Assalamu'alaikumwarahmatullaah. Saudara-saudara se aqidah, untuk pengetahuan kalian, Syeikh Asya'ari Muhammad At-Tamimi ialah orang Malaysia yang menubuhkan jemaah Al-Arqam selepas kecewa kerana gagal mempengaruhi pengikut Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengikuti tariqatnya iaitu tarikat Muhammadiah. Dia mengaku dari keturunan Bani Tamim kerana ingin mendapat sokongan pengikutnya. Dia dan pengikutnya amat membenci dakwah ke arah Assunnah dan Imam Muhammad bin 'Abdul Wahhab. Dia mengklaim dirinya dan jemaahnya sebagai pengikut Mazhab Syafei walaupun sebenarnya mereka ialah golongan yang menyeleweng dari Mazhab Imam Syafei. Mereka amat mempercayai tentang kekeramatan wali-wali tarikat dan mengajar fahaman kufur yang berunsur hindu kepada pengikutnya iaitu 'jika seseorang itu mati, dia akan dibangkitkan semula ke dunia mengikut amalannya semasa hidup. Kalau dia baik, akan di jelmakan menjadi benda yang baik dan kalau dia jahat, dia akan di jelmakan menjadi benda yang buruk.' Jemaah Al-Arqam telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Malaysia. Asya'ari sendiri telah dibuang daerah ke Labuan Sabah oleh kerajaan Malaysia. Dia juga menggelarkan dirinya sebagai 'Sheikhul' dan dipanggil oleh pengikutnya sebagai 'Abuya' . Banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asya'ari dan jemaaahnya termasuk menghidupkan dan membesarkan amalan-amalan bida'ah yang dianggap 'hasanah'. Asya'ari berkelulusan Rabi' Sanawi dari Ma'ahad Hisyamuddin Selangor Malaysia. Buku ajaran tarikat mereka yang ertajuk 'Tarikat Muhammadiah' telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Dengan fakta ringkas ini diharap saudara-saudara tidak keliru tentang siapa "Muhammad Asy'aari bin Muhammad'. Dia tidak kena mengena dengan Imam Muhammad bin 'Abdul Wahhab. > ----- Original Message ----- > From: "M. Salman Farisi" <[EMAIL PROTECTED]> > To: <[email protected]> > Sent: Thursday, May 11, 2006 11:17 AM > Subject: [assunnah] Siapakah Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi > > > Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, > > > > ikhwah fillah, > > > > saya mau bertanya, siapakah Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi itu? > > ada member milis internet di tempat saya yang di artikelnya banyak > > menuliskan kata "Tuhan". Misal : > > > > " Tuhan menyuruh kita berusaha maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, > > bukan kerja kita, kalau kita campur tangan kerja Tuhan, kita akan kecewa > > yang parahnya akan putus asa. " > > > > Terus apakah rafaqah itu? > > > > Mohon pencerahannya > > > > Jazaakallaahu khairan > > > > Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Protect your PC from spy ware with award winning anti spy technology. It's free. http://us.click.yahoo.com/97bhrC/LGxNAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------- Website Anda: http://www.assunnah.or.id & http://www.almanhaj.or.id Website audio: http://assunnah.mine.nu Berhenti berlangganan: [EMAIL PROTECTED] Ketentuan posting : [EMAIL PROTECTED] -------------------------------------------- Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/assunnah/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
