Jemaah ibadat di Perkim
Oleh ZUARIDA MOHYIN

APABILA membicarakan kebajikan golongan mualaf, yang terbayang di
kotak fikiran kita ialah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan
sama ada di peringkat kebangsaan mahupun negeri serta beberapa
badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Islam yang bergerak
aktif di negara ini. 

Jika dilihat dari segi peranan, pihak-pihak di atas ini bukan
sekadar memastikan kebajikan, keselamatan golongan sasaran ini terjaga
tetapi turut membantu insan mualaf yang serba memerlukan itu dapat
memulakan hidup baru dalam suasana tenang dan aman. Di samping,
sentiasa memastikan kefahaman agama mereka itu sentiasa subur dan
menebal.

Pun begitu, hakikatnya tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan di
baru pihak pemerintah atau NGO semata-mata. Membantu sesama manusia
adalah dituntut di dalam Islam, apatah lagi, di kalangan saudara sesama
Islam. 

Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis daripada Nu’man bin
Basyir katanya: Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang Mukmin dalam
percintaan, berkasihan dan kemesraan mereka adalah seperti sebatang
tubuh. Bila salah satu dari anggota merintih kesakitan, segala anggota
lain akan turut sama berjaga dan demam. (riwayat Syaikhan)

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), nama yang tidak perlu
diperkenalkan lagi di Malaysia. Lebih-lebih lagi di kalangan golongan
mualaf atau saudara baru. 

Pertubuhan ini tidak sahaja membuat pengislaman malah pemantauan
dari semasa ke semasa turut dijalankan demi memastikan hak golongan
mualaf ini terjaga. Malah yang lebih diutamakan ialah pendidikan agama
yang sempurna diberikan serta pada masa sama, tidak meminggirkan
kebajikan mereka. 

Pada Ramadan kali ini, seperti biasa bermula 1 September sehingga 27
September ini Perkim meraikan golongan mualaf menerusi program
tahunannya yang dipanggil Ihya’ Ramadan. 

Menurut Pengarah Programnya, Amran Abdullah, program ini bertujuan
bukan sahaja merapatkan ukhuwah sesama Islam malah melatih saudara baru
ini melaksanakan ibadah secara berjemaah seperti berbuka puasa, solat
sunat tarawih dan bertadarus di bulan yang mulia ini.

Jika dilihat dari segi sambutannya, kata Amran memang
memberangsangkan. Apa tidaknya, awal-awal dahulu, cuma sekitar 60
saudara baru yang hadir tetapi untuk majlis kali ke tujuh ini lebih
kurang 200 saudara baru yang menyertainya.

Malah mereka adalah dari kalangan saudara baru yang terdiri daripada
pelbagai bangsa Cina, India, Iban dan daripada tidak disisihkan
penyertaan mualaf dari negara Filipina dan Nigeria.

“Pihak Perkim sentiasa memastikan pengisian yang bermanfaat dalam
aktiviti yang sudah dianggap satu kemestian bagi Perkim. Antaranya
seperti; tazkirah oleh penceramah yang diundang khas, setengah jam
sebelum masuk waktu berbuka puasa. 

“Setelah azan berkumandang, pengisian program seterusnya adalah
berbuka puasa bersama saudara baru, ahli-ahli Perkim dan ahli-ahli
Kelab Perkim Universiti diikuti dengan solat maghrib, isyak dan
diteruskan dengan solat sunat tarawih dan diakhiri dengan moreh dan
tadarus al-Quran,” kata Amran yang bersyukur program ini sentiasa
mendapat sambutan semenjak dari awal penganjurannya.

Tambah beliau, di kalangan saudara baru ini juga semakin ketara
semangat kerjasama yang ditunjukkan menerusi gotong-royong persiapan
sebelum berbuka puasa. Malah mereka ini melakukannya secara sukarela.

Program tadarus al-Quran

Dalam suasana masih hangat melaksanakan pelbagai amal ibadat
sepanjang Ramadan ini, saudara baru yang bernaung di bawah Perkim tidak
terlepas daripada menguasai al-Quran malah ada di antara mereka ini
mampu menguasai dengan baik bacaan al-Quran. 

Pegawai di Perkim, Ustaz Mustaqim Asmugi bertanggungjawab menyemak dan 
memperbetulkan bacaan para peserta tadarus kali ini.



      Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to