BISMILLAH

IKHWAN YG DIKASIHI......

          ANA TELAH MENDENGAR RAKAMAN KALAM DZULAKMAL TENTANG
PERJALANAN UMROHNYA DAN ZIARAH MASYAYIKH DI SAUDI BEBERAPA MINGGU ATAU
BULAN YG LALU. KESIMPULAN DARIPADA PERTEMUANNYA DGN BEBERAPA ORG
MASYAYIKH DI TANAH SUCI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1.  TAHDZIRAN DAN CELAAN TERHADAP SYAIKH YAHYA.
2.  CELAAN TERHADAP AKH ABU TUROB.
3.  TAHDZIRAN TERHADAP DAMMAJ.

        DI DALAM E-MAIL INI ANA AKAN MENGULAS SEDIKIT -INSYAALLAH-
TENTANG KEBATILAN-KEBATILAN YG TERKANDUNG DI DALAMNYA AGAR SEMUA
IKHWAH TIDAK TERPENGARUH DGN DAKYAHNYA DAN MEMAHAMI PENDIRIAN YG
SEPATUTNYA KITA BERADA DI ATASNYA DALAM MENGHADAPI FITNAH SEPERTI INI.
SEMOGA USAHA INI DIBERKATI ALLOH DAN MENDATANGKAN KEBAIKAN BUAT KITA
SEMUA.

ANTARA DAKWAAN DAN CELAAN DZULAKMAL ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. PARA MASYAYIKH YG DIBAWAH SYAIKH ROBEI' SEPERTI MUHAMMAD IBNU HADI
DAN ABDULLOH AL-BUKHORI SUDAH BERBICARA TENTANG SY YAHYA. ANTARA KALAM
MEREKA : SYAIKH YAHYA ITU DUNGU, LEBIH DAHSYAT DARIPADA FALIH AL-HARBI
DAN SEPERTI FALIH AL-HARBI.

Ikhwah salafiyun - semoga Allah merahmati kamu - sebelum saya
berbicara panjang suka saya menukilkan kalam syaikh robei' tentang
sikap mengikut membuta tuli yg disebutkan oleh akh abu hamzah muhammad
ibnu hasan as-siwari dlm risalah "bertaqwalah kepada Allah...adakah di
darul hadis di dammaj fahaman haddadiyah atau org semisal falih al-
harbi" : Kata sy robei : kami tidak rela ikutan buta terjadi kepada
pemuda-pemuda kita. kami mendorong mereka supaya mengkaji dalil-dalil,
hujah dan bukti. kami tidak akan berpegang dgn sesuatu pendapat
melainkan apabila telah cukup bukti yg lengkap tentang kesohihan atau
sebaliknya. syaikhul islam ibnu taimiyyah mempunyai kalam yg amat
indah. sekiranya terjadi perselisihan dikalangan ulama, seorang
memihak kepada sesuatu...kata beliau : tidak boleh seseorang menolong
sehinggalah dia pastikan bahawa org itu berada di atas kebenaran dgn
hujah dan dalil yg jelas. ertinya apabila para ulama berselisihan dan
terbahagi kepada 2 kumpulan, maka kamu memilih mana-mana kumpulan yg
kamu suka? kalau tidak begitu maka wajib ke atas kamu mengkaji sesuatu
permasalahan dgn bersungguh-sungguh. selepas nyata yg rojih kepada
kamu di antara kedua-dua pihak tersebut dgn dalil yg jelas maka
hendaklah kamu condong kepada kebenaran yg kamu tlh akui dan menolong
kebenaran dan menjelaskannya kepada manusia.. kewajipan kamu adalah
mengkaji. jangan kamu berpihak kepada salah satu daripada 2 pihak
tersebut melainkan selepas membuat kajian yg teliti sampai ianya jelas
kepada kamu. dan hendaklah kamu berdiri bersama kebenaran itu,
mengajak manusia kepadanya dan menolongnya - kaset judul ikutan buta.

      Oleh itu hendaklah kita membuka fikiran kita dan tidak condong
kepada mana-mana kumpulan melainkan setelah nyata kepada kita pihak yg
benar. Suka saya nyatakan bahawa orang yg mengikuti perkembangan
fitnah ibnu marie' ini dan rentetan fitnah yg berlaku selepasnya akan
dapat mengetahui bahawa kebenaran itu bersama sy yahya sebagaimana yg
akan dijelaskan nanti insyaAlloh. Apa yg menjadikan sebahagian
daripada ikhwah keliru ialah prinsip tawaqquf dan tidak mahu
membandingkan hujah dan dalil.

      Ketahuilah wahai saudaraku bahawa tuduhan dungu dan haddadi
terhadap syaikh yahya adalah batil. Ini kerana fitnah yg dicetuskan
oleh abdurrohman adeni telah dibalas dgn nasihat oleh syaikh yahya.
beliau amat bersabar dgn tindakan keji abdurrohman yg memecah-belahkan
salafiyun di dammaj dan bersungguh-sungguh menasihati beliau agar
sedar akan kesilapannya. setelah abdurrohman berdegil dan fitnah
semakin parah barulah datang tahdziran daripada syaikh yahya terhadap
abdurrohman. begitu juga dgn kesalahan-kesalahan yg dilakukan oleh
masyayikh yg lain seperti al-jabiri, abdulloh bukhori dan farkous
beliau menasihati dan memperingatkan dahulu. tidak datang pentahdziran
melainkan slepas org yg dinasihati semakin ego dan parah keadaannya.
Berlainan dgn abdulloh al-bukhori dan muhammad ibnu hadi. kedua-duanya
mencela dan mentahdzir syaikh yahya tanpa didahulukan dgn nasihat dan
keterangan yg menyatakan tentang kesalahan syaikh yahya. kononnya
mereka amat bersabar dgn si yahya. sebab itu mereka diam. wahai
syaikh...kalau kamu punyai hujah dan bukti kenapa sembunyikan daripada
pengetahuan salafiyun? Nyatakanlah kepada mereka agar mereka tidak
terikut dgn kesesatan al-hajuri. sehingga ke saat ini kamu tidak
mempunyai apa-apa dalil tentang rosaknya manhaj syaikh yahya.

      yahya haddadi??? fahamkah dzulakmal ini apakah itu haddadiyyah??
dalam rakamannya beliau mengatakan haddadi itu mencela imam nawawi.
ibnu hajar, kitab fathul bari hendaklah dibakar, jgn mendoakan rahmat
buat org seperti ibnu hajar dan an-nawawi, falih melecehkan dan
menghina syaikh albani dan syaikh muqbil...adakah
sifat-sifat ini ada pada syaikh yahya? kalau kamu katakan syaikh yahya
mencela ulama maka itu menandakan bahawa kamu wahai dzulakmal hanyalah
menjadi pengikut buta kepada muhammad ibnu hadi dan abdulloh
al-bukhori. kamu tidak mahu membaca keterangan syaikh yahya dan
bantahan-bantahan yg ditulis oleh masyayikh yang lain. kalau kamu
membacanya maka akan nyata kebenaran kepada kamu. apa yg ada adalah
pentahdziran kamu terhadap aloloom kononnya ia merupakan laman web
fitnah. Wahai ikhwan..sesiapa yg membaca aloloom akan mengetahui
bahawa laman web ini amat menghormati dan menyanjungi para ulama
seperti sy al-albani, ibu baz, ibnu uthaimin, syaikh muqbil, sy robei'
dan sehingga ke saat ini sanjungan dan pujian tetap segar dalam
tulisan-tulisan mereka. kritikan dan pentahdziran hanya kepada mereka
yg menyimpang seperti muhammad ibnu abdilwahhab al-wushobi, ubaid al-
jabiri dan abdulloh al-bukhori dgn hujah dan bukti.

      Terbaru,,,muhammad ibnu hadi dan org yg semisalnya begitu kecoh
apabila mendapat modal untuk menuduh syaikh yahya sebagai haddadi
iaitu melalui syair yg disampaikan oleh sebahagian ikhwah di dammaj
dihadapan syaikh. mereka mengingkari ianya adalah nasihat dan teguran
kepada syaikh robei'. kata mereka itu adalah celaan. ini adalah sikap
org yg berpenyakit hatinya yg sentiasa menunggu-nunggu tergelincirnya
lidah lawannya dgn mengenepikan berbakul-bakul pujian dan sanjungan
terhadap syaikh robei'. wallohul musa'an.

      Ramai dikalangan ikhwan yg tidak mahu membuka fikirannya dan
membandingkan hujah dan bukti. inilah buruknya manhaj tawaquf
mereka.Kononnya tidak mahu membaca tulisan tentang bantahan kerana ia
adalah 'masail ulama'. akhirnya terjatuh kepangkuan org-org hizbi.
contohnya abu bilal yg merupakan salah seorang korban manhaj tawaqquf
ini.Akhirnya org-org tawaquf bertaqlid sahaja kepada guru-guru mereka
seperti sang sufi yg menurut apa sahaja perkataan gurunya tanpa
persoalan dan pedoman.

2.  MUHAMMAD IBNU HADI MENYURUH ORG YANG MENYEBARKAN FITNAH AL-HAJURI
(ISTILAH SI YUSUF TEMAN DZULAKMAL) DIUSIR DARIPADA MAAHAD TANPA
BERTANGGUH-TANGGUH.

      Wahai syaikh...inikah hikmah di dalam dakwah?...inikah orang yg
menuduh org lain sebagai dungu? Di mana keterangan kamu tentang
kesalahan dan penyimpangan yahya al-hajuri supaya salafiyun dapat
membacanya dan berjaga-jaga dengannya??? Katanya kamu bersabar...kalau
sudah jelas penyimpangan al-hajuri kenapa didiamkan? Jelaskanlah
kepada mereka agar mereka tidak tertipu dgn si yahya yg tidak ada
sedikit pun rasa hormat kamu kepadanya. tiba-tiba sahaja mereka hendak
dihalau. Mereka berpihak kepada syaikh yahya kerana syaikh telah
menyatakan hujah dan bukti. mereka mengikuti dalil. Adakah orang
seperti ini layak dihalau??? Siapakah yg lebih layak digelar sebagai
dungu? Maaf wahai ikhwan....membela kebenaran dan membantah org yg
melakukan kebatilan bukanlah haddadiyah.

3.  SYAIKH YAHYA LEBIH DAHSYAT DARIPADA FALIH AL-HARBI DAN SEMISAL
FALIH AL-HARBI

      Orang yg mengikuti perkembangan dakwah mengetahui bahawa syaikh
yahya merupakan di antara orang yg terawal membantah dan membongkar
haddadiyah falih al-harbi. muhammad ibnu hadi yg merupakan teman falih
tidak diketahui adakah di sana bantahannya atau tidak. tiba-tiba
keluar daripada mulutnya perkataan yg jelek seperti ini. Kemudian
ditelan bulat-bulat oleh dzulakmal. manakah hujah dan buktinya wahai
ustaz?

4.  DZULAKMAL MEMPERLECEHKAN DAN MENCELA SYAIKH YAHYA

      Ittaqillah wahai dzulakmal...kamu tahu tentang bahayanya mencela
ulama. Kalau kamu tak kenal siapa syaikh yahya maka ana kemukakan
tazkiyah dan pujian gurunya syaikh muqbil rohimahulloh :
- syaikh yahya seorang yg amat bertaqwa, teliti dan takutkan kepada
Allah
- syaikh yahya org yg berani menyatakan kebenaran dan tidak takut
kepada celaan
- syaikh yahya merupakan an-nashihul amin (pemberi nasihat yg amanah)
- dipenghujung hayatnya beliau ditanya oleh akh abdulloh mathir

siapakah org yg paling berilmu di yaman dan siapakah yg layak menjadi
rujukan oleh ikhwan maka jawab syaikh : syaikh yahya.

      Adakah kamu yg lebih kenal syaikh yahya daripada syaikh
muqbil??? sedarlah dan bertaubatlah kamu sebelum datangnya hukuman.

5.  CELAAN YG BERTUBI-TUBI TERHADAP ABU TUROB

      hal ini telah dijawab oleh abu turob dan disebarkan di dalam
isnad.net dgn tajuk 'kumal-kumal dzulakmal. ana menasihatkan ikhwah
membacanya untuk mengetahui batilnya kalam dzulakmal tersebut. amat
mendukacitakan orang yg menuduh syaikh yahya sebagai mutasyaddid
(keras) tapi tidak sedar dgn keaiban diri sendiri. Kita tidak mengerti
apakah kesalahan si abu turob ini sehingga dia layak dipanggil dajjal
dan thoghut dari bengkulu. Dimana kamu belajar menyebut kalam-kalam
seperti ini. kata muhammad ibnu hadi org yg belajar di dammaj akan
belajar mencela dan mencaci. kamu tidak pernah belajar di dammaj.
mungkin juga kamu belajar mencela dan mencaci di madinah kerana itulah
yg kami tahu tentang guru kamu abdulloh al-bukhori, ubaid al-jabiri.
Inikah akhlak seorang da'ie...wallohul musta'an

6.  SYAIKH ROBEI' BERKATA KEPADANYA BAHAWA SYAIKH YAHYA TELAH MENYIAT
DAN MENCABIK DAKWAH SALAFIYAH DI SELURUH ALAM. DIA TIDAK MENINGGALKAN
SESIAPA PUN SAMADA MUHAMMAD IBNU HADI ATAU AL-BUKHORI ATAU AL-JABIRI

    Saudaraku salafiyun...di antara usul dalam manhaj salafi ini ialah
membantah orang yg melakukan kesalahan. Sekiranya syaikh yahya telah
mengemukan hujah dan bukti tentang kesalahan org-org di atas maka atas
sebab apa kita  menolak hujah dan bukti? Kalaulah hujah itu tidak
benar maka kami dgn dada yg lapang mahu mendengar penjelasan syaikh
robei' dan akan mengikuti dalil dan hujah insyaAllah. Sehingga ke saat
ini tiada siapa yg mampu membuktikan kesalahan syaikh yahya dalam
fitnah ini.

      Ketahuilah wahai ikhwah.....syaikh yahya hanya mempertahankan
dirinya daripada celaan org-org di atas. mereka yg memulakan serangan.
syaikh yahya hanya mempertahankan dirinya. Jadinya siapakah yg
melampaui batas, mencabik dakwah salafiyah dan mencetuskan fitnah
kalau antum boleh berfikir? Kata syaikh robei sebagaimana dlm majmu'
rasailnya : mengeluarkan hukum terhadap seseorang yg mengikuti manhaj
salafi dan suara mereka melaung-laungkan bahawa mereka adalah
salafiyun tanpa menyatakan sebab, tanpa hujah dan bukti boleh
mendatangkan bahaya yg besar dan perpecahan yg dahsyat di merata-rata
tempat. Maka wajib memadamkan fitnah-fitnah ini dgn menjelaskan hujah
dan bukti yg menerangkan kepada manusia tentang layaknya hukum-hukum
tersebut dan ianya adalah betul atau hendaklah memohon maaf daripada
mengeluarkan hukuman tersebut.

      Setelah kamu mengetahui rentetan fitnah ini maka adakah kamu
akan mengatakan syaikh yahya yg mencabik dakwah salafiyah di alam maya
ini? wallohi tidak sekali-kali. Yg mencabik dakwah ini adalah golongan
mariyyun dan org-org yg ta'asub kepada mereka. wallohul musta'an.

7.  TAHDZIRAN TERHADAP DAMMAJ

    Siapa yg kenal dammaj akan mengetahui bahawa di sana ada ilmu
Islam yg murni. Di sana ada didikan yg mencontohi cara salafus sholeh.
Di sana ada ulama dan masyayikh yg mantap ilmu dan pegangannya, yang
meletakkan dunia di bawah kaki mereka. Maka atas sebab dan hujah apa
dammaj ditahdzir??? Wallohi kalaulah yg mentadzir itu adalah orang
sehebat imam ahmad ibnu hanbal sekalipun, namun dia tidak mempunyai
hujah dan bukti tentang sebab-sebab pentahdziran maka kita tidak boleh
menerimanya. Inilah manhaj salafi yg murni.

Semoga Allah memelihara kita semua daripada jalan-jalan yg menyesatkan
dan menyatukan hati-hati kita di atas kebenaran.

Barokallohu fikum

--
أبو الأوزاعي ذوالحزام بن محمد هاشم الباهنجي الماليزي
Abu Auzaie Zulhizam bin Mohd Hashim
sms  : 0136754906

-- 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk mengirim tulisan baru gunakan: 
[email protected]
Arsip Milis:
http://www.mail-archive.com/[email protected]/
Audio/Artikel Belajar Manhaj dan Aqidah Yang Shahih :
www.ISNAD.net
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kirim email ke