Assalamu'alaikumwarahmatullah.
Riwayat tentang nur Muhammad terdapat dalam kitab-kitab sirah, tasawwuf dan istimewanya dalam kitab tentang maulud. Tetapi tukang-tukang riwayat gagal menyatakan sanadnya. Paling tidak pun mereka menisbahkan riwayat tersebut terdapat dalam Musannaf Abdul Razak. Tetapi setelah diteliti, ternyata hadith tersebut tidak pun wujud dalam kitab musannaf Abdul Razak cetakan Maktabul Islami, Beirut yang ditahqiq oleh Sheikh Habibur Rahman Al-'Azami. Imam Ibnu Taimiah dan Imam Ibnu Kathir telah menyatakan bahawa hadith-hadith tentang nur Muhammad adalah palsu dan rekaan dengan ittifaq ahli ilmu hadith (lihat Al-Atsar Al-Marfu'ah m/s 23). Riwayat tentang nur Muhammad yang dikatakan terdapat dalam Mustadrak Al-Hakim pun tidak ditemui didalam kitab Al-Hakim sendiri.
Yang perlu kita teliti ialah siapa Abdul Razak? 'Ulamak-ulamak hadith ada yang menganggapnya sebagai pendusta dan berfahaman syi'ah rafidhah. Imam Zaid bin Mubarak menyatakan dia lebih pembohong dari Waqidi (tokoh syi'ah). Kata Imam Ahmad "Ubaidullah bin Musa ditolak hadithnya kerana fahaman syiahnya". Kata Ibnu Main "Abdul Razak lebih melampau 100 kali daripada Ubaidullah dalam perkara ini" (Mizanul 'Itidal jilid 2).
Kebanyakan ulamak hadith menganggap beliau seorang syiah Tafdhiliah dan riwayatnya boleh diterima dengan syarat-syarat tertentu.
Dengan ini jelaslah bahawa riwayat-riwayat tentang nur Muhammad hanya rekaan dan tidak terdapat pun dalam mana-mana kitab hadith. Malangnya masyarakat kita tidak teliti dalam perkara ini. Semuga penjelasan ringkas ini bermanfaat.
Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items.
------------------------------------------------------------------------
Website Islam pilihan anda.
http://www.assunnah.or.id
http://www.almanhaj.or.id
Website kajian Islam -----> http://assunnah.mine.nu
Berlangganan: [EMAIL PROTECTED]
Ketentuan posting : [EMAIL PROTECTED]
------------------------------------------------------------------------
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "assunnah" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
