Bekas ADUN UMNO, bekas pembantu ‘dibunuh, bunuh diri’ – Polis
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
jena...@utusan.com.my

PETALING JAYA 10 Ogos – Bunuh dan bunuh diri - Itulah klasifikasi polis 
berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang yang mewakili 
UMNO, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana 
Ismat.
 
Pengesahan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar itu sekali gus menutup 
kes tersebut dan menamatkan spekulasi dan misteri dalam kejadian yang berlaku 
di 
Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Sungai 
Buloh 
pada 3 Ogos lalu.
Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang menembak sebelum membunuh 
diri serta hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mereka.
 
Menurut beliau, siasatan berhubung kes tersebut juga telah selesai selepas 
pihaknya merekod keterangan daripada ahli keluarga mangsa.
“Setelah menjalankan siasatan, kita tidak menemui pihak ketiga untuk dikaitkan 
dalam kejadian tersebut. Oleh itu, polis menganggap kes ini telah selesai.
“Polis juga telah mengetahui motif kejadian itu namun, ia tidak perlu diumumkan 
kerana tiada suspek lain yang dicari untuk didakwa di mahkamah,” katanya 
selepas 
merasmikan sistem anti-rampasan yang digunakan oleh van milik syarikat British 
American Tobacco Malaysia di sini hari ini.
 
Pada Selasa lalu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan 
kesan 
tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di lebuh 
raya 
berkenaan.
 
Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 mm yang masih berisi dua peluru 
milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana.
 
Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan pasangan itu mempunyai hubungan 
antara satu sama lain, namun ia dinafikan oleh keluarga masing-masing.
 
Majority ahli-ahli UMNO rosak akhlak seperti mereka dan bakal menjadi Ahli 
Neraka.


      


------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to alt-net-moderat...@onelist.com

To Sub    : Send blank e-mail to alternatif-net-subscr...@onelist.com
To Unsub  : Send blank e-mail to alternatif-net-unsubscr...@onelist.comyahoo! 
Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    alternatif-net-dig...@yahoogroups.com 
    alternatif-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    alternatif-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to