Terbukti jelas TBH mati dibunuh oleh SPRM.
Bunuh membunuh sudah jadi budaya UMNO Munafiq.

Kalau UMNO mahu dapat balik keyakinan rakyat Malaysia dan dunia, pegawai SPRM 
yang bunuh TBH mesti pura-pura dihukum sebagaimana kes pembunuhan Altantuya 
Najib.

Kalau bekas ADUN UMNO sanggup tembak mati pembantunya, siapalah Teoh Beng Hock 
..... 
UMNO dan jenayah sudah tidak dapat dipisahkan, ibarat tahi dan kentut.

UMNO bunuh diri sendiri dalam Pilihanraya ke 13.


Soalan peguam SPRM menjengkelkan banyak pihak  
  
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Cara Ketua Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Abdul Razak Musa menyoalbalas 
Pakar patalogi Thailand,  Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock 
semalam menjengkelkan banyak pihak.

Dr Pornthip sendiri melepaskan kejengkelannya terhadap Abdul Razak Musa dalam 
soal balasnya sehingga bertanya kepada koroner, "Apakah dia ini seorang peguam."

Soalan-soalan beliau juga membangkitkan kejengkelan juga di kalangan pemerhati 
yang memenuhi mahkamah koroner itu.
(Gambar: Abdul Razak dalam kereta ketika meninggalkan perkarangan mahkamah Shah 
Alam semalam)
Antaranya Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Palrlimen Kuala Selangor.

"Bayangkan pelawak ini akan menjadi seorang hakim satu hari nanti...Oh Tuhanku, 
selamatkanlah Malaysia," tulis beliau dalam twitter yang dihantar dari dalam 
mahkamah.

"Maaflah, pelawak ini peguam SPRM...padanlah (nama baik) SPRM dalam situasi 
sekarang," tulis beliau lagi.

Dr Dzulkefli ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejengkelan ini berlaku 
kerana cara Abdul Razak menyoal kelihatan tidak profesional dan cuba mengaibkan 
saksi yang akhirnya memalukan beliau sendiri.

Ini ekoran soalan yang bukan-bukan ditanya oleh Abdul Razak termasuk mencabar 
kewibawaan saksi itu dengan berkata dia bukan seorang pakar di Malaysia kerana 
tempat universiti beliau belajar tidak diiktiraf di Malaysia.

Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar iaitu Mahidol 
University adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia. Jawapan ini 
menyebabkan mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan dengan jawapan 
itu.

Menurut laman web Topuniversities pada tahun 2010, Mahidol University berada 
tempat ke 28 di Asia manakala universiti terbaik Malaysia iaitu Universiti 
Malaya berada di tangga ke 42 iaitu di atas sedikit dari universiti kedua di 
Thailand, Chulalongkorn University yang berada di tempat ke 44.

Menurut laman itu,  universiti di Malaysia yang tersenarai dalam 200 universiti 
terbaik di Asia adalah Universiti Malaya  tempat ke 42, Universiti Kebangsaan 
Malaysia (58), Universiti Sains Malaysia (69), Universiti Putra Malaysia (77), 
Univeriti Teknologi Malaysia (82), Universiti Islam Antarabangsa (151).

Di Thailand pula, universiti yang tersenarai adalah Mahidol University tempat 
ke 
28, Chulalongkorn University (44),  Chiang Mai University (79), Thammasat 
University (91) Prince of Songkla University (101), Khon Kaen University (122) 
dan Kasetsart University (126).

Dalam soalbalasnya, Abdul Razak juga berkata, kemungkinan mangsa mencekik 
dirinya sendiri dan bukan dicekik oleh orang lain sebelum terjun. 


Menurut Dr Dzulkefli (gambar) yang sebelum ini adalah pakar toksikologi dari 
Universiti Sains Malaysia sebelum menyertai politik, jawapan Dr Pornthip yang 
banyak dipertikai oleh Abdul Razak memang wajar kerana patologi bukan sesuatu 
yang kuantitatif seperti toksikologi tetapi ia lebih kepada kualitatif yang 
boleh berubah berdasarkan fakta.
"Jawapan dia sebelum bedahsiasat kedua 80 peratus dibunuh adalah berdasarkan 
fakta ketika itu. Lagipun, pandangan pakar dalam patologi boleh berbeza antara 
satu sama lain berdasarkan sudut pandang mana yang diambil," katanya.
Menurut Dr Dzulkefli, apa yang dilihat oleh Dr Porthip adalah kecederaan pada 
laher yang boleh disebabkan oleh objek tumpul yang dihentak kepadanya di 
samping 
tidak ada bukti yang jelas kecederaan pada tangan dan kaki mangsa.
"Menurut buku, jika mangsa jatuh dalam keadaan sedar, kaki dan tangan mangsa 
akan cedera teruk kerana mangsa akan cuba menjaga badan yang lain apabila jatuh 
ke tanah menyebabkan kaki dan tangan yang cedera teruk...Dalam kes ini Dr 
Pornthip melihat tidak ada bukti yang jelas di situ, sebab itu dia membuat 
kesimpulan mangsa cedera atau tidak sedarkan diri ketika jatuh," terang Dr 
Dzulkefli. 


      


------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [email protected]

To Sub    : Send blank e-mail to [email protected]
To Unsub  : Send blank e-mail to [email protected]! 
Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to