Dollah Badawi terlalu gembira kerana ada peluang 2 tahun lagi untuk 
menggantikan Najib dengan menantunya KJ sebagai TPM, tanpa ganguan.
Penglibatan Najib dalam letupan C4 keatas Altantuya adalah kunci untuk menutup 
mulut dan gerakan Najib.
Ketua Penerangan UMNO, Mat Taib jadi pakar rujuk untuk seludup wang rompakan ke 
Australia dan negara-negara lain dalam masa 2 tahun.
Dalam masa 2 tahun Malaysia boleh merudum lebih teruk dari Zimbabwe dan Somalia.


Mahkamah Tinggi Shah Alam tolak permohonan memanggil Bala dan Najib
23/07/2008 

KUALA LUMPUR 23 Julai - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan menolak 
permohonan peguam pemerhati keluarga Altantuya Shaariibuu dan kerajaan Mongolia 
untuk memanggil semula penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan Timbalan 
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak, memberikan keterangan dalam perbicaraan 
itu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin dalam keputusannya berpendapat bahawa 
permohonan yang dikemukakan Karpal Singh sepatutnya dibuat oleh pihak yang 
terlibat dalam perbicaraan iaitu, Timbalan Pendakwa Raya dan pihak peguam bela 
tertuduh.

Hakim itu menggunakan ALASAN peguam pemerhati Karpal Singh terkeluar daripada 
senarai pihak yang terlibat dalam prosiding.


Biarlah rahsia…

Bukan sahaja majlis penyerahannya dibuat secara senyap-senyap, jumlahnya juga 
tidak akan diumumkan. Itulah riwayat bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim 
Negara Tun Salleh Abbas dan lima bekas hakim kanan yang terlibat dengan krisis 
kehakiman 1988 yang diberikan bayaran ex-gratia oleh kerajaan sebagai 
menghargai kesukaran yang telah mereka lalui ekoran krisis berkenaan. 

Walaupun dalam sidang Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk 
Zaid Ibrahim tidak mahu mendedahkan jumlah bayaran ex-gratia berkenaan, harapan 
Ahli-Ahli Dewan Negara untuk cuba mendapatkan penjelasan juga dihampakan dengan 
alasan kerajaan tidak berhasrat untuk mendedahkan jumlah bayaran ex-gratia 
berkenaan. 

Keputusan kerajaan itu katanya, sebagai menghormati permintaan hakim-hakim 
berkenaan yang memohon supaya jumlah berkenaan dirahsiakan daripada umum. 

“Mereka (bekas hakim itu) bimbang jika jumlah itu disebut akan menimbulkan 
pelbagai persoalan. Mereka cakap boleh tak kalau tak umum dan kerajaan 
bersetuju. Bukan niat nak rahsiakan, sekarang nak tunai janji dengan hakim 
tersebut. 

“Ini bukan soal takut nak dedahkan berapa jumlah bayaran ex-gratia yang 
diterima... tapi nak lindungi maruah dan menghormati permintaan mereka yang 
tercapai semasa perbincangan dengan mereka sebelum keputusan pembayaran itu 
dibuat,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim 
(Pindaan) 2008 di Dewan Negara hari Khamis. 

Antara Ahli Dewan Negara yang membuat desakan agar kerajaan memaklumkan jumlah 
bayaran itu ialah, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Senator Datuk Musa 
Sheikh Fadzir. 

Syed Ali sebelum ini telah menyuarakan desakan agar kerajaan memaklumkan jumlah 
bayaran kerana ia membabitkan wang rakyat dan dengan itu rakyat berhak tahu 
mengenai perkara itu. 

Selain Salleh, bekas hakim yang menerima pembayaran ex-gratia ialah bekas Hakim 
Mahkamah Agung iaitu Datuk George Seah dan Tan Sri Suleiman Pawanteh, Tan Sri 
Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed 
Salleh. – 24/7/2008 



      

------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to