Setelah tersepit akibat kekalahan Pilihanraya ke 12, UMNO cuba guna sentimen 
Islam dan Melayu bagi memujuk PAS masuk Barang Naik.
Khir Toyo mudah lupa dialah yang meruntuhkan Surau/Masjid dan menangkap Ustaz 
yang berceramah Islam.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memulakan siasatan untuk mengesan  
penyelewengan dalam kos senggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik 
kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat 
tahun lalu.   Jumlah bayaran menyenggara kenderaan tersebut terlalu besar 
akibat dikuasai syarikat kroni UMNO/BN.   Bayaran untuk Mercedes lebih murah 
berbanding Proton Perdana kroni UMNO/BN, bukan sahaja di Terengganu malah di 
negeri-negeri lain dan persekutuan, termasuk Perdana yang diguna untuk PM, TPM, 
Menteri, Timbalan Menteri, SetiaUsaha Politik dll.   Hangus wang rakyat akibat 
korupsi UMNO/BN.



Dipetik dari: Blog Khir Toyo

Anwar, melalui Kamarudin Jaffar, gagalkan kerajaan campuran PAS-BN Selangor
Oleh Dr Khir Toyo

Saya tertarik dengan usaha-usaha mengadakan muzakarah UMNO-Pas kali ini.

Mungkin ini akan merealisasikan Impian saya ialah untuk melihat orang Melayu 
bersatu menjadkan kuasa Melayu itu kuasa yang dapat menentukan masa depan 
agama, bangsa dan negara. 

Kita sedar 60% rakyat negara kita ialah orang Melayu dan bumiputera tetapi ia 
tidak memberi sebarang makna dalam negara demokrasi seperti negara ki ta kerana 
kita telah dipecahkan kepada tiga parti. Orang Melayu berada di dalam UMNO, Pas 
dan PKR.

Perpecahan Melayu ini bukan sahaja dari segi ideologi politik tetapi telah 
membarah dalam hati nurani kita. Kita lihat orang Melayu berpecah sehingga kita 
lupa bahawa dalam Islam kita bersaudara dan menjaga tali persaudaraan merupakan 
satu kewajipan dalam Islam. 

Semua ini berlaku kerana politik kebencian yang diamalkan oleh kita, politik 
fitnah yang amat memalukan pemimpin dan keluarganya. Politik dendam yang 
mengakari pemikiran kita.

Semua ini telah menyukarkan kita untuk kembali bersatu.

Walaupun begitu saya optimis kita masih ada ruang untuk bersatu walaupun akan 
mengambil masa yang panjang. Pertamanya kita perlu meleraikan orang Melayu 
daripada politik kebencian, fitnah dan dendam. Ia perlu bermula di kalangan 
generasi baru yang melihat majoriti Melayu akan hanya memberi makna jika kita 
bersatu untuk menentukan jatuh bangunnya agama, bangsa kita.

Saya gembira bila mendengar telah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu 
dalam UMNO dan Pas. Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di 
Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.  



Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan 
Nasional di Selangor.

Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana 
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan 
Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi 
mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.

Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan 
kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan . Bagi 
saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan 
siapa yang menjadi pemimpin utama.

Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha 
Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. 

Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam 
Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau 
tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan 
taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu 
dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera. Sebab itulah Anwar 
dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP 
dan ekstremis India melalui Hindraf.

Cadangan untuk mengadakan muzakarah mengenai agenda Islam dan orang Melayu 
nampak lebih baik sekarang. Saya percaya Pas sekarang sudah mulai sedar bahawa 
mereka kian tersisih dalam membicarakan isu Islam dan orang Melayu di 
negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ini ditambah lagi dengan masalah 
peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini.

Saya tidak mengimpikan Pas dan UMNO bersatu dalam bentuk fizikal parti atau 
ideologi politik. Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti 
mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini. 


Saya impikan biar parti mana pun yang menang pilihan raya, kedudukan agama 
Islam dan Orang Melayu kekal dan terus dipertahankan. Bukan seperti sekarang 
ini sudah terdapat "penggadaian" terhadap status quo Islam dan Melayu dalam 
usaha membeli pengaruh dan sokongan bukan Melayu.

Impian saya ialah suatu hari nanti kita semua dapat melihat YAB Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, 
Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
duduk semeja.

Impian saya juga untuk melihat Melayu kembali menjadi tunjang politik negara 
yang akan menstabilkan politik tanah air, menjadi kenyataan. Saya berdoa semoga 
semuanya ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Bagai aur dan tebing kita bersama. Yang ringan 
sama kita jinjing, yang berat sama dipikul, hati nyamuk sama dicecah, hati 
gajah sama dilapah. 


Bangsa ini, bangsa berdaulat kembalikan kedaulatan tersebut. 






      

------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to