersama saya…" jawab beliau semasa berbual dengannya di bangunan 
Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam. 




Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana 
ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam. 




Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang 
mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz. 




"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti 
pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya. 




Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan 
ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD. 




Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan 
awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan 
di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers 
Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969. 




Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan 
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976. 




Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan 
Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM 
kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981. 




Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu 
(PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980. 




Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua 
Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat. 




Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah 
Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan 
Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak 
tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998. 




Pada tahun 1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan 
Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan 
memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya. 




Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen 
kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008. 





      

------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to