Debat Anwar VS Shabery: Jadi ke tak jadi ?….tunggu di televisyen anda jam 9
malam ni
SELASA 15 Julai 2008 - Jadi kah debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek ?
Keraguan pembatalan itu memang tidak dapat dielakan berikutan perkembangan
mutakhir kes dakwaan keatas Anwar, kerana beliau tidak hadir beri keterangan
polis petang Isnin.
Prestasi lemah wakil BN dalam Hujah di TV9 pada 10:30 malam juga boleh
menyebabkan UMNO/BN cari alasan membatalkan debat ini. Wakil Pakatan Rakyat,
YB Dr Syed Azman ternyata lebih hebat berbanding YB Razali Ibrahim.
Semua persiapan sudah tersusun rapi bagi debat ala Presidential Debate Presiden
Amerika itu yang dijadual disiarkan secara langsung serentak oleh TV9 ( kalau
menerusi saluran Astro 119 ) ,Astro Awani ( saluran Astro 501 ) dan Bernama TV
( saluran Astro 502 ) tepat jam 9 malam ini.Ia juga akan disiarkan secara
langsung menerusi Radio 24 (93.9 fm).
Pada jam 11 malam ini juga TV3 akan siar semula debat selama satu jam dibawah
tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Satu negara
sedang menunggu untuk melihat pendebat pihak kerajaan dan pihak pembangkang
menegakkan pendirian masing-masing. Pandang dengar dan buatlah penilaian
sendiri. Semoga tidak ada suntingan dan tidak ada skrip...semuanya secara '
live'.
Secara umum ada yang melihat debat ini adalah antara Anwar yang terkenal
sebagai pemidato yang memukau dan Shabery yang baru empat bulan menyertai
kabinet.Ahli Parlimen Kemaman yang cool ini pernah memukau Perhimpunan Agong
UMNO dengan perbahasannya yang menarik.Apakah beliau mampu bersilat dengan
Anwar mempertahankan keputusan kerajaan naikkan harga minyak hingga RM2.70
sekarang sedangkan Penasihat PKR itu kata mampu turunkan harga itu jika
berkuasa.Ini satu tandatanya yang masih berlegar dan bakal terjawab jam 9 malam
nanti, insyaAllah.
------------------------------------
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/